fantasy🦄
4 stories
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 440,109
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
ANDERELLA ADVILOSY: The Power Of Heart (Hold) by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 30,698
  • WpVote
    Votes 2,220
  • WpPart
    Parts 18
Anderella Advilosy dan Rydeny Adiyan Kelahiran sepasang kembar ke dunia membuatkan dunia mereka mengalami satu bencana besar. Hari yang sepatutnya menjadi memori indah bertukar menjadi memori yang amat pahit. Hari yang patut diraikan dengan gelak tawa bertukar mrnjadi tangisan duka. Segalanya hancur dan mereka kehilangan segala galanya sekelip mata. Dunia mereka bagaikan musnah dari pandangan. Serangan makhluk aneh telah membuatkan segala galanya hilang. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di satu dunia di mana segala galanya musnah. Kerana ingin mengembalikan keamanan dunia mereka, mereka terpaksa mengembara ke seluruh alam untuk mencari jawapan. Pengembaraan yang bukan sekadar pengembaraan. Pengembaraan yang penuh cabaran. Pengembaraan yang penuh aksi Dan... Pengembaraan yang penuh CINTA Yang AKHIRNYA menyatukan dua jiwa Yang sudah lama terpisah.... Kemunculan demi kemunculan datang bersama mereka. SAHABAT dan PENGORBANAN. #Ikuti pengembaraan Anderella Advilosy dan Rydeny Adiyan ke alam lain. #Kalau ingin lebih memahami jalan cerita, baca dulu story DIANDRA ADVILENT THE TRUE SELF OF PRINCESS DIANDRA.
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔| by QilaNiz
QilaNiz
  • WpView
    Reads 1,664,411
  • WpVote
    Votes 61,649
  • WpPart
    Parts 88
DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasuh dalam keluarga yang senang. Bonus, dia dianugerahkan kesempurnaan wajah serta kebijaksanaan akal. Perkahwinan muda yang tidak disangka telah membuka tirai kesedihan buat Dahlia. Setiap manusia ada kelemahan mereka sendiri. Bagi Fayyadh, sikap ingin tahunya tentang sang isteri telah mengheretnya menyelam ke dasar masa silam Dahlia yang penuh dosa dah khilaf. "Apa yang kau cuba rahsiakan daripada aku,Aria?"-FAYYADH HAIDAR. " Kalau kebenarannya pahit dan kau tidak boleh menerimanya,kau nak buat apa? Ceraikan aku?"-DAHLIA ARIANA. Di saat kemanisan mula dirasai, Ada pula bala yang menanti, 6 tahun pemisah jasad dan hati, Janji Tuhan sentiasa ditepati. Sang dia mula memunculkan diri, Bagi menyembuhkan jiwa yang disakiti, Masih adakah rahsia lagi? Segalanya termaktub di buku ini.
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 875,258
  • WpVote
    Votes 49,466
  • WpPart
    Parts 109
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia hidup. Apabila ditanya tentang ibunya, ayahnya langsung menukar topik. Hidupnya hanya seorang diri sahaja sehingga satu masa dia bertemu dengan Aleena Fannedella yang datang menolongnya daripada serangan Demon Ammande iaitu keturunan rasaksa yang tersesat ke dunia manusia kerana Pintu Averra telah rosak. Aleena Fannedella adalah gadis yang datang dari dunia aneh yang bernama Stellantra World. Aleena ditugaskan untuk membunuh semua Demon Ammande yang masuk ke dunia manusia sementara Pintu Averra dibaiki. Alenna amat terkejut apabila berjumpa Diandra yang dapat melihatnya sedangkan manusia sememangnya tidak berkebolehan melihat keturunannya. Dan disebabkan itu, Alenna yakin yang Diandra bukan manusia sebarangan dan dia membawa Diandra ke dunianya iaitu Stellantra World walaupun secara dipaksa. Apakah rahsia yang disembunyikan? Siapa sebenarnya Diandra Advilent? Kehadiran suara wanita di minda Diandra membuatkan Diandra makin mengenali dirinya yang bukanlah manusia biasa. Dan tiba harinya, wanita yang sering hadir dalam minda Diandra muncul memberi misi mencari sejenis penawar sumpahan di Hutan Orkida. Dan di sana, mulalah pengembaraan Diandra dan rakan rakannya. Disebabkan satu misi, semuanya berubah. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi? Apakah rahsia yang terbongkar? Siapa diri Diandra sebenarnya jika dia bukan seorang manusia?