?
5 stories
Suami Sempurna by darcylv
darcylv
  • WpView
    Reads 68,318
  • WpVote
    Votes 1,852
  • WpPart
    Parts 23
Seorang gadis yang tidak mudah untuk percayakan lelaki . Ya , itulah Melly Ariana . Kejadian yang menimpanya 4 tahun lepas telah meninggalkan parut yang dalam di hatinya membuatkan dia dingin dan tidak mempercayai insan yang digelar lelaki . Satu-satunya lelaki yang berani melamar Melly Ariana untuk dijadikan isterinya ialah Raja Arash Mikhail . Seorang lelaki yang ego tetapi kadangnya bersifat jujur pada orang yang tersayang . Permintaan keluarga yang menyuruhnya mendirikan rumah tangga membuatkan dia berani berdepan dengan Melly Ariana yang dingin terhadap lelaki itu . " Kenapa kau benci sangat dengan aku ? Apa salah aku Mel ?" - Raja Arash Mikhail " Lelaki dalam dunia ni semua sama ! Semuanya suka mainkan perasaan perempuan . And that's why i hate you . Puas sekarang ?!" - Melly Ariana
Oh My Hati by WannieWanAnnie
WannieWanAnnie
  • WpView
    Reads 13,229
  • WpVote
    Votes 425
  • WpPart
    Parts 10
Salah faham yang tidak disangka menjadi titik pertama pertemuan antara Wanda dan Hafeez. Mudah saja Hafeez dimanupulasi oleh Wanda untuk membayar ganti rugi semata-mata tersalah tuduh terambil begnya. Dan pertemuan kedua mereka juga menyebabkan duit Hafeez melayang lagi semata-mata sebab tak sampai tengok air mata Wanda yang jatuh berderai-derai. "Nak duit... nak isi minyak..." Dalam pada hairan, Hafeez tetap juga hulur duit untuk Wanda isi minyak. Aduh! Kenapalah hati Hafeez begitu mudah cair dan senang-senang kena paw dengan minah senget berlesung pipit? Dua kali berjumpa, dua-dua kali duit dia melayang! Sungguh tak boleh jadi, Hafeez kena mulakan operasi mintak hutang! Niat hati nak minta hutang tapi surat saman ala-ala nak mengorat pula yang dia tujukan buat Wanda. Kononnya nak romantik, nak tunjuk gentleman, tapi akhirnya? Surat saman cinta tersalah sampai ke tangan orang lain. Disangkakan Mini Cooper itu milik Wanda, tapi rupa-rupanya Tasha yang empunya kereta. Diselitkan surat cinta dalam buku milik Wanda tapi rupa-rupanya itu buku Tasha! Alahai... kan senang kalau letak nama, barulah semua orang tahu yang surat tu untuk Wanda dan bukan kawan baik dia, Natasha. Sekarang semua dah jadi kelam-kabut dan salah faham yang kecil semakin lama menjadi semakin besar. Setiap kali nak beritahu Tasha perkara yang sebenar, setiap kali itulah ada saja halangan yang datang. Semua orang tak sedar dan tak pernah mengetahui tentang perasaan Hafeez dan Wanda yang terpendam untuk sekian lama. Bila segala-galanya terbongkar, berlaku peristiwa hitam yang mengubah segala-galanya. Wanda, Hafeez, Tasha dan juga Hariz abang kandung Hafeez tersepit dalam perasaan hati masing-masing. Cinta, rindu, dendam dan keinginan untuk memiliki sepenuhnya menjadi satu perasaan yang mencengkam dalam hati. Oh My sayang, oh my rindu, mulut cakap benci tapi hati kata i love you!
Airmata Cinta by Imbroses
Imbroses
  • WpView
    Reads 64,657
  • WpVote
    Votes 1,075
  • WpPart
    Parts 43
"Aku dah penat nak terima kehilangan." "Then, be mine. I'll never leave u alone." Masihkah ada peluang untuk insan lain bertakhta dihatimu Bella Aryana.
Persis Bidadari Syurga by ersam0906
ersam0906
  • WpView
    Reads 2,462
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 8
Ketetapan takdir yang tertulis tidak mampu diubah lagi. Nur Asiah terpaksa berserah saat dia dikahwinkan dalam usia muda dengan lelaki yang tidak dicintai kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sewaktu rakan sebayanya berlumba-lumba memanjat tangga universiti, Nur Asiah berada di ceruk dapur, menjadi isteri yang terdera fizikal dan mentalnya oleh suami yang panas baran serta menjadi hamba kepada madunya di dalam rumah sendiri. Bayangan nasib malang dan ujian ALLAH sering mengekorinya. Saat dia mendapat kembali cinta, kasih dan sayang suami yang hilang, dia diuji lagi. Suami tercinta pergi menghadap ILAHI. Dalam usia yang masih muda, dia bergelar balu. Dugaan datang dan pergi sehingga Nur Asiah kelelahan. Mampukah Nur Asiah menyambung kembali cinta pertamanya bersama Zarif atau menerima lelaki dari Jerman yang mengirim cinta di angin lalu? Tegakah dia menduakan kasih suaminya yang kini hanya tinggal nama? "Ya ALLAH... berikan aku petunjuk dan hidayah dalam menghadapi dugaan-Mu ini..."
JANTAN JALANAN JAHANAM by shahrizatahmad
shahrizatahmad
  • WpView
    Reads 68,264
  • WpVote
    Votes 2,137
  • WpPart
    Parts 34
Bukan melupakan yang menjadi masalahnya. Tapi menerima. Barang siapa yang bisa menerima, maka dia akan bisa melupakan, hidup bahagia. Tapi jika dia tidak bisa menerima, dia tidak akan pernah bisa melupakan. - Tere- Liye