anis_97's Reading List
2 stories
【C】 KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI by psychonagi
psychonagi
  • WpView
    Reads 203,621
  • WpVote
    Votes 5,232
  • WpPart
    Parts 68
※COMPLETED※ ¦ In Editing ¦ «......» KAN KUTUNGGU CINTAMU SAMPAI MATI . . . Tengku Haura Imani. Gadis yang diajar ilmu agama yang cukup oleh ibubapanya sepanjang dia hidup di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun dia diajar untuk tidak bercinta, tetapi menyukai ajnabi itu fitrah bagi setiap makhluk. Dan dia tidak terkecuali. Dia akui dia tak mampu menolak takdir itu. Ditakdirkan dia dijodohkn oleh kedua-dua keluarga untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah lama bertakhta di hati dalam diam sejak dari zaman universiti. Namun, adakah perasaan sayang dan cinta wujud dalam diri lelaki itu? "Saya suka awak dari dulu lagi, Dariel." -- Tengku Haura Imani "Macam ni lah Haura, saya ni langsung takde perasaan apa-apapun dekat awak. Saya kenal awak pun tak. Saya terima awak sebagai isteri ni pun sebab my mom tak berhnti-henti suruh kahwin." -- Megat Dariel Mikael Haura menyimpan pelbagai perasaan di hati kerana dahagakan kasih sayang seorang suami. "Aku akan buat abang aku sayangkan kau. Cintakan kau. Sepenuh hati dan sampai mati. Aku janji." -- Puteri Daerila Mikayla "Dan Qeef pula akan pura-pura kejar cinta Haura dan buatkan suami Haura cemburu buta sampai tak kasi keluar rumah. Baru dia tercyduk teroks." -- Syed Thaqeef "Dia ada suami. Aku suami dia. Yang kau sibuk sangat nak tolong dia dah kenapa?" -- Megat Dariel Mikael Usahanya mendapatkan cinta suami semakin tiba kemuncak. Ketika mereka mula menyemai cinta dan kasih, cabaran demi cabaran datang merempuh benteng rumahtangga mereka. "Lya sayangkan abang sangat. Lya terpaksa tinggalkan abang dulu. Tapi sekarang, Lya dah balik untuk abang semula." -- Lyana Miller Bagaimana Haura dan Dariel mahu mengekalkan kebahagian keluarga mereka? Akankah kisah cinta mereka berakhir dengan suka atau duka? . . . [Second story] . . Alert! Story ni cliche. (102,040 words)
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] by qstnadamia
qstnadamia
  • WpView
    Reads 69,414
  • WpVote
    Votes 2,179
  • WpPart
    Parts 87
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025