einifimani's Reading List
8 stories
The Nothing Something by einifimani
einifimani
  • WpView
    Reads 71,631
  • WpVote
    Votes 2,367
  • WpPart
    Parts 34
Pening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir London ni awak punya ke?" ~ Ilman tapi... siapalah Adreena Zahirah untuk melawan takdir tuhan? dia akhirnya kalah juga dengan perasaannya sendiri. dia sudah pun tersayang dan tercinta dengan encik jiwang karat 69, Muhammad Ilman. sekarang semuanya 360 darjah terbalik! apa sahaja yang dilakukan Ilman, menggembirakan hatinya. tapi.. "Zahirah! saya tahu getaran tu. awak masih cintakan saya!" ~ Hazim saat cinta mula mekar, ingatan Adreena terhadap bekas tunangnya mula menerpa kembali. antara bekas tunang dan bakal tunang, yang manakah bakal menjadi pilihan hati gadis itu? "i wish I had know you earlier so that I can spend my life with you a little longer." ~ Ilman serius, Adreena tak tahan!
Kita (CERPEN) by einifimani
einifimani
  • WpView
    Reads 1,427
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 2
KITA, mengumpulkan cerpen-cerpen cinta daripada Einifimani. Sekadar untuk hiburan dan mengisi ruang kebosanan anda.
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,323
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Sayangku Mia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 244,468
  • WpVote
    Votes 4,505
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
The Greatest Of Destiny by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 44,104
  • WpVote
    Votes 665
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: The Greatest Of Destiny! Penulis: Al-Wahyu Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-53-1 Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni ALISA ZAHIRA ialah gadis beauty with brain! Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Asyraf Kamil pada saat-saat akhir gara-gara perkara aib yang menimpa lelaki itu. “Awak jangan tertipu, Alisa! Saya memang tidak kenal langsung dengan perempuan tu! Saya diperangkap!” - ASYRAF KAMIL “Soal siapa perangkap siapa, buat masa ini tidak penting, Asyraf! Ya! Saya boleh terima yang awak nak cakap perempuan itu perangkap awak! Tapi suka atau tidak, perempuan tu telah mengandungkan anak awak! Benih awak, Asyraf! Awak bapa kepada anak itu!” - ALISA ZAHIRA Alisa Zahira akhirnya terpaksa akur dengan suratan takdir. Dia bersetuju untuk mengahwini lelaki bernama Nasih Mikael bagi menutup malu keluarganya akibat perkahwinan yang tidak jadi itu. Nasih Mikael? Lelaki itulah yang pernah menolak cintanya di bumi Melbourne dulu. Kini lelaki itu muncul menagih cintanya kembali. Dan kemunculannya tepat pada masanya. “Awak ni memang tak pernah kenal sifat putus asa, ya?” - ALISA ZAHIRA “Perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.” - NASIH MIKAEL “Oh! Really? Kat kedai mana awak beli ‘kamus’ tu?” - ALISA ZAHIRA Tatkala mereka mula merasai kebahagiaan itu, Alisa Zahira mula menghilangkan dirinya apabila mengetahui ada rahsia yang tersimpan rapi di sebalik perkahwinannya. Rahsia yang menyebabkan dia membatalkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya dulu.
Sehangat Matahari by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 22,048
  • WpVote
    Votes 416
  • WpPart
    Parts 15
Cinta dan cita- cita, mampukah digapai kedua-duanya? Percintaan Wirda dengan Razif Firman semakin hari semakin hambar apabila lelaki itu semakin berjaya dalam kerjayanya. Nak berjumpa pun kena buat janji temu. “Kerja saya bukan macam kerja awak.” “Setakat makan- makan tu, bila- bila pun boleh.” “Sudahlah saya sibuk ni.” – RAZIF FIRMAN Dalam masa yang sama, dalam pertemuan yang tidak dijangka mempertemukan Wirda dengan Adam Haikal. “Jangan sesekali cakap awak menyusahkan saya sebab saya tak pernah rasa macam tu. Saya seronok dan ikhlas kalau dapat tolong awak walaupun untuk hal yang awak rasa tak penting.” -ADAM “Tapi kenapa awak nak buat semua tu?” - WIRDA “Sebab saya suka…pipi awak yang bulat!” - ADAM Kemelut melanda satu per satu selepas Wirda menubuhkan Matahari. Adam setia di sisi, manakala Razif sibuk membina kerjayanya. Saat terlihat seorang wanita bersama Razif, Wirda masih tabah hingga akhirnya…
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 127,247
  • WpVote
    Votes 2,686
  • WpPart
    Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,888
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira