Leena_haz's Reading List
3 stories
Isteri Sementara by Nurriel_Anuar
Nurriel_Anuar
  • WpView
    Reads 1,595,770
  • WpVote
    Votes 35,052
  • WpPart
    Parts 97
Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus dibenci oleh suaminya. Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun. "You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku Fazrul Shah. "Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" - Fazliatun. Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu bernikah dengan Nauri. Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi? Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia berkehendak, apa sahaja boleh berlaku. "Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak sanggup kehilangan dia." Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah. Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah. *first novel. Huhu. Jika ada yang tersilap, sila tegur ya. Harap korang enjoy baca cerita ni. Tq
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 • by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 1,288,525
  • WpVote
    Votes 86,101
  • WpPart
    Parts 91
| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dikatakan GAY! Walaupun, seorang Zafrael 'lurus' orangnya. Hanya keluarga, teman rapat yang mengetahui perangai disebalik sikap kutub ais lelaki itu. "Kau...sekali lagi aku nampak kau kat sini...aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau!" - Zyan Zafrael. "Takutnya~ wahai Tuan kutub ais! Saya pun taknak tengok muka tak bersosial Tuan ni!" - Nurin Qaisarah. Dia gadis yang gila-gila. Masuk air. Segala yang dia cakap, memang tak difkirkan terlebih dahulu. Sehingga, membuatkan orang mengelarnya sebagai Minah Sengal! Bekerja sebagai kerani membuatkan dia mengenali satu sosok yang digelar kutub ais! "Tuan ni pms ke? Hari-hari angin macam monsun timur...sampai bergegar satu office ni disebabkan Tuan. Tuan tak perasan ke?" - Nurin Qaisarah. "Keluar! Jangan sampai kau orang pertama kena humban dengan aku Nurin!" - Zyan Zafrael. "Eleh...nasib kau kutub ais! Aku campak kat kutub utara nanti baru sedar kot" - Nurin Qaisarah. Mereka bagai langit dan bumi. Bagai anjing dan kucing. Saling bercakaran tidak kira tempat atau masa. Ada saja topik untuk mereka beradu mulut. Tetapi adakah terdetik rasa cinta antara mereka? Jawapannya tidak. Kerana Nurin Qaisarah sangat-sangat membencikan Encik Kutub Ais itu. Zyan Zafrael pula, kalau boleh dia nak lenyapkan terus Minah Sengal seorang itu! Biar terus hilang dari radar! "Kau nak mati atau kau nak ikut aku? Pilih...kau ada tiga puluh minit sahaja..." - Zyan Zafrael. "Sa...saya pilih..." - Nurin Qaisarah. Dua jiwa. Dua dunia yang berbeza. Seorang dengan kehidupan cerianya, seorang lagi dengan kehidupan gelapnya. Mampukah mereka memupuk rasa cinta? Mampukah si kutub ais dan minah sengal bergabung?
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,903,583
  • WpVote
    Votes 76,642
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL