seram
2 stories
Penanda Kubur Anira by HafizAziz2
HafizAziz2
  • WpView
    Reads 1,167
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 3
Anira, seorang wanita yang tua, hodoh dan lumpuh, telah tiba di kampung Dangi pada tahun 1923. Ketibaannya di-iringi satu sumpahan 100 tahun lamanya. Dia terpaksa membunuh dan memakan jantung lelaki setiap hari untuk mengekalkan kejelitaannya dan kuasanya. Kampung Dangi menjadi porak peranda. Hari demi hari, Anira membuat onar! Membunuh tanpa belas kasihan. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis rupawan bernama Marini. Kejelitaan dan keperibadian Marini seiras dengan wajah anaknya, Hartini. Anak tunggalnya yang dibakar hidup-hidup 100 tahun dahulu. Anira Nekad! Marini harus dijadikan anaknya untuk mengisi jiwanya yang kosong dan mengubat luka di hatinya... ...satu keputusan yang membawa padah bagi Anira
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,448
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!