WiraAfrina79's Reading List
56 stories
Pernah Benci - Mia Azwari by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 896
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK : PERNAH BENCI PENULIS : MIA AZWARI BLURB: Cinta pandang pertama Daim terhadap Raiqa membuatkan dia menjadi pencinta setia. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan gadis kesayangannya bahagia sehingga mereka berdua berkahwin pada usia muda. Tetapi Daim tidak sedar di sebalik hubungan itu, dia hanya dipergunakan. Rumah tangga mereka mula diuji disebabkan campur tangan orang luar. Raiqa yang tertekan gara-gara sikap ibu mentuanya, nekad meminta perpisahan. "Selama ni aku bodoh. Salah pilih suami. Kalau aku tahu hidup aku susah macam ni, aku tak ingin nak terima kau sebagai suami." - Raiqa "Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan perempuan yang tak ada perasaan macam kau. Kau masih tak ada rasa malu lepas kau dah hancurkan hidup aku!" - Daim Pertemuan Daim dan Raiqa setelah bertahun berpisah, membuatkan kehidupan mereka kembali huru-hara. Lebih-lebih lagi setelah Daim mengetahui rahsia di sebalik perceraian mereka dan kewujudan Dayyan. Bagi Raiqa, apa yang berlaku dalam kehidupannya sekarang merupakan bayaran atas dosa yang pernah dilakukan dulu terhadap Daim. Daim yang tidak mampu menipu dirinya lagi cuba meraih peluang kedua daripada Raiqa. Tetapi tak mudah untuk dia melembutkan hati wanita itu. "Bagi abang peluang." - Daim "Saya tak mampu lupa kata-kata awak. Jadi tolong... tolong jangan buat saya bencikan awak lagi."- Raiqa Adakah masih ada ruang untuk mereka bersama? Dan perkara apakah yang membuatkan Raiqa masih membenci Daim? KAPSYEN: Jika bersamanya hanya wujud perasaan benci, tolong hilangkan ingatanku ketika pernah mencintainya...
BILA TERLAJAK SAYANG... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 25,410
  • WpVote
    Votes 682
  • WpPart
    Parts 14
Karya ke-6 Umie Nadzimah Bila Terlajak Sayang... Sequel Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR 2) Sinopsis Mereka digelar pasangan paling romantik, macam belangkas, tak berenggang. Yup...begitulah realitinya, rukun dan penuh kasih sayang rumahtangga dia orang. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang ”~ Tajul Razin. “Iyalah tu, tipu jaga!” Indah Halina selalu mengusik tetapi dalam hati penuh kepercayaan pada si suami. Adat manusia , bila bahagia ada-ada sahaja yang tidak puas hati, dendam sana sini... “Apa buruk , kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?”~ Indah Halina “Indah tak ada satupun kurang. Indah tetap bidadari abang”~ Tajul Razin Indah Halina keliru. Kata sayang separuh nyawa tetapi... Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan . Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin pertingkatkan tahap imannya, sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang. “Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi...Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sungguh-sungguh hati bro”~ Tajul Fahin masuk campur semula . Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilepaskan. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka pabila dengan tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora?
YANG LUAR BIASA by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 35,104
  • WpVote
    Votes 934
  • WpPart
    Parts 13
Pertunangan Zhariz dengan Ryana buat Arissa akur yang dia hanyalah seorang adik di mata Zhariz. Apatah lagi bila Zhariz mengaku bercinta dengan Ryana. Ryana itu kakaknya, bermakna Zhariz itu bakal abang iparnya. Tapi peliknya, makin hari perlakuan Zhariz makin berbeza. Sikap ambil beratnya sudah melebihi had seorang abang terhadap asiknya. Apakah mungkin Zhariz betul-betul mencintai Ryana? Jika benar, kenapa beri harapan pada Arissa?
MENUNGGU MU | Best Seller by pena4kayu
pena4kayu
  • WpView
    Reads 55,547
  • WpVote
    Votes 683
  • WpPart
    Parts 23
AMARAN : MENUNGGUMU merupakan cerita klise. Baca atas risiko anda sendiri. Blurb/ Sinopsis (Bukan Rasmi) Sedari hari pertama Adam melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis tersebut. Rhea telah mengambil alih tempat Ava, arwah adik Adam. Keputusan mama untuk mengambil Rhea sebagai anak angkat yang sah, memarakkan lagi kebencian Adam. Rhea itu perampas kasih sayang mamanya. Namun Adam tidak menduga yang keputusannya untuk memaksa Rhea membantah niat mama, mendatangkan bencana. Mama memang membatalkan niat mahu mengambil Rhea sebagai anak angkat, dan kemudian mengangkat Rhea sebagai bakal isteri Adam. Ini kegilaan. Adam yang baru berusia 17 tahun tidak dapat menerima kegilaan tersebut. Dia bertindak belajar di Aussie dan kemudian bekerja dia sana selama bertahun-tahun, dengan harapan Rhea dan mamanya melupakan hasrat gila tersebut. Apabila dia pulang semula ke Malaysia, hanya untuk berdepan semula dengan kegilaan tersebut. "I'm not sure I can, mama. I don't think I can. Saya tak boleh berkahwin dengan Rhea. Saya hanya akan berkahwin dengan wanita yang saya suka dan cinta, dan Rhea bukan wanita tu. She's just a very spoiled brat."
MENGUKIR BAHAGIA (New Version) by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 70,414
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 13
Jika bahagia seorang suami bukan pada isterinya, di manakah letaknya bahagia itu?
MR. ANONYMOUS by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 43,591
  • WpVote
    Votes 1,090
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Mr. Anonymous Penulis: Adah Hamidah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-58-8 Muka Surat : 736 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Ogos 2018
Tolong Bagi Hati Awak by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 79,810
  • WpVote
    Votes 1,507
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tolong Bagi hati Awak Penulis: Hannah Ezaty Muka Surat : 672 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-21-1 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) BELI SECARA ONLINE : www.p2u.my BELI DALAM APLIKASI : Aplikasi KARYASENI
Single Terlalu Lama! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 31,590
  • WpVote
    Votes 497
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Single Terlalu Lama! Penulis: PyNat Mouri Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2321-12-5 Harga: RM 28.00 (Semenanjung) // RM 31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2019
KERANA DIA MANUSIA BIASA by WanNurNajihah
WanNurNajihah
  • WpView
    Reads 97,284
  • WpVote
    Votes 1,224
  • WpPart
    Parts 36
AKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil "Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia,Alia itu anak halal.Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu." - Nurin Aira Sakit,perit itulah yang dirasakan.Tapi itulah pengorbanannya untuk menyelamat seorang insan daripada bergelar anak derhaka.Nurin Aira pasrah. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Tengku Shamil tidak akan menerima wanita yang sudah menyebabkan dia kehilangan orang tersayang.Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya. Dendamnya makin membara,apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita.Itu tekadnya. "Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau.Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau."-Tengku Shamil Ikhlaskah Nurin Aira menerima lelaki yang banyak melukakan hatinya? Saat hati mula bahagia dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang.Rumah tangganya bergoncang. "Penipu.Kau tahu tak kau penipu.Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau.Ini yang kau balas kat aku.Aku punyalah sayang kau,tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?"-Tengku Shamil "Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang,macam tu?" -Nurin Aira *Cerita dalam versi belum edit. Andai ada typo atau kesilapan apa2 ampun maaf ya💋 *Jangan lupa vote ya⭐️
Sugar? by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 42,809
  • WpVote
    Votes 907
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: Sugar? Penulis: Rehan.Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-127-1 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mei 2019 DAPATKAN SEKARANG DI APLIKASI KARYASENI ATAU PM MAKCIK KARYASENI DI FACEBOOK DAN NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA FREE POSTAGE!