iezzlam's Reading List
9 stories
Sayangku Mia by karyaseni2u
Sayangku Mia
karyaseni2u
  • Reads 244,181
  • Votes 4,504
  • Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
One Day You'll Be Mine by karyaseni2u
One Day You'll Be Mine
karyaseni2u
  • Reads 21,823
  • Votes 323
  • Parts 1
Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka. Tajuk: One Day You'll Be Mine Penulis: Inawza Yusof Penerbit : Karyaseni ISBN: 978-967-0246-40-6 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni
SUAMIKU SI MATA BIRU by karyaseni2u
SUAMIKU SI MATA BIRU
karyaseni2u
  • Reads 133,197
  • Votes 2,551
  • Parts 15
Tajuk: Suamiku Si Mata Biru Penulis: Evelyn Rose Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-053-3 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2017 DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA!
MUA MOST WANTED by karyaseni2u
MUA MOST WANTED
karyaseni2u
  • Reads 22,458
  • Votes 645
  • Parts 15
PENULIS: AIFA BATRISYA TAJUK: MUA MOST WANTED TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT : 560 HARGA : RM23 (SM)/RM26 (SS) Pernah tak anda mengalami situasi begini? 1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal? 2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh? 3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis? 4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula? Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang. Tidak habis di situ, biarpun Lara 'cuba-cuba' lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara. "Faheem, saya rasa saya suka awak." - LARA Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan. "Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya." - FAHEEM
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)
karyaseni2u
  • Reads 269,863
  • Votes 4,686
  • Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Mr.Head Prefect acah 'perfect'(on Hold/Hiatus) by wnquinn_
Mr.Head Prefect acah 'perfect'(on Hold/Hiatus)
wnquinn_
  • Reads 38,140
  • Votes 1,713
  • Parts 12
'Senyuman tu?..aku kenal sangat-sangat'- Qee ----- "Woii..lain kali kalau rasa diri tu lembik..tak payah berlagak nak masuk kawad" - Razz Perkenalan yng langsung tidak diingini..Siapa je nak berkenalan dengan mr. Head prefect yang acah perfect ni?.. Apa dia fikir , dia ni setanding Movie 'Suamiku encik perfect 10' ke??.. Eee..pigidaah Harap muka handsome hati hacumm..! ---- ®ALL RIGHT RESERVED Cerita ni mengarut je.. So,takde function korang ciplak.. But that's not mean korang dibenarkan ciplak.. Read 4 fun and respect my idea..
Izinkan Aku Jadi Sayapmu by karyaseni2u
Izinkan Aku Jadi Sayapmu
karyaseni2u
  • Reads 64,659
  • Votes 836
  • Parts 15
Novel akan berada di pasaran Julai ini! Tajuk: Izinkan Aku Jadi Sayapmu Penulis: Lily Haslina Nasir Muka Surat : 784 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-92-0 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak)
My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE] by IvyCalluna
My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]
IvyCalluna
  • Reads 289,018
  • Votes 10,289
  • Parts 70
[ Highest ranking : #94 in Random 05/05/18 ] "Woi Nul ! tengok kat kantin tu, siapa ? waaa !!! dia lah , dia senpai next class kita tu , crush saya tu, Rayyan !" - Nur Arasha Imani "Alah , dia tu ?? Malas aku nak layan sangat, lagipun aku dah ada pilihan hati aku " - Ar-Rayyan Rafiq "Hey kau perempuan ! Ray tu aku yang punya , ada hati nak rampas boyfriend aku. Cermin diri tu dulu " - Haniza Harwani "Awak umpama bintang di hati saya " - Muhammad Darwish Bermulalah kisahnya disini . Nak tahu siapakah crush si Arasha Imani ni ? Siapa pula pilihan hati Rayyan Rafiq ? Mengapa Haniza Harwani marah ? dan siapa bintang di hati si Darwish tu ? Teruskan membaca cerita yang saya loretkan yang tak seberapa ni dalam "My crush senpai next class" P/s : Saya cuba nak asah bakat dalam bidang penulisan ni , harap korang tak bosan dengan karya saya yang tak seberapa nak menarik . Sekadar untuk mengisi masa yang terluang . Ohh ya "Senpai" tu maksudnya "Senior "
Aku... SUKA KAU! [ H I A T U S ] by kecchup_
Aku... SUKA KAU! [ H I A T U S ]
kecchup_
  • Reads 6,166
  • Votes 225
  • Parts 7
COVER BY @blekpingkerss_