Reads
16 stories
KARENA KU CINTA by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 107
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 7
Medina x Yusuf Kisah kami kisah cinta. Cinta yang membawa hingga ke ahirnya. Sebuah jalan yang mungkin engkau lalui bersama dia... (Temporary)
SAYAP KU TERLUKA #LCDK by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 426
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 23
APA ITU CINTA? BAHAGIA? "Pengorbanan... kesanggupan kau bersabar untuk miliki dan menjaganya." -Fadd "Kau pernah merasainya?" -Nazira "Pernah... aku pernah merasainya, dan berjuang untuknya. Sehingga takdir membawa aku kemari." -Fadd Dia.. bagaikan cinta terakhir aku, yang akan membuatkan kesanggupan pada yang sukar dan mungkir pada yang helah. PUTRI ANDANG Namanya sahaja sudah membuat aku tertanya-tanya mengapa sepelik ini. Punyalah banyak nama yang ada dalam dunia ni mengapa nama yang macam itu dia pilih. Mengapa? Tapi itu bukan motif utama, kerana aku mulai mengikutinya di sepanjang perjalanan sehinggalah kejayaan mulai terlakar dalam dunia seninya. "Lima tahun aku diam dalam episod cinta malang sendiri. Bukan ego tetapi hati ini terlalu sakit sangat untuk bertahan dan bertabah atas segala ujian yang menidakkan tutur sebuah perpisahan. Bahkan mata mungkin bisa membutakan degan cinta namun hati tidak merasakan sebegitu. Aku mulai menilai cinta dari sudut pandangan aku sendiri. Epilog yang nyata mengguris tiap hati wanita dan lelaki yang aku kenali memberikan aku entiti cinta itu pendustaan pada hati. Lebih baik tidak ada yang berupa itu hadir sekali lagi. Biarlah aku sendiri dalam mengolah cerita kehidupan aku sendiri, kerana aku tidak mahu lagi berikan secebis kekosongan hati pada insan yang salah, sekali lagi." -Putri Andang "Aku tak fahamlah dengan kau, apa yang bagus sangat dengan perempuan tu sampai kau sanggup berkorban macam ni?" -Ilias Orang gila jelah yang sanggup buat semua tu. Johor-Terengganu, jauh kot! Apa yang lagi gila, itu adalah pertemuan pertama mereka. Apa mungkin... cinta yang berputik selama setahun ini bakal melakar sejarah yang nyata buat dua hati yang menanti cinta sejati? Atau... itu semua hanya cerita cinta yang terlakar di langit Kuala?
HIKAYAT PENCINTA YANG MALANG by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 773
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 40
Kerana takdir itu tidak selamanya rasa kejam. -fitri umairah- "Aku umpama bunga azalea di kaki pergunungan, yang kelopaknya keguguran di atas pusara cinta"
KONG-KONG by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 137
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
"Aku mungkin tidak dapat membunuh kau secara lahiriah, namun aku bisa membunuhimu secara psikologi yang aku pelajari. Dengan keadaan yang begini, pembunuhan yang tak bisa di sabit kesalahan, yang tidak bisa di buktikan dengan tuduhan serta dakwaan yang nyata. Disitulah kau akan kalah." -psiko . . ...KONG-KONG... Tiada apa yang mencerminkan keperibadian kau jika hanya asas yang menjadi tirai menutupi pembohongan. Sedangkan kejanggalan menjadi baik kau tunding seolah kau yang terbaik. . Kong-Kong akan memotong tiap sisi percikan identiti kau. Jangan sampai tersilap langkau, kelak kulit kau yang di siat menjadi permaidani demi menghidupkan kembali dia yang telah mati...
TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintaku by sarahezra
sarahezra
  • WpView
    Reads 6,315
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 27
Sebuah kisah cinta mengusung rindu bertahun lama, terhimpun pada setiap sujud namun ia menjadi puing-puing yang berserakan saat fitnah dan dusta bagai kain nipis yang melangsiri antara dua jasad dan jiwa ingin bersatu. Halus dan licik. FIRMAN. Saat berkelana mempertemukannya dengan Fusaylah, Birgitta namun dia terkesan dengan kemunculan semula Zafeya. Kehadiran Zafeya bukan sesuatu yang kosong pada dirinya. Firman teruji rasa yang hebat, bila sang gadis bukan sahaja menolak cintanya, tetapi juga membuang cinta TUHAN! ZAFEYA. Saat citra muslimahnya dibadai ujian cinta manusiawi, dia merasakan tuhan amat kejam. Dia dilanda krisis kepercayaan, lelah dan terhanyut sehingga dia begitu tega mempersoalkan sifat Ar-rahman dan Ar-rahim tuhan. "...dan usahlah berkata bahawa tuhan itu tidak akan membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya. Demi tuhan, dia lebih mengetahui bahawa saya lemah dan bisa larut dalam derita berpanjangan begini, tapi kenapa dia masih memberi saya ujian ini? Bukankah ini bermakna dia zalim?"~Zafeya Ayat surah Al-Baqarah ayat 286 itu dipersoal membuatkan Firman beristighfar lebih panjang bersama nafas yang beralun kesal. Hatinya benar-benar runtun menghadapi kata-kata yang dilanda krisis kepercayaan. Zafeya sedang parah, tapi di sisinya, apa yang mampu dia lakukan? Adakah dia harus mengherdik gadis itu kerana penafiannya tentang kewujudan tuhan? Atau apakah dia perlu mendiam diri saja lalu melihat gadis itu terus hanyut dalam rasa putus asanya terhadap tuhan? Dalam menuntun kembali Zafeya agar seiring dalam meraih cinta tuhan, dia juga tersepit dengan cinta Najlah yang tidak pernah terhenti buatnya. Saat fitnah bersebaran, cinta kian berantakan dan mereka bergelut rasa ingin memiliki dan rela melepaskan. Mampukah mereka menyatu dalam rindu yang terhimpun? 500 Naskhah terhad. Dapatkan segera, sehingga 1 april 2019.
MY SWEET JODOH by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 86
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 8
MY SWEET JODOH berkisarkan seorang gadis yang mati di bunuh. Mayatnya telah di bawa oleh pihak forensik untuk di bedah siasat. Namun begitu, terjadinya satu kes kehilangan mayat gadis itu secara misteri. Punca kematian, motif pembunuhan dan suspek masih lagi kabur dan samar. Seorang lelaki yang dapat melihat kehadiran gadis yang telah di bunuh menjadi buruan. Demi membantunya menyelesaikan isu itu. Tidak semua konflik bisa berakhir dengan kejayaan, apabila cinta mula bertaut, segalanya mungkin terjadi. Hati, cinta dan jiwa bisa di beli, demi menutup helah dan kesilapan. Sesiapa sahaja boleh menjadi dalang, kerana cemburu, iri hati dan dengki. Bahkan, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsanya, termasuk insan yang menagih kasih pada watak yang salah dinilai.. Kerana , Cinta itu buta, bisa membutakan, dan.. menghancurkan segenap raga kepercayaan di dalam hubungan.
TAKSUB (PBAKL 2019) by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 2,251
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 15
TAKSUB adalah sebuah cerita di dalam cerita yang di tulis oleh seorang penulis yang mempunyai masalah bersosial. Yang sering menyendiri dalam bilik sejak mengalami satu kejadian aneh satu masa dahulu. Namanya Asywad Afendi. Seorang penulis novel bergenre romantik komedi, cuba menyiapkan sebuah manuskrip yang jauh berbeza dengan kebolehannya sebagai penulis untuk cerita seram, hantu. Bermulanya kisah yang cuba dia siapkan berdasarkan kisah benar. tentang seorang gadis yang pernah hadir dalam mindanya, yang membawanya berlayar di sebuah dunia mistik dan penuh kesuraman jiwa. Dia melihat segalanya. Namun dia tidak mampu untuk berkata. Hanya sekadar menjadi mata dan telinga. Jarinya mula menari di atas papan kekunci, menaip setiap detik permulaan jalan cerita yang bermula dengannya dan gadis itu berumah tangga. Mindanya menyatakan, gadis bernama Ainul Batrisyah wujud. Kewujudan yang mengubah jalan hidupnya sendiri tanpa dia sedari, dia dalam bahaya. Hanya dia seorang sahaja.. yang dapat melihat dan merasa sisip kehadiran Ainul Batrisyah. Ibunya, Puan Amalina dan juga temannya yang rapat tidak dapat melihat kehadiran gadis itu. Asywad Afendi mulai berubah sepenuhnya apabila kisah gadis itu di ceritakan pada paparan skrin komputernya. Antara sedar atau lena, sebahagian dirinya telah di kuasai oleh aura Ainul Batrisyah. Bisikan aura negatif gadis itu mula menceritakan kisahnya di zaman persekolahan. Yang mengheretnya jauh dari kebahagiaan keluarga dan kasih sayang kawan-kawan. Dia sering menyendiri, fikiran melayang, dan mindanya sering di hiasai dengan bayangan hitam. TAKSUB.. sedang menghantui minda anda sebagai pembaca.
BUAT YANG TERSAYANG by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 76
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
Cerpen ini hanyalah sebuah fantasi penulis, yang memikirkan apa yang bakal terjadi kepada mangsa bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah. Idea ini diambil ketika isu pembuangan bayi di negara makin hangat dan meningkat di perkatakan, dan ia seakan menjadi satu perbuatan yang biasa pada si pelaku. oleh itu, penulis cuba masuk kedalam dunia yang tak jelas pada mata zahir, hanya naluri dan hati yang menceritakan semua. apa yang tertulis di sini, tiada di peersembahkan kepada sesiapa(mention sesiapa), ianya hanyala sebuah tulisan Pena Hantu yang cuba memberikan gambaran kasih sayang. -PENA HANTU- @wattpadFitriAlBebiri
Melah and Friends by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 494
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 11
Melah is COME BACK untuk 2018. Permulaan Melah adalah pada Bulan Ramadan 2017. tahun ke dua Melah hadir menghiasi malam kau orang nanti okay.. <3
HIGHER PLANE by FitriUmairah
FitriUmairah
  • WpView
    Reads 13
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
The place I wan't gonna go it's higher than where i am now until I can't see ground Holding on the moonlight of the night sky I'm dreaming again Higher plane.. Higher plane....