annaomey's Reading List
2 stories
Cinta Dalam Degupan Terakhir by annaomey
annaomey
  • WpView
    Reads 58
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 4
Izz Ziyad seorang doktor muda, dikurniakan ketampanan yang sukar ditandingi, hidupnya berubah sekelip mata selepas kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ayahnya. Tragedi itu bukan sahaja meninggalkan luka jiwa malah mengesahkan bahawa dia kini menghidap masalah jantung. Di tengah kesepian dan rasa kehilangan, hadir Hayani Hadfina seorang gadis yang ceria dan mampu mencairkan dingin yang membeku dalam hati Izz Ziyad. Kehadirannya seolah-olah menjadi cahaya yang menyinari kegelapan hidup Izz Ziyad. Dari pertemuan yang saling membenci sehingga lahirlah kasih yang mendalam apabila takdir menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri. Izz Ziyad yang disangkakan seorang yang dingin sebenarnya penuh dengan kelembutan jiwa, romantis dan setia bersama Hayani. Namun, kebahagiaan itu tidak selamanya tenang. Antara rahsia masa lalu, tekanan penyakit yang semakin meruncing dan dugaan yang datang tanpa duga. Mampukah Izz Ziyad dan Hayani mempertahankan cinta yang mereka bina?
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 42,497
  • WpVote
    Votes 3,404
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?