🤍
5 stories
Suamiku Ustaz by colorain
colorain
  • WpView
    Reads 273,705
  • WpVote
    Votes 9,487
  • WpPart
    Parts 17
Cerita seorang pelajar STAM yang dulunya punya rasa minat pada seorang ustaz dan tak diduga... Ustaz itulah jodohnya. || DISCLAIMER || Watak, karakter dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah mati. Jika terdapat persamaan, ianya hanyalah secara kebetulan sahaja. Segala grafik yang digunakan samada diubahsuai atau asli adalah bukan hakmilik saya sepenuhnya. Jika ingin dibuang, boleh berhubung secara personal. Terima kasih.
Hello Neighbour (TERBIT PBAKL MAY 2023) by sibingkaimerah
sibingkaimerah
  • WpView
    Reads 3,529
  • WpVote
    Votes 836
  • WpPart
    Parts 31
Hidup di Victoria, Australia merupakan satu perkara yang sukar buat seorang perempuan. Tapi tidak bagi Mawarti, gadis introvert yang hanya keluar rumah 3 bulan sekali. Seorang penulis dan editor. Hobinya membaca, menulis dan menonton drama Korea. Langsung tak berminat dengan dunia luar. Baginya jika dia tidak keluar rumah, tak ada bahaya yang akan berlaku. Segala urusan luar dilakukan secara atas talian. Walaupun ditegah abang-abangnya kerana tinggal bersendirian di rumah, dia tetap tak peduli, kerana dia bebas melakukan perkara yang dia suka. Digelar sebagai drakula oleh jiran tetangga kerana hanya keluar pada waktu malam. Arif, freelancer hacker tapi peramah dengan jiran tetangga. Hobinya menanam pokok bunga, dan memasak. Tanpa sengaja bunga ros yang ditanam telah berjaya buat Mawarti keluar rumah kemudian memetik bunga yang ditanam di halaman rumahnya. "Kalau ni cerita beauty and the beast, dah lama aku kurung kau dalam bilik bawah tanah sebab petik bunga kesayangan aku." "Sorry... Neighbor?" Mawarti tayang sengih. "Mawarti?" Arif mengangkat kening. "Kau siapa?" Bingung Mawarti bertanya. Arif mengetuk dahinya dengan senduk. "Kau dari dulu memang tak pandang orang lain, hidup dalam dunia kau sendiri je. Aku ni Arif lah, mentor kau masa sekolah rendah!" "Ouh, tak ingat." Jujur Mawarti membalas. "Selalunya benda yang aku tak ingat tu tak penting." Tak sangka dalam banyak-banyak manusia rakan sekelasnya ketika di sekolah rendah boleh jadi jiran dia di Australia.
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,785,077
  • WpVote
    Votes 13,736
  • WpPart
    Parts 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
Garis Masa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 121,981
  • WpVote
    Votes 8,949
  • WpPart
    Parts 35
SINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja ; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya. Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya Umi sahaja perempun dalam hidupnya. Sehingga dia, si rambut ungu Dr. Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan. "Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik pada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul islam tu indah bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau?" - Violet Lim Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara, Segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang perlu dikorbankan. Ah, sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan? Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran. - Azril Aqil