13 stories
Aku Bukan Dyslexia  by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 25,656
  • WpVote
    Votes 2,127
  • WpPart
    Parts 6
Aku Ahmad Furqan dan ini kisah aku
Roommate 1 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 149,922
  • WpVote
    Votes 7,861
  • WpPart
    Parts 28
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang masih tergendala. Syafiq tiada pilihan. Walaupun dia keseorangan di asramanya itu, dia harus menyiapkan projek nya jika mahu bergraduasi bersama sama temannya yang lain. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang dia di asramanya itu. Dari dikacau di dalam bilik, hingga lah terbawa bawa ke dalam mimpi. Cerita yang membawa kita untuk berfikir dan pastinya ada pengajaran yang ingin disampaikan. InsyaAllah bukan seram semata-mata namun terdapat juga unsur yang menyedarkan diri kita sebagai hamba Nya. Moga bermanfaat. InsyaAllah ^_^
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 132,135
  • WpVote
    Votes 8,107
  • WpPart
    Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (:
PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH (BONUS CERPEN MALAM INI AKU MENANGIS) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,510
  • WpVote
    Votes 351
  • WpPart
    Parts 17
Tajuk: Patah Sayap Bertongkat Paruh (BONUS CERPEN MALAM INI AKU MENANGIS) Penulis: Hana Ilhami Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-42-7 Muka Surat : 560 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2018
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 57,105
  • WpVote
    Votes 1,271
  • WpPart
    Parts 21
BLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemunculan seorang persona bertopeng dengan figura daun terup ‘Ace of Spade’ beberapa tahun kemudian menimbulkan tanda tanya akan kemunculan kembali Black Rose. Satu pembunuhan bersiri terkenal – Burning Corpse – juga dipercayai mempunyai kaitan dengan Black Rose. Ada percaturan politik yang sedang bersembunyi di sebalik kekalutan itu. Ia satu “muslihat”. Ianya Eskapis.
KASTA - sebuah novel Noer Wahi by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 10,254
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 15
Intan Mastura mengasaskan Gersik, sebuah kumpulan memperjuangkan hak kaum minoriti. Apabila dia digertak dan diculik, dia diselamatkan oleh Khairil Adha, kekasih lamanya. Keadaan menjadi rumit setelah Intan mendapat tahu Khairil sebenarnya bekerja sebagai ejen rahsia untuk pihak musuh...
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,042
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
ASING - sebuah novel Syahmi Fadzil by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 20,163
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 14
Tina percaya dia dalam sepi walaupun ditemani suara-suara luar. Azri tersangkut dalam rutin harian bosan dan impian masa silam. Has persoalkan idea kebergantungan dan meraikan hidup bersendiri. Tina mencari 'kediaman' sebenar dalam hidupnya ketika bertemu dengan Azri yang membawa semangat dan peribadi Has. Perjalanan ketiga-tiga mereka mendepani perspektif suku usia yang disenyapkan: kehidupan dan tujuan, ikatan dan penerimaan, realiti dan beban. Cerita adalah sebentuk lukisan mentah. Lukisan mereka adalah teks kelam dalam membanding tragedi.
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,706
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 87,923
  • WpVote
    Votes 1,083
  • WpPart
    Parts 13
Sanji lari ke Krabi bukan untuk melihat seni batang berdiri. Tapi mencari Nur yang tak pasti. Mencari Nur yang hilang di tengah-tengah Latiff Jamhadi. Mesin taip diketuk hingga berlekuk kertas kajang empat panjang. Gigi-gigi harmonika basah lekit terkena lekat bibir koko Milo yang dicicah Tiger. Biskut rapuh cuba dicicah perlahan. Dalam masa 5 saat, diangkat supaya tidak tenggelam dalam lautan kenangan. Kisah-kisah lari yang dirakam natang GoPro tak pernah berhenti mengejar dari tepi. Suara hembus seperti angin dan bersiul-siul manja di telinga. Air lemon berkocak dada. Rodeo romeo terus mengasak dalam khayalan Sanji yang pasti ada cerita dalam kelopak bunga matahari yang tidak mati. Cium biar stim, kucup penuh goda, seperti semalu yang memencil dirinya. Dan dan tidak pernah jumpa, kata Rohan sambil perbetul spender.