fadhli0513's Reading List
4 mga kuwento
Projek Memikat Suami ni 21sabster
21sabster
  • WpView
    MGA BUMASA 47,760
  • WpVote
    Mga Boto 375
  • WpPart
    Mga Parte 10
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia. "Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." - Zahrain Alimin Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick. "Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!" - Nawwal Husna "Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?" - Najla Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan? "Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," - Zahrain Alimin Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia! Judul : Projek Memikat Suami Penulis : Hanina Abdullah Penerbit : Penulisan2u
MR. GREY ni karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    MGA BUMASA 539,546
  • WpVote
    Mga Boto 6,575
  • WpPart
    Mga Parte 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
TITIAN CINTA KITA ❤ ni fisyasofiaa
fisyasofiaa
  • WpView
    MGA BUMASA 7,332
  • WpVote
    Mga Boto 115
  • WpPart
    Mga Parte 8
Mengisahkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang dijodohkan mengikut perancangan keluarga. Apabila cinta mereka sudah berputik , pelbagai ujian datang menimpa untuk menguji kesetiaan. Adakah mereka dapat bertahan melalui kehidupan yang penuh cabaran ini dengan hanya berlandaskan cinta mereka? Nantikan Titian Cinta Kita di saluran kemongais , channel 138 pada hari Isnin ,Rabu, Jumaat, dan Ahad, jam 4 pagi. Nantikan!! (Ok ni saje je. Buat hilang stress huhu. Dah lama teringin nak cakap macam selebriti selalu buat :'). Hahahaha. Ok bawah ni real punya tau!!Please dont give up with me ;(.) Kalau teringin nak tahu apa yang akan terjadi dalam kisah Titian Cinta Kita , sila tekan Read button yang berwarna orange tu!! Kalau tak teringin nak tahu kisah ni pun , kena tekan Read button sebab apa? Sebab korang membantu sis untuk terus menulis this story. Manfaatnya , korang dapat baca this story dengan lebih cepat dan PAHALA pun dapat. Smile ;)
My Hubby My Lecturer ni NatashaZulkifli
NatashaZulkifli
  • WpView
    MGA BUMASA 1,572,936
  • WpVote
    Mga Boto 40,804
  • WpPart
    Mga Parte 62
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang serta merta. Nak tahu cerita dia? Baca.. nak tahu ending dia jom beli buku dia.. Love, Natasha Ps: Novel tak akan diupdate sampai habis.. hanya akan di update sampai bab 51 saja. Sebab apa? Sebab cheq jual novel ni.. kalau nak order Mesej saya.. kalau nak jadi dealer/dropship pun pm saya naa