2 stories
#2 30 Titipan Buat Imamku by QilaNiz
QilaNiz
  • WpView
    Reads 39,263
  • WpVote
    Votes 2,369
  • WpPart
    Parts 27
NUR AQILAH HUSNA-Anak yatim yang kehilangan orang tua diusia muda. Disebabkan dugaan yang menimpa dimasa silam menjadikannya tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan hidup. TENGKU ADAM AL-IMAN SHAH-Seorang lelaki yang hanya tahu enjoy dan kerja sahaja. Seorang wanita dambaan hati menyebabkan Adam menolak gadis lain termasuk isterinya sendiri. Disebabkan satu tragedi tanpa disengajakan menjalin sebuah ikatan suci diantara Aqilah Husna dan Adam Al-Iman Shah. Aqilah cuba menanam perasaan cinta kepada sang jejakan yang bergelar suami. Sebaliknya, Adam cuba mencungkil setiap perkara yang disembunyikan Aqilah. "Saya tak kesah awak tidur kat sebelah ni. Saya rasa, saya tak besar sangat. Kalau panggil Aiman pun boleh muat lagi katil ni."-NUR AQILAH HUSNA. "Boleh je. Selepas sebulan aku ceraikan kau dan kau kahwin la dengan sesiapa yang kau nak. Aku tak hamak nak isterikan kau! Sebulan kau tu, bermula hari ini."-TENGKU ADAM AL-IMAN SHAH. 1 bulan masa perjanjian. 30 hari dilalui bersama. 30 titipan titipan buat Imamku. [P/S: Sinopsis akan diupdate semula setelah tamat cerita ini memandangkan idea dan sinopsis awal tidak selalunya selaras dengan idea.]
Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 65,605
  • WpVote
    Votes 1,787
  • WpPart
    Parts 18
Bagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia 'terkahwin' dengan Benyamin Ziqri a.k.a 'mamat kutub utara' (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina. "Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?" - Nuha Dhamia "Hah? Apa jenis soalan macam tu?" - Benyamin Ziqri "Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu." - Nuha Dhamia "Dengan sayalah." - Benyamin Ziqri "Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya." - Nuha Dhamia Nuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula. "Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?" - Benyamin Ziqri "Eh, saya boleh buatlah. Bukannya susah sangat pun. Dekat rumah sewa, saya dah biasa buat benda-benda macam tu." - Nuha Dhamia "Boleh tak kalau awak jangan buat saya selalu risau?" -Benyamin Ziqri Nuha tepuk dahi sendiri. Pening betul! Confuse! Baru sahaja misi mencairkan hati ais encik suami hampir berjaya, datang pula satu demi satu dugaan yang menganggu rumah tangga mereka. "I am used to living by myself for years until you suddenly came in. I am not used to these sudden changes yet." -Benyamin Ziqri "Who messed with whose life in the first place?"- Nuha Dhamia Masih adakah peluang untuk Nuha Dhamia mencairkan semua 'ais' milik Benyamin Ziqri yang membeku? Mampukah segala dugaan dilalui tanpa merosakkan kepercayaan yang ada? Mampukah bahagia menjadi milik mereka ataukah Nuha Dhamia terpaksa reda dengan segala-galanya?