nmys1427's Reading List
18 stories
CIKLET: Telah Ku Janji Selamanya by ziyanaiaqilla
ziyanaiaqilla
  • WpView
    Reads 11,881
  • WpVote
    Votes 324
  • WpPart
    Parts 43
Tanggungjawabnya kepada keluarga dijadikan asas kepada setiap keputusan yang dibuat Ilana Saramaia dalam hidupnya sejak dia berumur 8 tahun lagi. Semuanya dilakukan demi meneruskan legasi keluarga yang dibanggakan selama ini. Namun segalanya berubah saat dia mengetahui rancangan orang tuanya untuk menjodohkan dia dengan Awangku Emran Emir. Sikap Awangku Emran Emir yang jauh berbeza dengan prinsipnya membuatkan Ilana Saramaia membuat keputusan drastik untuk lari beberapa hari sebelum majlis pertunangannya. Keputusan yang membuatkan Ilana Saramaia dibuang keluarganya sendiri. Bertahun Ilana Saramaia di perantauan, lari membawa diri, mengubat hati yang lara. Dia mahu bina hidup yang baru, walaupun itu bermakna dia tidak akan lagi punya keluarga. Sehinggalah dia berjumpa dengan Ghazi Hardani Strauss. Lelaki yang menjadi sandaran, tempat menumpang kasih sayang yang selama ini hilang. Ghazi Hardani Strauss punya satu janji, untuk selamanya bersama Ilana. Tetapi, hidup tidak akan sentiasa indah. Akan ada sahaja aral yang melintang, menjadi penghalang kepada sebuah kisah cinta. Di saat kebahagiaan menjadi pertaruhan, antara cinta dan tanggungjawab, yang mana satu menjadi pilihan Ilana? Akan kekalkah janji untuk selamanya? Hak Cipta Terpelihara. Watak-watak dan cerita hanya rekaan semata-mata. Disarankan sesuai untuk bacaan 16 tahun ke atas.
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C) by Nisak2911
Nisak2911
  • WpView
    Reads 1,585,231
  • WpVote
    Votes 29,549
  • WpPart
    Parts 60
Bacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila sering diabaikan. Sepanjang 18 tahun Laila hanya memendam rasa. Sehinggalah suatu hari, orang kaya kampung menghantar rombongan meminang Tiara. Siapa yang berani menolak tuah? Kerana terlalu sayangkan Tiara, kedua orang tua mereka bersepakat untuk menggantikan Tiara dengan Laila. Akhirnya Laila terpaksa menikahi atuk tua yang sudah berumur 52 tahun.
Jamil VS Tipah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 5,593
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 10
"Duduk betul-betul boleh tak? Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!" - Jamil "Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!" - Latifah Latifah geram. Laser betul Jamil, ada saja modal nak bagi dia sakit hati. Persahabatan mereka sejak kecil terus berantakan gara-gara salah faham. Lebih memeningkan, mereka terpaksa bekerjasama bila kampung pula diserang 'orang minyak'. "Baik kamu kahwin, jangan nak jual mahal sangat, Tipah! Orang minyak ni cari anak dara!" "Eh, kau suka kakak bomboloni montel kau tu ke? Cakap ajelah kalau suka!" Jamil nekad mahu memperbaiki hubungan mereka. Latifah buat tidak endah, hanya ambil pendekatan untuk tidak menyerah kalah. Namun, kehadiran si cantik jelita menyebabkan jiwa kentalnya menjadi goyah. "Akak jangan mimpilah nakkan Jamil. Akak bukan taste dia." - Airin Latifah keliru. Aku suka Jamil? No! It's weird, okay? Lagipun, dia Jamil. Aku Latifah. Macam watak utama filem Madu Tiga. Entah-entah kalau terima, aku berpotensi untuk bermadu! Hesy, gadis itu bertambah seram. Tak mungkin mereka saling mencintai! "Biar saya jadi mahram awak, suami awak, Tipah." Argh, kegilaan apakah ini?! Latifah mahu pengsan!
WANITA KEDUA HARMAIN by ZazaQry
ZazaQry
  • WpView
    Reads 1,040
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 5
Aku akan memilihmu sehingga ke akhirnya..
Sekali Akad Kulafaz by teratak_kasih
teratak_kasih
  • WpView
    Reads 454
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 6
Tajuk : Sekali Akad Kulafaz Penulis : Jazmeen Muka Surat : 439 Muka Surat Terbitan : April 2018 ISBN : 978-967-15285-9-4 Harga : RM36 Semenanjung Malaysia / RM40 Sabah Sarawak Harga termasuk pos
SUAMI YANG KU LEPASKAN by NovelisMiaKiff
NovelisMiaKiff
  • WpView
    Reads 5,427
  • WpVote
    Votes 71
  • WpPart
    Parts 8
Sinopsis Dikahwinkan diusia muda, buat Nayla memberontak. Saat dia ghairah mengejar masa depan dan cita-cita, tiba-tiba dia terpaksa terikat dengan lelaki bernama Aliff. "Nayla hairan kenapa abah kahwinkan Nayla , padahal abah pun tahu apa impian Nayla. Nayla tak faham la kenapa abah buat Nayla macam ni!"- Nayla. "Mungkin perkahwinan ni dapat buka ruang Nayla capai impian Nayla..." - Aliff "Impian apa? Jadi tukang masak kau kat dapur? Beranak anak-anak kau setiap tahun? Itu yang kata impian? Kau dah hancurkan segala impian aku..." - Nayla. Peluang sambung belajar ke Ireland di gunakan sepenuhnya Nayla untuk merdeka dari ikatan seorang isteri. Bebas! Dia memutuskan untuk membawa haluan sendiri, berdendam hingga lupa mama, abah dan suami yang ditinggalkan di Malaysia. 6 tahun berlalu, kembalinya hanya untuk menuntut cerai dari suami yang tak pernah diakui itu. Fareel lelaki yang tahu status dan segala masalah Nayla, setia menanti dengan sabar membuatkan Nayla mahu hidup bersamanya. Itulah yang menjadi alasan Nayla untuk pulang meminta cerai. Hanya Fareel yang layak untuknya. Hampir 6 tahun tak pulang, lain pula yang terjadi. Nayla menerima pelbagai kejutan yang tak disangka-sangka. Mampukah Nayla berdepan dengan semua itu dan mendapat apa yang dia mahu dari Aliff? Berpisahkah mereka? Segalanya terjawab dalam, Suami Yang Ku Lepaskan.
HATI YANG MEMANGGIL NAMAMU [TELAH TERBIT!!] by AwaaHaris
AwaaHaris
  • WpView
    Reads 6,370
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 4
'...Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita...' "Perempuan tu... Hidupnya menuntut tiga nyawa, kak!" - Engku Fadzlan ENTAH di mana bermulanya hubungan dingin antara dia dan lelaki itu. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dirinya bagai seorang musuh yang harus diperangi? "Nama sama, paras serupa. Awak seolah-olah jelmaan 'Humairah' kami." - Haikal "Dia... Di mana?" - Humairah "Hilang." - Haikal Pertemuan tanpa disangka rupa-rupanya telah membuka selembar hikayat duka dua hati yang selama ini sarut menelan pahitnya erti sebuah kehilangan. Kemunculannya seumpama satu anugerah walau ada rasa ragu menyusup ke dalam jiwa. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lalu tidak tersingkap, waima dalam sepintas panahan petir di kaki langit. Apatah lagi dirinya sering terhumban ke dalam lembah tidak berdinding itu, yang turut menjelmakan paras seseorang. Lembaga itu saling tidak tumpah menyerupainya! "Aneh, kan? Kami... Sama. Saya dan Ara... Seolah-olah­­ orang yang sama." - Humairah Bagaimana hendak diperhalusi perhitungan ini? Alur simpang yang terbentang tidak mungkin mampu disusuri sendirian. Ia penuh onak dan duri, bahkan telah wujud halangan yang bakal meragut nyawanya. Ada mata yang memerhati. Ada hela nafas yang bergulung mahu dia mati! .... Novel HATI YANG MEMANGGIL NAMAMU boleh dibeli melalui shopee Karyaseni!
Sentuhan Qalbu(Completed) by WanYat70
WanYat70
  • WpView
    Reads 309,745
  • WpVote
    Votes 8,508
  • WpPart
    Parts 73
Ilham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang bebas..ditakdirkan Nya memgisi ruang jiwa..apakah penyatuan ini terindah atau sebaliknya.. "Mata sebelah celik tapi tak nampak, Sebelah lagi buta..tertutup. Kaki pula tempang sebelah..nak berdiri pun tak boleh..kena pakai tongkat.. Jalan pun terhuyung-hayang..meraba-raba sebab buta.. Aku tak nak susahkan dia sebab aku cacat..." #1-in doktor.
Sekeping Hati Yang Terluka by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 1,626,834
  • WpVote
    Votes 64,450
  • WpPart
    Parts 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah yang selalu melebihkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Berkahwin dengan Razif Amirul bukanlah sesuatu yang dia mahukan bahkan dia tak pernah jangka. Dia cuma mahu menolong lelaki itu mendapatkan saham syarikat milik keluarga Razif. Tempoh perkahwinan mereka hanya dua bulan sebelum dia bakal bergelar janda. Ada sebabnya, kenapa dia terlalu ingin menolong Razif. Pastinya kerana lelaki itu merupakan crushnya sejak di bangku sekolah menengah. " Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. " Arisya Delina. Mampukah sekeping hati ini menahan luka perit yang ditoreh? start ; 4 Oct 2018 end ; 1 Jan 2019
Dalam Kurungan Razyian.  by Fara_Hana
Fara_Hana
  • WpView
    Reads 177,074
  • WpVote
    Votes 4,380
  • WpPart
    Parts 66
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana hadirnya seorang wanita bergelar maduku. Ara. "Ara dah la tu. Benda dah jadi. Tak ada gunanya kau nak harapkan orang yang sudah berpunya." Ayna. "tak Ayna! Dengan apa yang aku baca, aku dah boleh agak Kayla tak pernah terima Razy. Diorang kahwin sebab wasiat. Jadi aku masih ada peluangkan untuk rampas Razy dari dia?" Ara. Dengan kehadirannya dalam keluargaku, terus menjadi porak peranda sehinggakan aku ambil keputusan untuk pergi membawa diri tanpa meminta izin. "abang Iz Cuma nak adik sedar bahawa apa yang adik buat adalah salah. Terperap di sini bukan penyelesaian yang baik. Adik nak sambung pengajian di sini? Ok! Abang Iz terima tapi lima tahun dah cukup untuk adik berada di sini. Adik benda dah lepas biarlah berlalu. Lagipun tak elok biarkan suami menderita tanpa isteri di sisi." Raizmie. Bagaikan angin lalu aku tetap dengan keputusan tapi tidak lama bila papa sudah sebulat suara untuk aku pulang juga ke Malaysia. Ternyata kata-kata abangku benar belaka bila aku lihat kemesraan suamiku jelas membuatkan hatiku direntap biarpun Ara mengidap amnesia. Makin menjadi-jadi bila kehadiran Eriq bagaikan segumpal awan hitam menyelubungi aku dan akhirnya akulah awan hitam itu bila Ian menuduh aku pembunuh Ara. Sampai bila pengakhiran ini akan berakhir? Adakah kisahku tiada kebahagiaan selepas ini? Dan adakah selamanya aku menjadi banduan dalam kurungannya? Hanya senaskah cerita ini luahanku. Start :19/03/19 End :19/01/20 Raina, Ian dan Han