aaaasy06's Reading List
2 stories
Budak Degree by kelingkingbesi
Budak Degree
kelingkingbesi
  • Reads 26,851
  • Votes 773
  • Parts 30
Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqman si atlet harapan. Ziyad jejaka tegas yang suka membebel. Naufal, pak ustaz yang suka beramal. Nazrin, si kacak yang suka buat kerja last minute. Izzaq, si misteri yang menimbulkan tanda tanya. Emir, jejaka suksis yang sempoi. Lufti, si gila kuasa. Mikhail, dalam baik ada maknanya. Itu si jejaka-jejaka. Nadrah, gadis pencinta setia. Syuhara, baru merasa dunia luar. Adrina, si kuat tidur yang bijak. Safiyya, setiap masa hanyalah untuk mengejar ilmu. Umairah, kakak suksis yang mengambil berat. Aryana, si gopoh. Itu si gadis-gadis. Ingat senang nak kejar ijazah? Nampak senang tapi banyak cabarannya. Lebih ilmu yang dapat, lebih pengalaman mendewasakan. Ikut mulut orang, sakit. Baca dulu baru faham. BUDAK DEGREE.
Memoir Si Hati Kering by kelingkingbesi
Memoir Si Hati Kering
kelingkingbesi
  • Reads 28,576
  • Votes 794
  • Parts 31
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?