🦋 Deep Love Collections 🦋
7 stories
Penghulu Bidadariku S2 : Aisyah Humaira by AliahSyuhada
Penghulu Bidadariku S2 : Aisyah Humaira
AliahSyuhada
  • Reads 637
  • Votes 50
  • Parts 29
~ Fully Completed S2 ~ Rayyan Harith menyangka jalan takdirnya dan Aisyah Humaira tidak akan lagi menyatu. Namun, apabila dia sedang belajar untuk reda dengan liku suratan hidup, satu berita sekali lagi hadir dan membuatkan dia hilang arah. Jiwa terasa kembali parah. Sungguh, bukan ini pintanya walaupun dia tahu hanya ini satu-satunya jalan yang dia punya untuk memiliki kembali kebahagiannya dahulu. "Demi Allah, hati saya masih sama. Perasaan ini masih utuh dan takkan pernah berganti. Awak, ibu kepada anak-anak saya...dan saya masih berharap awak menjadi isteri dunia akhirat saya." - Rayyan Harith - "Cinta saya dah berkubur dengan segala kenangan di antara saya dan arwah suami saya. Awak mungkin bapa kepada anak saya, tetapi awak takkan mampu kembali menjadi pendamping hidup saya." - Aisyah Humaira - Dia pergi, bukan kerana mengalah. Namun, demi memberi ruang dan masa. Dia pergi, bukan bermakna hati sudah pudar rasa. Namun, demi memberi peluang wanita itu menenangkan jiwa. Biar waktu terus berputar. Biar masa berlalu pantas. Biar kenangan berganjak pergi. Andai jodoh sudah tertulis di luh mahfuz, kau dan aku... pasti dipertemukan kembali.
Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection) by AliahSyuhada
Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)
AliahSyuhada
  • Reads 3,286
  • Votes 220
  • Parts 20
CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia dan cinta dambaannya untuk bersatu. Hasyaf Asyriq, lelaki yang pernah bergelar suami si dia. Kasih Nur Irdeena, tunangan yang mengikat dirinya. Dan juga Liyasna, wanita yang menjadi pilihan keluarga kandungnya sendiri. Sungguh, Wadi Aakeef sebal. Keluarga kandung yang selama ini membuangnya bagai sampah kembali dalam hidup dan meminta dia mengahwini gadis pilihan mereka! Dia tidak mahu! Dia punya pilihan sendiri! Dia nekad, menolak permintaan keluarga kandungnya. Bahkan dia tinggalkan keluarga kandungnya demi mengahwini pilihan hatinya sendiri. Kerana dia sudah berjanji, hanya Raissa Hanania yang bakal bertakhta di hati sampai mati. Tatkala dia hampir mengahwini wanita idamannya, berlaku pergolakan keluarga yang menyebabkan dia rasa selamanya dia tidak layak berada dalam keluarga Rayyan Harith. Biarlah dia mengalah. Biarlah dia kembali kepada keluarga kandungnya. Mungkin memang tertulis anak bongsu bapa angkatnya itu bukanlah jodohnya. Namun, si dia pula yang muncul memujuknya. Dia kalah! Kalah dengan pujukan cinta dambaan. Kalah dengan kehendak hati yang sentiasa mahukan wanita itu. Akhirnya, pernikahan termeterai. Mereka rasmi sebagai suami isteri. Dugaan demi dugaan kembali menjadi duri dalam hubungan mereka. Terkadang lelah, tetapi mereka tekad terus memperjuangkan sehinggalah lelaki yang pernah menghancurkan si isteri muncul, status sebenar dirinya terbongkar, berita tentang bekas tunangnya kedengaran. Akankah mereka terus kuat berjuang mempertahankan hubungan yang semakin goyah? Cukupkah sekadar cinta yang ada dalam hati untuk terus kekal bersama sehingga ke hujung nafas? "Nia berkorban untuk kebahagiaan abang." "Hanya Nia... kebahagiaan abang."
AIRAYYAN by AliahSyuhada
AIRAYYAN
AliahSyuhada
  • Reads 205,028
  • Votes 8,659
  • Parts 34
~ Completed w full story ~ Rayyan Harith - seorang remaja yang terperangkap dalam kisah silam yang menyakitkan bersama si ibu kandung membuatkan dia tegar menyakiti saat ada seseorang yang cuba menghulur tangan. Menawarkan keprihatinan. Aisyah Humaira - seorang guru sementara yang masih muda cuba menyelami kisah duka terpendam dalam diri anak murid. Namun, tingkah yang sekejap manis, sekejap lagi kasar serta dingin daripada sang jejaka membuatkan dia panasaran. Hubungan mereka terbatas sebagai guru dan anak murid. Tapi, hati mereka terikat sebagai seorang lelaki dan wanita. Akankah cinta pertama ini bersatu tatkala pada akhirnya sekeping hati milik si guru kalis daripada sebarang permohonan maaf setelah disakiti berkali-kali? ~Beautiful cover from mrsmeow_
Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira by AliahSyuhada
Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira
AliahSyuhada
  • Reads 143,546
  • Votes 8,822
  • Parts 77
~ Completed for S1 ~ Demi cinta, Rayyan Harith mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang tertakluk di hati, perpisahan menjadi jalan pilihannya. Hanya kerana satu perkhabaran yang meragut kebahagiaan sekaligus membuatkan dia tekad. Tekad untuk mengundurkan diri sehinggakan... "Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu." _RAYYAN HARITH_ Dia kembali pada masa si dia sudah bersama sahabat baiknya. Biar mereka menghukum kesilapan masa lalunya, namun tidak sesekali dia akan berhenti mencintai. Kerana Aisyah Humaira adalah penghulu bidadarinya...
Mencintaimu Bidadariku : Raisha Hanani | PHYSICAL by AliahSyuhada
Mencintaimu Bidadariku : Raisha Hanani | PHYSICAL
AliahSyuhada
  • Reads 80,391
  • Votes 4,576
  • Parts 56
Known as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani Spin off Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau." _IMAN RAYKAL_ "Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama." _RAISHA HANANI_ Setelah lima tahun berlalu, Raisha Hanani kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi Iman Raykal berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu. "Jangan sesekali Sha tanggalkan cincin ni selagi abang masih hidup dan menjadi suami Sha." _IMAN RAYKAL_ "Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang..." _RAISHA HANANI_ Iman Raykal fikirkan dia sudah berjaya memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya. "Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita." _IMAN RAYKAL_ Apa kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah di antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?
THE SPECIAL AIRAYYAN | RAYYAN HARITH x AISYAH HUMAIRA by AliahSyuhada
THE SPECIAL AIRAYYAN | RAYYAN HARITH x AISYAH HUMAIRA
AliahSyuhada
  • Reads 2,091
  • Votes 155
  • Parts 16
♥️ CERPEN ♥️ (Kisah Rayyan Harith dan Aisyah Humaira versi raya) Wadi Aakeef... Menjelang ramadhan, anak kecil itu hadir tanpa diduga. Pada mulanya mereka menganggap kanak-kanak itu hanya anak jiran yang berkawan dengan anak mereka. Namun, tatkala mengetahui berlaku satu peristiwa yang menimpa Wadi Aakeef... Rayyan Harith dan Aisyah Humaira tidak teragak-agak untuk ikut campur dan menjadikan si piatu itu sebagai sebahagian hidup mereka menjelang syawal. "Aakeef nak jaga Nia. Boleh tak, Baba Nia?" - Wadi Aakeef "Aakeef... Aakeef kuat, kan? Lelaki kuat tak boleh menangis. Orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar. Aakeef kecil lagi, tapi Allah dah uji Aakeef untuk jadikan Aakeef lelaki kuat dan sabar." - Rayyan Harith