Malay
5 stories
5 Tanda Jatuh Cinta by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 128,559
  • WpVote
    Votes 9,483
  • WpPart
    Parts 57
Nura Araviya ataupun Viya merupakan seorang wartawan tempatan. Sering menemu bual pasangan selebriti yang hangat bercinta ataupun sudah bernikah, tetapi masih gagal memahami sesuatu. Cinta. Makhluk apakah itu? Dari planet mana pula asalnya? Semuanya tidak Viya ketahui. Jangankan cinta pertama, perasaan cinta pun belum dia kenali. Sehingga suatu malam di mana dia asyik berkaraoke lagu Shake It Off nyanyian asal Taylor Swift. Siap memakai kaca mata berbentuk love dan memaparkan aksi yang mencuit hati di hadapan golongan ternama yang sedang menikmati makan malam mereka. Tidak terlupa juga itu merupakan blind date pertamanya. Tanpa dia ketahui, seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef selebriti mula berminat untuk mengenalinya. Lelaki itulah yang digelarnya Alien kerana sama seperti cinta, dia juga tidak mengenali siapakah lelaki itu. Tetapi, lelaki itu menjanjikan sesuatu kepadanya. Alien itu berjanji dia akan memperkenalkan apa itu cinta kepada Nura Araviya. Pemenang Anugerah Wattys 2018 Kategori "Pengkarya Kreatif"
Tercipta Untuk Dhuha by syafasuha
syafasuha
  • WpView
    Reads 146,442
  • WpVote
    Votes 5,069
  • WpPart
    Parts 15
Dhuha Sophea, tak pernah langsung terlintas dihati untuk mengahwini mana-mana lelaki buat masa ini. Tapi disebabkan umur yang makin meningkat dan Dhiya Safiya iaitu kakaknya yang mahu memutuskan pertunangan dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan tak ada stail langsung dalam berfesyen, bagi Dhiya Safiya lelaki itu amat membosankan. Hidup Dhiya Safiya yang suka bersosial membuatkan Zafri Qhalish adalah tak layak untuk dirinya. Dhuha Sophea pula menjadi sasaran kedua selepas Dhiya Safiya menolak lelaki itu menjadi suaminya. Dapatkah Dhuha menerima insan seperti Zafri dalam hidupnya? jemput baca~~ Pencapaian:- [Senarai Pendek Rasmi Wattys 2018] [Novel Of The Year 2018 The Besties] [Tempat Ketiga Cerpen Wattsite] #7 in short story [7/3/18]
Nak Ngorat Awak, Boleh? by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 518,890
  • WpVote
    Votes 28,853
  • WpPart
    Parts 65
Highest ranked #36 in romance Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak pernah dirasainya itu akan memusnahkan dirinya. Namun begitu, kisah hidup Daneen berubah apabila dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang disangkakannya lelaki kaukasia yang pemalu dan bisu. Daneen cuba untuk membuat lelaki misteri itu untuk bercakap dan perkataan yang pertama dikatakan pada Daneen ialah; "Nak ngorat awak boleh?" - Damian Arian Pada mulanya, Daneen menolak Damian sama seperti dia menolak lelaki lain tetapi Damian bukanlah lelaki yang mudah berputus asa. Semakin hari, semakin tertarik hati Daneen untuk mengenali Damian. Suatu hari, Damian menghilangkan diri tanpa jejak. Lebih aneh lagi, pihak kampus memberitahu Daneen bahawa tiada pelajar bernama Damian Arian pernah mendaftarkan diri di situ. Daneen buntu dan mengalah. Kemunculan Zane sedikit demi sedikit membantu Daneen melupakan gerangan cinta pertamanya. Ya, dia semakin gembira tetapi dia bukanlah dirinya yang dulu lagi walaupun dengan Zane berada di sisinya. Dua tahun kemudian, Daneen dan Damian dipertemukan semula apabila Daneen bekerja sebagai Personal Asisstant Damian tetapi Damian langsung tidak mengenali siapakah Daneen. Lebih menyakitkan lagi, Damian sudah pun ditunangkan dengan seorang yang amat Daneen kenali. "Kau tahu Damian kat mana selama ni tapi sengaja tak bagitahu aku?" - Daneen Maleeka "Daripada aku kecewa, lebih baik aku khianati kau." - Tunang Damian Akankah Damian mengingati siapa Daneen semula? Siapakah pula gerangan gadis yang memegang title tunang Damian Arian itu? Bagaimana pula dengan Zane sekiranya Damian dan Daneen kembali bersama? *bab pertama sriously bosan giler so korang boleh skip terus ke bab 2*
+12 more
Sebulan Bersama Ex-Crush by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 330,658
  • WpVote
    Votes 20,006
  • WpPart
    Parts 33
Fasha Zayana terpaksa menetap di rumah jirannya selama sebulan apabila ibu bapanya berhijrah ke Turki. Siapa sangka dia akan duduk di bawah atap yang sama dengan ex-crush a.k.a bekas sahabat baiknya ketika masih di bangku sekolah rendah dulu? Raees Chen, lelaki berkacukan Cina yang bekerja sebagai CEO di syarikat milik keluarganya dan merupakam ex-crush Fasha walaupun dia sendiri tidak pernah mengetahuinya. Meskipun berupa dan berharta, dia masih termanggu bersendirian menunggu kekasih lamanya, Viviena Tan untuk kembali. Namun, suatu hari, Raees tiba-tiba menunjukkan minat terhadap Fasha. Fasha bingung mengapa lelaki yang dingin terhadapnya itu melayannya dengan lebih ramah bahkan meminta kepada Fasha agar mereka bisa berkawan semula. Mungkinkah semuanya akan berubah sepanjang sebulan mereka tinggal bersama? "Yang pergi itu cinta tetapi yang datang itu mungkin jodoh." - Fasha Zayana "Kau datang bila dia dah pergi. Maksudnya, kau jodoh aku ke?" - Raees Chen
Doktor Ni Sweetlah! by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 750,474
  • WpVote
    Votes 33,136
  • WpPart
    Parts 36
highest ranked #4 in malay Adyasha Alyssa merupakan seorang chef pastri yang manis dan elegan. Shafi Al-Adha pula seorang doktor pergigian yang mementingkan kerjaya dan anti-perempuan. Apa pula terjadi apabila mereka berdua dipertemukan? "Kau tau tak? Sebab cef pastri macam kau nilah, dentist macam aku susah tau! Kerja kau asyik nak bagi kaviti je kat budak-budak!" - Shafi Al-Adha "Hey! Tolong sikit! Kalau cef pastri macam saya ni tak wujud, awak rasa dentist macam awak tu boleh bertahan ke? Bersyukurlah sikit!" -Adyasha Alyssa Kemudian, Adha pula hendak dikahwinkan dengan sepupunya yang baru sahaja pulang dari Istanbul setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa. Apabila terkenangkan perangai sepupunya, Ariana Arfa yang menyusahkan itu, Adha terpaksa melamar Asha. "Apesal awak tiba-tiba nak kat saya?" -Adyasha Alyssa "Kau tak kesian ke dengan anak angkat kau tu? Tak berbapa? Aku pun dah anggap dia macam anak aku." -Shafi Al-Adha Asha mula mempercayai Adha. Lalu terjalinlah ikatan sah tanpa cinta. Hari demi hari, perasaan cinta mulai terbit walaupun setiap hari ada sahaja yang hendak digaduhkan. Namun, rumahtangga mana yang tidak goyah? "Aku tak suruh pun kau cerai dengan Adha tu! Aku sanggup bermadu demi dia." -Ariana Arfa "Kau ni perempuan jenis apa?! Kau duduk kat negara Islam tu bertahun-tahun tapi masih tak tahu ke yang meruntuhkan masjid yang dibina tu berdosa?!" -Adyasha Alyssa Mampukah perasaan benci kekal menjadi perasaan sayang? Adakah ada hati yang akan menduakan? Pemenang Anugerah Wattys 2017 Kategori "Penulis Debut"