miramizi's Reading List
5 stories
Bila Terlajak Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 70,811
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bila Terlajak Sayang Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-96-3 Harga: RM24(Semenanjung) // RM27(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Sambungan novel & drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN, Dapatkan lebih awal di PWTC, Kuala Lumpur dan Sungai Petani, kedah, terbitan bulan Mei BILA TERLAJAK SAYANG - Umie Nadzimah INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN “Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,415
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
EXPENSIVE GUY. by syaajavad
syaajavad
  • WpView
    Reads 48,454
  • WpVote
    Votes 1,270
  • WpPart
    Parts 12
"you're my number one treasure." _ Isyraf Iqasyah Isyraf Iqasyah si lelaki mahal yang tekenal dengan sifat angkuh dan gilakan harta.Anak kepada pemilik syarikat yang ternama dan disegani ramai.Memiliki karisma dan rupa paras yang sempurna.Tidak hairanlah ramai gadis-gadis yang ingin berdamping dengannya.Tetapi disebabkan kisah lampau membuatkan Isyraf memandang rendah kaum yang bernama wanita.Baginya perempuan semuanya sama hanya melihat harta yang dimilikinya dan bagi Isyraf Iqasyah perkataan cinta tiada lagi didalam kamus hidupnya. "awak ingat orang miskin macam saya ni kebulur sangat ke nak kan harta awak." _ Qaseh Aleyya "no pa! kenapa mesti perempuan kampung tu juga yang papa nak jadikan isteri Isy. Isy taknak! no matter what happen I'm not gonna marry perempuan tu!" _ Isyraf Iqasyah "ok, kalau Isy tak nak kahwin dengan dia papa takkan berikan jawatan CEO tu dengan Isy.Fullstop!" _ Dato Afnan Bagi Dato Afnan itulah satu-satunya cara untuk membuang sikap gilakan harta anak lelakinya itu. Demi untuk meraih jawatan CEO itu Isyraf terpaksa menerima perkahwinan yang diatur oleh papanya itu. "perempuan miskin macam kau tak layak memegang status menjadi isteri aku!" _ Isyraf Iqasyah "Leyya akan selalu tunggu cinta abang untuk Leyya." _ Qaseh Aleyya "Isyraf is mine!" _ sherry dahlya mampukah Aleyya merubah hidup si expensive guy? Dan dapatkah Aleyya mendapat tempat di hati Isyraf tika cinta lama si suami mula datang meraih kasih. "Sayang adalah harta yang paling berharga didalam hidup abang." _ Isyraf Iqasyah
Sayangku Mia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 244,475
  • WpVote
    Votes 4,505
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
CALON MENANTU DADDY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 82,368
  • WpVote
    Votes 1,435
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Calon Menantu Daddy Penulis: Una Unee Penerbit: karyaseni Isbn: 978-967-469-043-4 Harga: RM34.00 (semenanjung) // RM37.00 (sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambil tindakan mencari sendiri calon menantu untuk anaknya, Eleya. Satu banner besar digantung di hadapan bangunan pejabatnya. "Daddy! Kenapa nak malukan El macam ni? Apa maksud banner dekat luar tu? El malu tahu tak? Nampak macam El ni desperate sangat nak kahwin!" - Eleya "Salah ke apa yang daddy buat tu? Kan El yang suruh daddy cari calon suami untuk El? Cara ni aje yang paling pantas, sayang." - Tan Sri Megat Khalid Berita Tan Sri Megat Khalid yang ingin mencari calon menantu telah sampai ke pengetahuan Syed Thaqif. Dia yang sudah lama memendam rasa kepada Eleya terus mengambil peluang itu untuk menjadi calon menantu Tan Sri Megat Khalid. "Actually, I pun tertanya-tanya macam mana daddy boleh pilih you? Padahal you ni langsung tak ada kriteria yang I nak. Tak kaya pula tu. Low standard!" - Eleya