🦋 Deep Love Collection 🦋
6 قصة
Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection) بقلم AliahSyuhada
Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)
AliahSyuhada
  • مقروء 3,030
  • صوت 219
  • أجزاء 20
CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia dan cinta dambaannya untuk bersatu. Hasyaf Asyriq, lelaki yang pernah bergelar suami si dia. Kasih Nur Irdeena, tunangan yang mengikat dirinya. Dan juga Liyasna, wanita yang menjadi pilihan keluarga kandungnya sendiri. Sungguh, Wadi Aakeef sebal. Keluarga kandung yang selama ini membuangnya bagai sampah kembali dalam hidup dan meminta dia mengahwini gadis pilihan mereka! Dia tidak mahu! Dia punya pilihan sendiri! Dia nekad, menolak permintaan keluarga kandungnya. Bahkan dia tinggalkan keluarga kandungnya demi mengahwini pilihan hatinya sendiri. Kerana dia sudah berjanji, hanya Raissa Hanania yang bakal bertakhta di hati sampai mati. Tatkala dia hampir mengahwini wanita idamannya, berlaku pergolakan keluarga yang menyebabkan dia rasa selamanya dia tidak layak berada dalam keluarga Rayyan Harith. Biarlah dia mengalah. Biarlah dia kembali kepada keluarga kandungnya. Mungkin memang tertulis anak bongsu bapa angkatnya itu bukanlah jodohnya. Namun, si dia pula yang muncul memujuknya. Dia kalah! Kalah dengan pujukan cinta dambaan. Kalah dengan kehendak hati yang sentiasa mahukan wanita itu. Akhirnya, pernikahan termeterai. Mereka rasmi sebagai suami isteri. Dugaan demi dugaan kembali menjadi duri dalam hubungan mereka. Terkadang lelah, tetapi mereka tekad terus memperjuangkan sehinggalah lelaki yang pernah menghancurkan si isteri muncul, status sebenar dirinya terbongkar, berita tentang bekas tunangnya kedengaran. Akankah mereka terus kuat berjuang mempertahankan hubungan yang semakin goyah? Cukupkah sekadar cinta yang ada dalam hati untuk terus kekal bersama sehingga ke hujung nafas? "Nia berkorban untuk kebahagiaan abang." "Hanya Nia... kebahagiaan abang."
AIRAYYAN | E-BOOK بقلم AliahSyuhada
AIRAYYAN | E-BOOK
AliahSyuhada
  • مقروء 204,517
  • صوت 4,340
  • أجزاء 20
Rayyan Harith - seorang remaja yang terperangkap dalam kisah silam yang menyakitkan bersama si ibu kandung membuatkan dia tegar menyakiti saat ada seseorang yang cuba menghulur tangan. Menawarkan keprihatinan. Aisyah Humaira - seorang guru sementara yang masih muda cuba menyelami kisah duka terpendam dalam diri anak murid. Namun, tingkah yang sekejap manis, sekejap lagi kasar serta dingin daripada sang jejaka membuatkan dia penasaran. Hubungan mereka terbatas sebagai guru dan anak murid. Tapi, hati mereka terikat sebagai seorang lelaki dan wanita. Akankah cinta pertama ini bersatu tatkala pada akhirnya sekeping hati milik si guru kalis daripada sebarang permohonan maaf setelah disakiti berkali-kali? [ C O M P L E T E D ] ~Beautiful cover from mrsmeow_
Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT] بقلم AliahSyuhada
Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]
AliahSyuhada
  • مقروء 139,662
  • صوت 4,471
  • أجزاء 30
Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang tertakluk di hati, perpisahan menjadi jalan pilihannya. Hanya kerana satu perkhabaran yang meragut kebahagiaan sekaligus membuatkan dia tekad. Tekad untuk mengundurkan diri sehinggakan... "Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu." _RAYYAN HARITH_ Setelah tiga tahun berlalu, dia kembali semula. Kembali dengan keadaan diri yang sudah pulih. Kembali dengan tujuan untuk menuntut apa yang pernah dimilikinya. Walhal diri sangat menyedari bahawa dua insan kesayangan itu sudah menjadi hak mutlak lelaki lain. "Saya nak awak, Aira... Saya cuma nakkan awak kembali dalam hidup saya." _RAYYAN HARITH_ "Kemaafan yang awak pinta takkan mampu ubah apa-apa, Rayyan." _AISYAH HUMAIRA_ Sangkanya jalan takdir mereka tidak akan menyatu. Namun, apabila dia sedang belajar untuk redha dengan liku suratan hidup, satu berita sekali lagi hadir dan membuatkan dia hilang arah. Jiwa terasa kembali parah. Sungguh, bukan ini pintanya walaupun dia tahu hanya ini satu-satunya jalan yang dia punya untuk memiliki kembali kebahagiannya dahulu. "Demi Allah, hati saya masih sama. Perasaan ini masih utuh dan takkan pernah berganti. Awak, ibu kepada anak-anak saya... dan saya masih berharap awak menjadi isteri dunia akhirat saya." _RAYYAN HARITH_ "Cinta saya dah berkubur dengan segala kenangan di antara saya dan arwah suami saya. Awak mungkin bapa kepada anak saya, tetapi awak takkan mampu kembali menjadi pendamping hidup saya." _AISYAH HUMAIRA_ Dia pergi, bukan kerana mengalah. Namun, demi memberi ruang dan masa. Dia pergi, bukan bermakna hati sudah pudar rasa. Namun, demi memberi peluang wanita itu menenangkan jiwa. Biar waktu terus berputar. Biar masa berlalu pantas. Biar kenangan berganjak pergi. Andai jodoh sudah tertulis di luh mahfuz, kau dan aku, pasti dipertemukan kembali.
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku بقلم AliahSyuhada
Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku
AliahSyuhada
  • مقروء 78,225
  • صوت 4,557
  • أجزاء 56
Known as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau." _IMAN RAYKAL_ "Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama." _RAISHA HANANI_ Setelah lima tahun berlalu, Raisha Hanani kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi Iman Raykal berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu. "Jangan sesekali Sha tanggalkan cincin ni selagi abang masih hidup dan menjadi suami Sha." _IMAN RAYKAL_ "Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang..." _RAISHA HANANI_ Iman Raykal fikirkan dia sudah berjaya memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya. "Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita." _IMAN RAYKAL_ Apa kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah di antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?
Lebaran Aidilfitri Airayyan | CERPEN E-BOOK بقلم AliahSyuhada
Lebaran Aidilfitri Airayyan | CERPEN E-BOOK
AliahSyuhada
  • مقروء 1,836
  • صوت 141
  • أجزاء 10
♥️ CERPEN ♥️ (Kisah Rayyan Harith dan Aisyah Humaira versi raya) Wadi Aakeef... Menjelang ramadhan, anak kecil itu hadir tanpa diduga. Pada mulanya mereka menganggap kanak-kanak itu hanya anak jiran yang berkawan dengan anak mereka. Namun, tatkala mengetahui berlaku satu peristiwa yang menimpa Wadi Aakeef... Rayyan Harith dan Aisyah Humaira tidak teragak-agak untuk ikut campur dan menjadikan si piatu itu sebagai sebahagian hidup mereka menjelang syawal. "Aakeef nak jaga Nia. Boleh tak, Baba Nia?" - Wadi Aakeef "Aakeef... Aakeef kuat, kan? Lelaki kuat tak boleh menangis. Orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar. Aakeef kecil lagi, tapi Allah dah uji Aakeef untuk jadikan Aakeef lelaki kuat dan sabar." - Rayyan Harith Nota buat pembaca: diterbitkan di bawah Penerbitan AHA dalam Kompilasi Cerpen Aidilfitri Aha Vol 1. Wajib dapatkan cerpen ini untuk baca Spin Off Airayyan Collection, Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef.
Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOK بقلم AliahSyuhada
Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOK
AliahSyuhada
  • مقروء 1,956
  • صوت 100
  • أجزاء 11
Jikalau kelahiran pertama Iman Raykal tidak dapat menemani si isteri, kali ini dia berpeluang merasainya dengan kehadiran bakal kembar mereka. "Abang janji, abang yang akan jadi orang pertama azankan anak-anak." - Iman Raykal - Sangkakan bahagia yang terasa bakal berpanjangan, namun tidak terduga mendung hadir membawa hujan duka. Pada saat dia harus memilih antara isteri dan anak-anak, permintaan isteri menjadikan pendiriannya berada di persimpangan. "Choose our babies. Pilih anak-anak dan lepaskan Sha." - Raisha Hanani - Siapa duga kemanjaan yang ditonjol si dia sebagai petanda, itu adalah kenangan manis yang bakal berakhir dengan air mata. Notes: self publish.