👩‍💻👩‍💻📖📖
27 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,784
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,433,741
  • WpVote
    Votes 391,665
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Mrs. King: The Queen From Marhaen by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,865,381
  • WpVote
    Votes 578,658
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Dia satu-satunya cinta. Sejak pertama kali aku menjejak ke sini, hanya dia menjadi sebab aku memilih untuk tinggal di 'neraka' itu. Menjadi isterinya adalah angan-angan terbesar. Mengapa bukan cita-cita? Angan dan cita berbeza. Cita untuk sesuatu yang boleh digapai. Angan? Dia Si Putera Raja. Pewaris tunggal King of Werland. Tingkahnya dingin, wajahnya kaku. Auranya mencengkam,matanya tajam. Dalam erti kata lain, dia adalah igauan. But, he hates me. Sejak pertama kali bertemu empat mata dengannya-18 Mei sehinggalah sekarang, hinaan tak pernah lepas dari bibirnya. Sehingga satu sebab, dia memilih aku sebagai isterinya.
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,784,991
  • WpVote
    Votes 13,736
  • WpPart
    Parts 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,947,504
  • WpVote
    Votes 522,077
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan yang awalnya atas dasar simpati berubah kepada cinta. Uwais protective dengan caranya sendiri. Hasya, lembut tetapi keras. Sangat menjaga apa yang menjadi miliknya. Tanpa mereka duga, ancaman datang dari dalam 'selimut' mereka sendiri. Atas dasar kepercayaan hidup bersama, Uwais takkan sesekali menyerah wanita itu pergi. Apapun, Hasya akan tetap bersamanya. "She is not my wife, but she is still mine"
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,806,529
  • WpVote
    Votes 206,911
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
✓ RAJA DAIYAN GHAZI by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,235,918
  • WpVote
    Votes 379,903
  • WpPart
    Parts 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cinderella melayu. Ada kakak tiri yang jahat. Ada mak tiri yang dengki. Dia ingin sangat berjumpa ibu kandungnya yang masih entah bagaimana kewujudannya. Dia pasrah. Papa bahagia. Itu dah cukup walaupun dia tak bahagia sama sekali. RAJA DAIYAN GHAZI. Lelaki itu misteri. Bagai punya seribu satu rahsia yang tak akan terungkap. Misteri. Tapi dia tetap tertarik. Kacak. Misteri. Menarik. Dan bahaya. "Halah biologi je pun." "Biologi je pun? Awak ingat saya ni spesies gifted macam awak boleh sesenang tu je dapat A+?" "Aku kan tutor kau. Confirm kau mesti boleh dapat A+ punya." Berlagaknya ya ampun! Tapi Raissa Nurrana berterima kasih juga kepada lelaki itu. Buat pertama kali dalam sejarah, dia dapat A+ biologi! Raissa terkilan sendiri. Lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Keputusan SPM milik lelaki itu bagai tidak bertuan. Raissa baru faham. Sakit rasanya bertepuk sebelah tangan. Raissa reda dengan penantiannya. Pasrah. Allah tahu jalan terbaik untuknya. SYED ARIF. Lelaki itu diterima dengan ikhlas. Walaupun dia masih diantara dua rasa. "Daiyan Ghazi?" lelaki berhoodie yang misteri itu bagai magnet yang menarik Raissa Nurrana mendekat. "Kau tak pernah berubah." Daiyan Ghazi! Dia... Daiyan Ghazi! "Awak pembunuh?" "Kau boleh anggap aku lebih daripada itu." siapa Daiyan Ghazi sebenarnya? Kenapa dia nampak semakin bahaya? Adeera cemburu. Raissa Nurrana tak layak bersama keluarga Tuan. Dan dia berjaya menghancurkan separuh hidup Raissa. "Jangan tanya aku kenapa. Demi Allah. Aku ikhlas terima kau sepenuhnya." ~Raja Daiyan Ghazi "Saya sudi jaga awak, Raissa. Kita mula semula." ~Syed Arif
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,499,716
  • WpVote
    Votes 340,681
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
DALAM BENCI ADA SAYANG by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 2,371,909
  • WpVote
    Votes 60,287
  • WpPart
    Parts 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
My Butterfly  by raz577_
raz577_
  • WpView
    Reads 545,143
  • WpVote
    Votes 23,194
  • WpPart
    Parts 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara Aireen yang terlalu mengongkong. Aireen menunggu suatu hari di mana dia bebas daripada mereka. Kahwin? Harraz Daniel akan pastikan hidup bujang dia tidak akan berubah. Kehadiran isteri yang bertutup sopan? Langsung tak jejaskan gaya hidup liar dia. Hubungan cinta lapan tahun putus begitu saja? Aiman Azhad tak mampu buat apa-apa kecuali harapkan yang terbaik untuk Ammara Aireen, buah hati dia sejak remaja. .... Bunyi percikan air di dalam kolam itu merdu di telinga Harraz Daniel. Daniel tak boleh lupa imej isteri yang terpaksa dikahwininya. Bersinar dalam air. Cantik. He want to tell her how gorgeous she is. .... "Jerk!," tengking Naufal di hadapan wajah abangnya yang terdiam itu. Kolar baju Daniel dilepaskan dengan kasar. 'Kau tak guna sebab tak pandai hargai apa yang kau ada. Kalau lah...,' Naufal hentikan ayat di dalam hatinya. '... Aku jadi kau...,' Perkara macam ni takkan berlaku. .... Air kolam yang sejuk tak menjejaskan Daniel. "I just need you," Mata mereka bertentangan. Lama. .... "I am no one. But I can be someone for you," ujar Aireen dengan lembut. Perlahan-lahan tangan Aireen merangkul leher Daniel. Daniel statik di situ. Pergerakan air di dalam kolam itu umpama hempasan ombak bagi Daniel yang tengah mabuk. "Let us mend each other. I am hurt too," gumam Aireen perlahan di dada Daniel. .... "Dah tu? Awak nak bina lif kat sini?," tanya Aireen sarkastik. Daniel jeda. Boleh tahan juga idea tu.