CINTA DRAMA KOREA
DAYANGSUHANUMOKHTAR
Angan-angan tidak seindah kenyataan...
Niel, Kim dan AJ adalah tiga pelajar pertukaran antarabangsa dari Singapura. Menggelar diri sebagai KPOP BOYS dek kerana minat terhadap muzik Korea popular. Saban hari menerima hadiah dan perhatian terutamanya Niel, selaku ketua kumpulan KPOP BOYS yang kacak lagi menawan. Pakej wajahnya yang menjadi umpan memikat hati para gadis di SRI BANGSAR dengan tujuan mengambil kesempatan.
Namun...masih ada seorang gadis yang tidak terpesona, malah menolak sekeras-kerasnya pengaruh KPOP yang dianggap menjengkelkan! Itulah pendirian IKA KE'EMBUNG, pelajar Sekolah Sri Bangsar yang bekerja sambilan sebagai pelayan di kedai LEMONADE demi menyara kehidupan.