recommended💯
27 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,381,028
  • WpVote
    Votes 101,478
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 67,502
  • WpVote
    Votes 9,007
  • WpPart
    Parts 40
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,521,093
  • WpVote
    Votes 81,386
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
WILDAN  by novday
novday
  • WpView
    Reads 223,100
  • WpVote
    Votes 13,402
  • WpPart
    Parts 77
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫, 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐦𝐞?" "𝐈𝐧 𝐬𝐡𝐚𝐚 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇. 𝐈𝐟 𝐇𝐞 𝐰𝐢𝐥𝐥𝐬." You were no one but only a stranger whom I never knew before. Yet out of the blue you appeared and protected me, as if I am the most cherished person for you. 𝐌𝐲 𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐲 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫, 𝐦𝐲 𝐬𝐚𝐯𝐢𝐨𝐮𝐫. . Sinopsis penuh di chapter pertama. . Mula: 31/12/2020 Tamat: 9/6/2021 Amaran: Dilarang menciplak atau memplagiat. Sebarang bentuk penghasilan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali. © Hak Cipta Terpelihara oleh novday
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT by thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    Reads 7,321,708
  • WpVote
    Votes 57,006
  • WpPart
    Parts 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,247,400
  • WpVote
    Votes 427,907
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
RAW || Uqasha by mixxabel
mixxabel
  • WpView
    Reads 15,156,886
  • WpVote
    Votes 211,048
  • WpPart
    Parts 87
Please read carefully the first part of this novel. For ebook announcement, check the last part. Thank you! ◈◈◈ Aku Uqasha. Kisahku bukan cerita tipikal Melayu. Bukan pernikahan tangkap basah. Bukan perkahwinan aturan keluarga. Tapi penyatuan rela dua nafsu. Aku ada kepercayaan. Bahagia itu Hairi Zafran. Keseronokan itu Edri Shah. Cinta pula satu mainan ilusi. Satu malam. Satu malam, segalanya berubah. Satu malam, kepercayaanku musnah. Satu malam, aku hilang identiti diri. Satu malam, duniaku menjadi sepi. Satu malam yang melibatkan seorang Adam. ◈◈◈ Copyright © 2015 by Maria Isabella All rights reserved. No part of this publication can be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means whatsoever, without the express written permission of the author. This is a work of fiction. Names, characters, businesses, places, events and incidents are either the products of the author's imagination or used in a fictitious manner. Any resemblance to actual persons, living or dead, or actual events is purely coincidental. AMARAN: Bacaan Matang (18SX) & Gangguan Emosi ◈◈◈ ✅ BEST WATTPAD ACHIEVEMENTS #1 in Romance #1 in Viral List ✅ DITERBITKAN OLEH LEJEN PRESS Part 1 | Uqasha: Nafsu (2016, dihentikan cetakan) Part 2 | Uqasha2: Rahsia (2016, dihentikan cetakan) ✅ DITERBITKAN SEMULA OLEH LEJEN PRESS Adaptasi | Uqasha Suci (2018, dihentikan cetakan) ✅ DITERBITKAN OLEH FIXI LONDON Uqasha (super cheesy English version) Link untuk pembelian di bio (read at your own risk)
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,289,206
  • WpVote
    Votes 360,328
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"