Ainntshaaaa__'s Reading List
3 stories
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,520,304
  • WpVote
    Votes 28,588
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?
Cinta Untuk MrGarang by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 7,356,043
  • WpVote
    Votes 348,716
  • WpPart
    Parts 77
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah baba kini diatur oleh Suaminya yang baru berusia 17 TAHUN. "Jangan nak menggatal sangat. Kau isteri aku"- Syafiq Hilman "Cuba senyum? Asyik nak marah je. Kan handsome kalau senyum." Nur Elleana Kenapa makngah sangat membenci Elleana? Perkahwinan diduga lagi dengan cinta mati Abang Afi terhadap Elleana yang sudah lama dipendam.
Arina Elizabeth✔ by amlhjhmdlh
amlhjhmdlh
  • WpView
    Reads 493,259
  • WpVote
    Votes 9,889
  • WpPart
    Parts 41
#8 in Random Seorang lelaki bernama Adwone Elias Shahmeer yang memiliki sikap yang garang,pemarah,pendiam, ego,pendendam dan serius. Semua sikap itu muncul setelah ditinggalkan oleh wanita yang disangkanya akan membalas cintanya kembali. Tetapi semua tu hanya sangkaan. Cintanya ditolak begitu sahaja oleh bekas kekasihnya dengan cara dia ditinggalkan selepas memberikan segala yang dia ada pada wanita itu. Dengan sekelip mata sikap-sikap semua tu muncul dalam hidupnya. Dia berhasrat untuk menyakiti semua wanita yang mendekatinya. Dia tak akan sesekali mencintai atau menyayangi seseorang wanita yang jatuh kepadanya terutama sekali wanita yang digelar isteri. Dia sudah tidak percaya akan kewujudan cinta sebenar. Apa itu Cinta ? Adakah Cinta itu wujud ? Adakah Cinta benar ? Seorang wanita bernama Arina Elizabeth yang memiliki sikap yang peramah, penyabar dan penyayang. Dia sangat mencintai seorang lelaki yang bergelar suami yang telah dijodohkan oleh-Nya. Walaupun disakiti, diseksa, dihukum dan ditolak cintanya beberapa kali. Disebabkan keegoan si suami, Adwone Shahmeer, Arina Elizabeth sebagai isteri yang tidak berputus asa menerima dugaan yang menimpa dan ditanggungnya untuk memperjuangkan cinta si suami walaupun dia menderita sekali pun. --- Start: 2/1/17 Finish: 20/3/18