Love
14 stories
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 579,238
  • WpVote
    Votes 42,508
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
CERPEN: Nyawa dan Hati by aelhaiym
aelhaiym
  • WpView
    Reads 3,695
  • WpVote
    Votes 924
  • WpPart
    Parts 30
[Kompilasi Cerpen Tema Rawak] NYAWA DAN HATI: Di era kegilaan dunia, untuk hidup pun manusia sanggup mensia-siakannya. Sahan, sebagai seorang Pejuang bertugas untuk mengetuai misi-misi memburu sampel makhluk ganas bergelar Infeksis. Namun ada sesuatu yang melampaui jangkaan para survivor. Makhluk ganas tersebut mempunyai koloni mereka sendiri lengkap dengan hierarki yang teratur. Persoalannya, siapa atau apakah yang mengetuai koloni Infeksis itu!? Sahan dengan beraninya menggalas tanggungjawab untuk memburu spesis Alfa, seorang diri. Ya, hanya seorang diri. Kenapa? Ikuti cerpen 6000+ kata ini... ==== Cerpen-cerpen dalam siri ini: 01. Nyawa dan Hati 02. Binatang 03. Sebongkah Besi 04. Terperangkap 05. Kisah Pemanasan Global 06. Mangsa 07. Jantung 08. Momok di dalam Almari 09. Ajaib 10. Lingkaran 11. Kita Tetamu di Kaki Senja 12. Gubuk Ajaib: Antara Masa 13. Di Hari Mentari Berhenti Menyinari 14. Burger 15. Iblis di Kota Manusia 16. Mata dan Masa ==== Cover picisan tu terinsipirasi oleh sifu @ayisyhh- Ini terbitan pertama aku. Apa-apa kesilapan boleh beritahu. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca! [Amaran: Penggunaan kata-kata kesat dan jalan cerita yang agak dark] ====
Acah-acah Sweet by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 78,204
  • WpVote
    Votes 8,324
  • WpPart
    Parts 47
Nurul Iesha; definisi 'hodoh' di mata semua. Namun hakikat itu dia ketepikan kerana kehadiran Khai sudah cukup untuk membuatkan dia rasa-bahagia. Sayang, bahagia itu sekadar pinjaman. Dengan kepergian Khai, hidup Iesha kucar-kacir. Dia mula mempercayai kata-kata orang lain. Keyakinan dirinya musnah begitu saja sehinggalah terdetik dalam hati, hanya Khai sahaja mampu membaiki hidupnya. Maka bermulalah misi untuk memenangi hati jejaka yang sebelum ini hanya mempergunakannya. Siapa sangka, lain dikejar, lain pula yang datang? Aiman Wong; definisi 'sempurna' dalam segala hal. Khabar angin tentang Aiman dan Iesha sedang dilamun cinta mula tersebar apabila Iesha memuatnaik gambar jejaka itu sebagai langkah pertama untuk membuat Khai cemburu. Anehnya, Aiman tidak menafikannya. "So? Nak acah-acah sweet?" Kisah cinta klise pun bermula. Pemenang Anugerah Wattys 2020 Kategori "New Adult"
Dia bagaikan 'Hurricane' by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 612,129
  • WpVote
    Votes 14,021
  • WpPart
    Parts 28
Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku tenang tanpa gangguan macam air yang tak pernah berkocak.Lepastu,dia datang seperti puting beliung musnahkan semua benda dekat hadapan dia.Yang malangnya 'benda' tu adalah aku!Dia rampas benda yang terpenting dalam hidup aku.Dia buatkan aku terlibat dengan benda yang aku sendiri tak terlibat!Suruh aku buat ni suruh aku buat tu! Hissh! "Lagipun,kau ni macam magnet kepada masalah." "Hei,mana ada!" "Mana ada? Kes pak cik tu,dekat lorong malam tu,masalah budak-" "Jangan ungkit sekarang boleh tak."Marahku.Benci betullah. Tengku Daniel hanya tersenyum kemenangan. ******** Tengku Daniel dan Hanani,dua orang manusia yang dipertemukan pada waktu yang tak pernah dijangka.The worst timing ever! Pada Tengku Daniel,bertemu dengan Hanani hampir mengorbankan nyawanya.Namun pada Hanani,jikalau dia tidak menjumpai jejaka itu mungkin sudah lama harga dirinya diragut dalam kejadian yang mengerikan.Namun,takdir mencoretkan kisah panjang lagi bagi mereka.Tengku Daniel yang obses untuk menyelesaikan masalah pencuri projek terbesar Group Perdana Jaya Enterprise telah mengheret Hanani masuk ke dalam masalahnya. Bagi Tengku Daniel,hak ayahnya mesti dituntut kembali dan pencuri misteri itu harus didedahkan atas nama keadilan.Hanani seorang gadis yang ter-lebih normal cuma tersekat dalam kejadian yang malang,tidak menjangka bahawa dirinya akan terlibat dengan Tengku Daniel lebih mendalam.Terlalu mendalam sehingga dirinya ditimpa sesuatu. Pelbagai persoalan,halangan dan masalah secara tidak langsung mendekatkan kedua hati ini tanpa mereka sedari.
KALAU CINTA WAJIB KE COUPLE? by AmirulHakimii
AmirulHakimii
  • WpView
    Reads 50,203
  • WpVote
    Votes 5,223
  • WpPart
    Parts 18
Artikel ini mungkin kurang relevannya dengan anda yang sudah lama dengan tarbiyah dan dakwah. Mesti anda dah buang jahiliyyah jauh-jauh, jadi artikel ni rasa-rasanya kurang sesuai untuk bacaan orang yang hebat seperti anda. Sarkasme. Senyum keji. Artikel ni nak sentuh sikit pasal isu kapel ni. Ya, isu cintan-cintun muntah hijau tu lah. Amboi, terus bulat mata anda kan? Bacalah jika ianya betul-betul tak berkaitan dengan anda. Senyum senyum muka manis. :D ** Nantikan story update TIGA KALI SEMINGGU ! p/s : cc to INCHE GABBANA
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 895,529
  • WpVote
    Votes 63,477
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
Cinta Ilahi ✅ by _najwain
_najwain
  • WpView
    Reads 15,141
  • WpVote
    Votes 1,656
  • WpPart
    Parts 90
Bukan cerita cinta tetapi cinta kita terhadap ilahi. Himpunan usrah, quotes, hadis dan sebagainya. Quotes by: @qawiyy @DGBL @ im_cattleya72_ @sentapwords @takashi ara @ohdeep Dan lain-lain. Sentap? Alhamdulillah. Anda masih ada iman.
Hijrah Cinta, Kerana Dia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 30,263
  • WpVote
    Votes 688
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Hijrah Cinta Kerana Dia Penulis: Fieyta An Nisa Penerbit: Karyaseni Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) http://karyaseni.my/index.php/novel/hijrah-cinta,-kerana-dia-detail
Kau,Aku,Sahabat  by puteriaqilah
puteriaqilah
  • WpView
    Reads 32
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
"Kau janji nak kawan dengan aku sampai syurga ?" . "In shaa Allah if kau tinggalkan perangai tak semenggah kau tu"
Cinta Dalam Sujudku by nasyadh91
nasyadh91
  • WpView
    Reads 641
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
LUQMAN HAKIM. Satu nama yang membuatkan hatinya berdegup kencang. Ketua pengawas dan pelajar contoh di sekolahnya. Sejak pertama kali melihat Luqman,hatinya terpaut. Pertama kali berbual dengannya membuatkan Ain terpaku dek kesopanan pada tutur katanya. Lantas, diluahkn rasa hati namun ditolak oleh si jejaka. Luqman masih sedaya menjaga diri. Walaupn gadis tersebut yang mengetuk pintu hati. "Jaga mata,jaga hati" itu yang ditekadkan dalam diri. Namun,siapa kata suka bermakna harus memiliki. Lantas, ditanamkan tekad dalam diri, bahawa ilmu lah yang utama kini. Tanpa sedar, di dalam sujud menangis dua hati.