Favorito💜
10 stories
Nerd Itu Crush Aku  (C) by K4KN1S
K4KN1S
  • WpView
    Reads 1,461,927
  • WpVote
    Votes 90,647
  • WpPart
    Parts 96
P/s: Buku masih belum diedit . Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan harap dimaafkan . Mengisahkan Xmusic yang menjadi idaman wanita!Apabila semua pelajar wanita meminati Xmusic tiba-tiba seorang pelajar wanita sahaja yang tidak meminati Xmusic. Dan nama pelajar tersebut ialah Qhayra Erinna yang perwatakan sentiasa ceria,sempoi,selamba,dan paling penting Ayra tak suka dengan lelaki 'nerd'! Dah la tak suka kena pula jadi Manager kepada sekumpulan nerd.Namun ada seorang dari ahli tersebut yang dingin dan tidak ramah seperti ahli yang lain iaitu Adam Luthfi. Ketika Ayra dalam kesukaran atau kesedihan pasti Adam Luthfi yang akan muncul untuk melindungi dan menenangkan dirinya.Sedikit sebanyak hati Ayra tersentuh dengan perlakuan Adam. "Argghh!"jerit Ayra kuat apabila musuh ketatnya dengan selamba badak berendam merayap di kakinya yang cantik. Adam yang berada di sebelah Ayra terkejut mendengar Ayra menjerit. Adam melihat Ayra dan mencari punca Ayra menjerit. Shoot! Adam sudah tahu apa puncanya. Ayra dengan pantas menyorokkan mukanya di sebalik lengan sasa Adam. "Woi!lepas la"arah Adam dingin tegas. Agak terkejut dengan tindakan Ayra. "Tak nak!Tolong bunuh binatang tu!" merayu Ayra sambil menunjuk ke arah kakinya. "Buat apa nak bunuh?Dia pun nak hidup juga.Ingat kau sorang je nak hidup dekat bumi nie"balas Adam dingin. Cover by Cherchico #1 in random(28/1/2018)
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,118,731
  • WpVote
    Votes 309,237
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Cinta Si Gadis Bakeri✔ by theaiharasakura
theaiharasakura
  • WpView
    Reads 501,604
  • WpVote
    Votes 17,109
  • WpPart
    Parts 59
Ayrien Wardiatul Asyfa-seorang gadis berusia 25 tahun yang bekerja sendiri disebuah bakeri peninggalan arwah ibunya setelah gagal menyambung pengajiannya di universiti idamannya.cinta? tak pernah wujud persoalan tentang itu didalam hatinya meskipun usianya semakin dewasa... Ayisy Najamul Islam Al Hakim-Jelas sekali style 'Arab' namanya namun dia bukanlah dari keturunan Arab.dia hanyalah seorang jejaka berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah syarikat milik ayahnya setelah tamat pengajian.dalam diam,dia mempunyai satu misi.dia ingin menjejaki semula rakan baiknya sejak sekolah menengah lagi yang terputus hubungan setelah habis alam persekolahan... Berjayakah Hakim dalam misinya? mampukah kehadiran satu jiwa yang membawa cinta sejati mengubah hati Ayrien?..Cinta Si Gadis Bakeri ada jawapannya!
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,273,702
  • WpVote
    Votes 562,148
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Me and My Boys by thtcarbby
thtcarbby
  • WpView
    Reads 168,444
  • WpVote
    Votes 9,661
  • WpPart
    Parts 83
Casper High School, sekolah elit khas yang popular di bandar Reisaleis. Hanya satu sebab kenapa sekolah ini popular, empat orang pelajar lelaki ternama yang menjadi bualan semua gadis di bandar itu. "I don't fall for something basic." Perkataan yang bakal keluar dari bibir Dutch setiap kali ada pelajar perempuan yang cuba menggodanya. "Don't talk to me." Jay. Lelaki paling heartless di sekolah. Tak semena-mena semua perempuan diabaikan olehnya hanya kerana satu. Kerana seni! Hidup matinya demi seni! "I'm a gentlemen. I'm a good guy. I can treat you better." Ammar si lelaki bermulut manis. Siapa saja yang mahu menolak ajakan lelaki kacak dan kaya sepertinya? Semua hati perempuan bakal cair! "My momma gonna be proud!" Childish and yeah, of course mummy's boy. Adi, si jejaka comel yang sangat kebudak-budakkan. Ideal guy untuk semua perempuan! Apa yang berlaku di sekolah ini kekal di sekolah. Apa yang rahsia kekal rahsia. Tapi, apa yang bakal berlaku kalau rahsia itu bukan rahsia lagi?
Soulmate Forever  by sis4na
sis4na
  • WpView
    Reads 4,551,633
  • WpVote
    Votes 244,386
  • WpPart
    Parts 45
Sambungan KPVST ! Btw, korang digalakkan baca KETUA PENGAWAS VS TUNANG dahulu sebelum membaca novel ini ! Bagi hadam dan fahami jalan cerita dulu yeee . Yeyyy happy reading gaiss ❤🍭 Ranks #48Romance [4Jan'17] #35Romance[14Jan'17] #31Romance[16Jan'17] #26Romance[18Jan'17] #20Romance[21Jan'17] #10Romance[30Jan'17] #8Romance[1Feb'17] #6Romance[3Feb'17] #3ROMANCE[3MAC'17]💕
Like A Dude | ✓ (unpublished) by wasabbae
wasabbae
  • WpView
    Reads 433,325
  • WpVote
    Votes 1,892
  • WpPart
    Parts 3
[rewritten version] ❝Menyamar jadi lelaki?? Kau dah gila ke?!❞ Menyamar sebagai lelaki untuk memasuki sebuah band? Tindakan genius.... atau gila? ❝Guys, we have a new lead guitarist.❞ Gitar di tangan, terikat dengan identiti baru. ••• ❝Dia ibarat sunshine untuk Zero Effect.❞ start; 27/4/17 | end; 2/9/17 rewritten; 19/11/17 to 2/1/18 [highest ranking; #1 in teen fiction - 17/8/17] Note: a lot of cursing, penggunaan dwibahasa yang agak tenat & membimbangkan. PSA: DO NOT ever try to copy my work. Hope u can rot in hell if you ever do that. Adios.
LOVE YOU TENGKU 💙 [C] by nurshafi
nurshafi
  • WpView
    Reads 2,882,942
  • WpVote
    Votes 142,023
  • WpPart
    Parts 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli korporat terkaya di negara. Daripada sikap mereka yang ceria dan happy go lucky, mereka bertukar kepada gadis yang dingin dan keras hati terutama dalam hal cinta sekembalinya mereka dari Spain. Keluarga mereka sahaja tahu perangai sebenar gadis ini. Kedatangan mereka disambut meriah. Siapa tak suka bila hotstuff dan instafam muncul depan mata apatah lagi satu sekolah. Itulah 4 Knights, playboy terunggul. Full package, semua gadis gilakan mereka. Hanya disebabkan sesuatu terjadi dalam hidup masing masing, mereka berubah daripada pencinta setia kepada pemusnah hati para gadis. Masing masing bertekad akan terus dengan sikap playboy sehingga mereka berjumpa dengan soulmate cinta hati. Sparkle Highschool selalu digegarkan dengan pergaduhan mulut antara mereka. Tapi siapa je berani tegur. Lagi lagi SE. 4K pula rasa tercabar bila si gadis tidak sedikitpun menunjukkan minat pada mereka. Tapi bila sudah jatuh cinta, ego mengatasi segalanya. Apa akan berlaku nanti? Adakah Silent Evils akan membuka hati mereka untuk para jejaka? Apa pula 4 Knights nak buat untuk lunturkan sikap dingin si gadis? Kemunculan Diva Babe, kumpulan gedik serta rival SE menyulitkan keadaan. Kehadiran cousins SE buat 4K rasa cemburu. Enjoy my second story? Please vote and comment. START : JULY 2017 END : APRIL 2018 TQ.
SAYA PILIH AWAK! by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 439,409
  • WpVote
    Votes 16,749
  • WpPart
    Parts 53
Nabella Armani adalah seorang penulis novel cinta yang ceria dan penuh imaginasi. Dia percaya pada kisah dongeng, dia juga percaya pada cinta abadi. Tapi kepercayaannya itu luntur setelah lelaki yang dia sayangi menghilangkan diri. Bella sedar, hidup tidak seindah yang dijangka. Lantaran itu dia memilih untuk tidak mahu terjebak lagi dalam soal hati dan perasaan. Namun kehadiran Daniel Mizannin yang dia gelar serigala jadian Siberia itu seperti mengocakkan kembali hidup Bella yang sebelumnya tenang. Lelaki itu hadir dan pergi seperti sebuah misteri. Bella tidak keruan. Senyuman lelaki berlesung pipi itu seperti hypnotize. Semakin dipandang semakin menarik. "Jangan senyum" -Bella "Kenapa?" -Daniel "Hodoh!" -Bella Kehadiran semula Asrif Zaafar, bekas kekasihnya yang dua tahun menghilang membuatkan Bella mula sesak nafas. Asrif Zaafar masih mahu menyambung kembali serpihan hati Bella yang dulunya dia campak hingga berderai. Akhirnya, Bella nekad untuk memilih salah satu.
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,514
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.