zulfiqarzainal76's Reading List
3 stories
SUAMI YANG KUBENCI by EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    Reads 18,564
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk : Suami Yang Kubenci Penulis : E-Man Sufi Harga : RM20.00 ISBN : 978-967-024-610-9 Terbitan : karya seni Beli online : www.karyaseni.my Sinopsis "Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..." Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik. "Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia...." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu.... "Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...." "Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?" "Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu...!"
Hikayat Cinta Si Pematah Hati (adaptasi ke drama) by EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    Reads 1,142
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
Tajuk : Hikayat Cinta Si Pematah Hati Penulis : E-Man Sufi Harga : RM35.00 ISBN : 978-967-0246-33-8 Tahun Terbit : 2012 Adaptasi : 2017 Terbitan : Karya seni Beli online : www.karyaseni.my Sinopsis WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki… RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang! “Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…” “Sorry… saya dah ada kekasih.” “Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.” “Hah?” Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati. Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati? “Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...” “Apa makna…” “Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”