maslyndaa's Reading List
1 story
MILIK NOE ZAHRAN by CikSharron
CikSharron
  • WpView
    Reads 151
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 5
•T H I R D• [ONGOING] Fall in love at first sight? Sangat cliche bukan? Tetapi tiada siapa sangka benda itu terjadi kepada gadis remaja yang bernama RAJA QISTINA AMARA. Pertemuan kali pertama dengan jejaka bernama NOAH ZAHRAN dalam kelab bola tampar membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang selaju 180 km/j. Siapa sahaja tidak mengenali Noah yang merupakan salah satu pemain bola tampar dengan posisi 'setter', yang mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan itu. Bahkan, Qistina tidak pernah terlepas satu perlawanan demi melihat jejaka yang telah menambat hatinya itu. Hari berganti hari, dia terpaksa memendam perasaannya itu buat masa yang lama sehingga Noah menamatkan zaman persekolahannya. Namun, takdir Tuhan tiada siapa boleh agak apabila dia dipertemukan semula dengan jejaka itu di alam universiti. 'Raja Qistina Amara bukan?' - NOAH ZAHRAN 'Macam mana awak boleh tahu?' - RAJA QISTINA AMARA Mahu gugur jantungnya apabila lelaki yang dia pendam perasaan ini mengenalinya. Bermula pada saat itu mereka mengenal hati budi masing-masing sebagai seorang 'KAWAN'. Saat hubungan mereka mulai rapat, hati Qistina rasa seperti disusuk dengan pisau yang tajam apabila mendapat tahu Noah mempunyai hubungan dengan seseorang yang bernama NADIEN. Sungguh sakit hatinya saat itu, tetapi soal hati tiada siapa boleh paksa. Qistina harus merelakannya. Apabila masing-masing sudah dewasa, mereka berdua dipertemukan semula di sebuah event saat Qistina cuba move on dari perasaannya dengan Noah. 'Qistina, kenapa awak tidak mesra dengan saya seperti dahulu?' - NOAH 'Bukan hubungan kita hanya sekadar kawan?' - QISTINA Mampukah perasaan itu hadir kembali dalam diri Qistina? Adakah hubungan Noah dan Qistina hanya sekadar rakan biasa? START: MAY 2025 END: -