Romance
2 stories
Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE] by jijahorkid
jijahorkid
  • WpView
    Reads 65,512
  • WpVote
    Votes 4,867
  • WpPart
    Parts 40
Beautiful and gorgeous cover by @peanurts😘😘 Aisyah seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Henry Gurney. Dilabel 'budak jahat' merupakan takdir yang perlu dia tempuhi. Tidak cukup dengan itu, dia dihalau oleh ibunya. 'Anak aku dah lama mati. Kau siapa? Pergi berambus dari sini.' - Mak Temah Akur dengan kehendak ibu tersayang, kakinya melangkah pergi. Pertemuan dengan Tengku Aminah yang tinggal bersama Rayyan dan si kecil, Adib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, itu hanya sementara. 'Kau nak kemana? Ada aku suruh kau pergi? Nasi aku siapa nak letakkan? Kau nak makan gaji buta ke apa?' - Rayyan Demi membalas budi Tengku Aminah, dia kuatkan hati. Setiap cacian dan tomahan yang dilemparkan dia hadap. Tanpa dia sedar, hanya kerana satu ucapan terima kasih, dia jatuh hati pada Rayyan. Pelik tapi benar. Kehadiran Syafiq secara mengejut dengan niat untuk membantunya menjadi tanda tanya. 'Aku rasa aku patut berterus terang je dengan kau. Ada orang inform aku yang kau dalam bahaya. So, aku datang ni nak bagi kau warning siap-siap supaya lebih berhati-hati selepas ni.' -Syafiq Di sebalik bantuan itu rupanya tersimpan satu rahsia. Kerana dendam, pelbagai kemalangan menimpanya. 'Aisyah, Aisyah...Hidup lagi kan kau? Aku ingat lepas kemalangan tu, kau dah jumpa Dian kat sana. Tak sangka pulak orang macam kau ni liat betul kan nyawa kau! Mampukah dia terus bertahan? Siapa yang berdendam dengannya? Tatkala semuanya terbongkar, masih adakah bahagia buat dirinya? 🌹Bismillahirrahmanirrahim🌹
RINDU KAMILAH by AqilaMustaqim
AqilaMustaqim
  • WpView
    Reads 9,734
  • WpVote
    Votes 418
  • WpPart
    Parts 32
BLURB: Puspa Kamilah - peguam. Merindui bekas banduan akhir yang berjaya dilepaskannya daripada tali gantung. Peribadinya seindah namanya, begitu berdedikasi mendidik remaja menghindari dadah dalam sukan. Tetapi diri sendiri menjadi mangsa kartel dadah. Arman Naim - jurutera automotif. Terperangkap kerana kejujurannya. Ditinggalkan tunang yang hilang kesetiaan ketika dia dipenjara, kerana keluarga yang dambakan harta dunia. Arman mencari kepuasan baharu melalui usahanya dalam bidang pertanian modern. Tetapi ego hati yang tercalar bukan mudah untuk dihadapi. Bersama bantuan sahabat, Malik dan Nelly, mereka bersama-sama menempuh dugaan dan segala kemungkinan, walau ada kalanya pahit untuk ditelan. Tanpa Puspa dan Arman sedari, perjalanan hidup mereka dicatur Datuk Haidar, yang ingin menyambung kembali kisah cinta di zaman silam yang terputus akibat pengkhianatan. Khadijah dan Zahari - umi dan walid Arman. Perjuangan mereka mempertahankan kedamaian alam sekitar kampung menyeret Puspa dan Arman melencong daripada usaha mencari tapak kesemprnaan. Berjayakah gabungan sains dan teknologi dengan elemen paranormal dalam memerangi kejahatan? Dapatkah tiga generasi membina sinergi di atas kerinduan kepada kesempurnaan yang berliku-liku penuh cabaran? Atau mereka akan kekal merindui kamilah yang masih jauh untuk digapai umpama pelangi di alam firdausi? ***** NOTA PENULIS: Cerita ini rekaan penulis semata-mata. Jika ada persamaan nama dan tempat-tempat ia hanya kebetulan. Nama-nama agensi dalam cerita ini juga rekaan dan tidak kena-mengena dengan agensi-agensi kerajaan mana-mana negara. Cerita ini tak tahu genre apa. Romance-Random-General Fiction. Novel ini merupakan percubaan penulis untuk menyampaikan mesej bagaimana menjana ekonomi dan menangani gejala remaja nakal menerusi naratif fiksyen. [DILARANG MEMPLAGIAT] Ranking: #1 paranormal out of 491 stories (31 January 2020 - 12 Februari 2020) #1 cita-cita out of 33 stories (sehingga ...)