Fluffynana's Reading List
3 historias
Seif Hayyaz ✔ por CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    LECTURAS 544,136
  • WpVote
    Votos 17,939
  • WpPart
    Partes 73
"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan niat di hatinya untuk merampas tempat di hati NurAnyz namun sudah takdir yang mengatur begitu.Seif Haffaz menghembuskan nafas terakhir di usia muda dan perkara itu sukar untuk diterima oleh NurAnyz,isterinya yang juga merupakan bekas tunang kepada arwah adiknya itu suatu ketika dulu. Walaupun sudah lama pemergian Seif Haffaz,namun cinta di hati isterinya itu masih belum terkubur buat adiknya.Jadi apa gunanya dia sebagai seorang suami jika dia dianggap seperti orang asing di dalam rumah itu. Kebencian NurAnyz terhadap dirinya semakin bertambah apabila dia dituduh menjadi punca kematian Seif Haffaz. "Awak jangan nak tunjuk baik depan saya boleh tak? Kalau bukan sebab awak,Haffaz takkan mati!" - NurAnyz "Kenapa tak buka tudung? Bukan ada sesiapa pun dalam rumah ni?" - Seif Hayyaz "Awak ada,sebab tu lah saya pakai" -NurAnyz Siapalah dia untuk mengubah hati manusia,dia tak boleh nak paksa isterinya untuk jatuh cinta terhadapnya.Jadi dia perlu bersabar dan terus bersabar.Tapi sejauh mana kesabarannya boleh ditahan? Mampukah dia untuk menjaga amanah dari arwah adiknya untuk menjaga NurAnyz?
DIA SI PEMBEKU CINTA  por aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    LECTURAS 2,759,620
  • WpVote
    Votos 139,894
  • WpPart
    Partes 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
SYARAT CINTA NIK NUFA por jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    LECTURAS 533,080
  • WpVote
    Votos 28,512
  • WpPart
    Partes 45
#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa yang berlaku sehinggakan tiba-tiba Mek Wan bencikan Adam Eazril? Mampukah Adam Eazril bertahan dengan Syarat Cinta Nik Nufa?