must read 👀
4 stories
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
alt-zunally
  • WpView
    Reads 3,956,000
  • WpVote
    Votes 3,444
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
Lelaki itu... by Evaavianagyselle
Evaavianagyselle
  • WpView
    Reads 1,243,895
  • WpVote
    Votes 30,731
  • WpPart
    Parts 42
LELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,berbekalkan ego dan kebijaksanaanya,dia mampu mengetuai empayar keluarga KUASA ARKITEK sdn.bhd. ~~~terkenal dengan gelaran'RUTHLESS BITCH'dalam kalangan kawan-kawan,pekerja mahupun musuh. Ameer Reza Datuk Razman.. ----lelaki kacak ,CEO ALAM BINA yang maskulin dan bergaya. ----boleh dikategorikan sebagai kaki perempuan yang berjaya. ----pandai menggoda dan sering tergoda. Apa yang bakal terjadi apabila 2 orang chief executive officer(CEO) yang hebat dalam kerjaya mereka hidup berjiran?Mampukah mereka hidup normal seperti orang lain? Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang bakal terjadi dalam kehidupan mereka ********* ^_^**********
DATUK OR DATO' by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 2,529,944
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
🌼BAKAL TERBIT 2026 - PBAKL🌼 Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini hanya dengan tok ayah dan tok mak di kampung mula berubah. Tidak pernah Aira mengimpi pasangan hidupnya ialah seorang yang bukan calang-calang hebatnya. Pemuda itu tidak ubah seperti gambaran watak hero dalam novel-novel romantik. Kacak, kaya dan berlagak. Tapi Xendra Aira terjatuh hati kepada pemuda itu. Mana mungkin dia tidak ada perasaan. Dato' Rayqal Eskandar itu ialah suami sahnya. Duduk sebumbung, tidur sekatil. Rayqal yang berniat ingin membuka buku baru... "Eh kau ni Ameer. Aku ajak kau orang lepak sini sebab aku rancang nak luahkan perasaan sebenar aku kepada Aira." - Dato' Rayqal Eskandar. Mula berubah niat... "Aku cuma sayang dan cintakan satu perempuan sahaja, Aira." - Dato' Rayqal Eskandar. "Saya tahu, Rayqal. Saya juga tahu yang perempuan itu bukan saya." - Xendra Aira. "Kalau kau tahu, baguslah. Dengar sini baik-baik. Aku cintakan Aurora. Aku sayangkan Aurora. Hanya dia, tiada yang lain. Bukan kau, bukan juga mana-mana perempuan." - Dato' Rayqal Eskandar. Klisenya, Xendra Aira pergi membawa diri, melanjutkan pengajian. Dia tidak dapat menahan niat suaminya yang ingin kembali semula kepada kekasih lamanya, Aurora. Sejak mula lagi Xendra Aira sedar, gelarannya sebagai isteri Dato' Rayqal Eskandar itu cuma di atas kertas sahaja. 🌼PENERBIT: KARYA PUBLIKA🌼
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,131,477
  • WpVote
    Votes 309,959
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]