atikahbujang's Reading List
10 stories
TAK ADA CINTA SEPERTIMU by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 335,679
  • WpVote
    Votes 2,365
  • WpPart
    Parts 10
WHATSAPP 013 2588069 www.dearnovels.my Tajuk: TAK ADA CINTA SEPERTIMU Penulis: ANNA MILIA ISBN: 978-967-2116-09-7 Harga: RM25.00 / RM28.00 Penerbit: DEAR NOVELS ENTERPRISE M/s: 600 Kapsyen: Cintaku untuknya bukan kerana dia sempurna, tetapi kerana dia yang menyempurnakanku. Blurb: Panas! Meletep Kebabom! Itu yang dirasakan oleh Hazran setiap kali bertemu Athea. Ketika pertemuan pertama, gadis yang disangka janda anak dua itu berebut pek Panadol dengannya. Berlakulah siri pertemuan seterusnya. "Awak lagi?" - Hazran "Apa salah anak-anak saya kali ni?" - Athea Cermin tingkap rumahnya dipecahkan dan kucing kesayangannya dicuri. Semuanya angkara Athea dan anak-anak. Malah, Athea punca dia putus tunang dengan Bella. Namun, siapa sangka jiran yang dipandang jelik sebelum inilah yang mencuri hatinya. Athea mungkin pemilik tulang rusuknya. "Saya sayangkan awak. Saya nak kita halalkan hubungan kita supaya kita boleh sama-sama jaga ayah dan anak-anak." - Hazran "Macam mana dengan ibu awak?" - Athea Hazran perlukan restu uminya yang terlalu prejudis terhadap Athea. Misi undercover dilaksanakan oleh umi dan ayah untuk mengenali bakal menantu mereka. Warga emas jadi spy? Memang menangislah Hazran.
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,315,995
  • WpVote
    Votes 58,514
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
[MHID] My Husband Is DESTINY  by bangpeng
bangpeng
  • WpView
    Reads 302,323
  • WpVote
    Votes 11,439
  • WpPart
    Parts 19
Sewaktu Aira Ayuni sedang koma dia telah dinikahkan dengan seorang doktor yang merawatnya iaitu Wafiq Ziyad. Apabila Aira sedar daripada koma, dapatkah dia terima yang dia sudah menjadi isteri orang? "Kau dengan aku tak mungkin dan tak akan bersama sampai bila-bila!!!" "Bagi masa kau untuk aku." "Kalau awak jadi isteri saya, saya akan jaga awak elok-elok."
Calon Isteri Encik TQ (✔) by MakCikGamat
MakCikGamat
  • WpView
    Reads 533,257
  • WpVote
    Votes 20,591
  • WpPart
    Parts 30
DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh boleh? Menjadi calon isteri yang tak diingini memang payah. Lagi-lagi kena bersaing dengan Dora the Explorer tu!
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,521
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
My Cikgu, My Hubby!  by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 3,231,058
  • WpVote
    Votes 115,266
  • WpPart
    Parts 92
BUKU INI TIDAK SEPENUHNYA LENGKAP DAN BEBERAPA BAB AKAN DI UNPUBLISH UTK KEPENTINGAN PENERBITAN NUR AQILA~ satu permintaan yang tidak masuk akal. Nonsense! I'am 19 years old, tapi dah nak kena dinikahkan. Eish, ummi dan babah tak boleh buat aku macam ini. Ini bukan zaman dulu-dulu. Kahwin atas dasar pilihan orang tua? Semua tu dah kuno.Tapi segalanya seakan telah ditetapkan. Aqila terpaksa! Dipaksa kahwin. Dengan cikgu pulak tu! ish.. "Err.. sebenarnya, macam yang awak cakap. I'm still young. And yes, I should live life a bit rather than rushing into a marriage. Tapi, ini adalah kehendak keluarga jadi hendak tak hendak saya kena terima hakikatnya.'' - Aqila. "Saya terima awak, Nur Aqila Haji Sulaiman seadanya awak. Dan kalau pasal ibu, janda, ke apa ke, itu belakang kira. Saya cuma akan jalankan tugas untuk menjaga awak. kalau awak tidak bersedia, saya tak akan paksa biarpun halal untuk saya. Awak boleh sambung belajar kalau awak nak, it's open to you cuma, kena jaga batas pergaulan, jaga diri dan maruah saya sebagai suami.'' -Asyraf Sungguh tenang sekali hati mendengarnya. Tak akan paksa biarpun halal untuk dia? Yes! Maknanya, kalau kahwin nanti, dia tak akan paksa aku. Yes! sekali lagi sebab dia benarkan aku untuk sambung belajar. Yes! Yes! Yes! Selami hidup berumahtangga cikgu & anak muridnya ini dalam "My Cikgu, My Hubby!'' dapatkah Aqila memupuk rasa cinta pada cikgu a.k.a suaminya ini? ***** ©All Rights Reserved 2013 HAK CIPTA TERPELIHARA *AMARAN : Sebarang bentuk pencetakan tidak dibenarkan sama sekali samaada dalam apa jua bentuk atau alat kecuali setelah mendapat keizinan penulis sendiri. @
Indahnya Cinta by aaaziraaaa
aaaziraaaa
  • WpView
    Reads 1,190,717
  • WpVote
    Votes 20,173
  • WpPart
    Parts 74
Kahwin tanpa rasa cinta .. Wanita yang menghidapi cancer .. Lelaki yang membenci kannya .. Namun walaubagaimanapun , wanita itu tetap mencintainya walau dicaci , dihina dan dipukul bertalu-talu . Tapi dia tahu , insya'allah suatu hari suaminya pasti akan mencintainya dengan ikhlas sepenuh hati . Dan kerana itulah , dia rahsiakan sakitnya dari pengetahuan suaminya . Dan dia hidup , tujuannya hanyalah untuk membahagiakan suaminya . Hari berganti hari , wanita itu tidak mempunyai banyak masa . Apakah dia dapat rasakan cinta dan sayang dari suaminya ? Apakah penyakit yang dia alami akan beransur pulih ? Adakah mereka akan kecapi bahagia bersama seperti pasangan yang lain ?
Nak Kahwin Imam Muda! by ZhanaMatha
ZhanaMatha
  • WpView
    Reads 412,874
  • WpVote
    Votes 15,955
  • WpPart
    Parts 54
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca NKIM yang setia :) Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan, komen, dan votes daripada anda semua. NKIM kini dalam proses akhir editing sebelum diterbitkan. Bagi pembaca yang berminat untuk mendapatkan NKIM dalam versi cetak, anda semua boleh berikan nama, e-mail dan no.telefon di e-mail ini: zhana.matha[at]gmail.com. Terima kasih :) ******** Hana Tihani, gadis kolej biasa-biasa yang jatuh cinta dengan Imam Muda di kolejnya. Mampukah Hana mencuri hati jejaka beriman itu?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,529,751
  • WpVote
    Votes 256,973
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.