nalieeee
Raihana Natasha merupakan pelajar tingkatan 3. Dia seorang yang cantik,lemah lembut,bijak dan hormatkan orang tua. Senang cerita dia ni memang sempurna.
Pada suatu hari, ada seorang pelajar baru yang masuk ke sekolahnya bernama Imran Fauzan. Dia ni seorang yang tidak laa seberapa kacak tetapi apabila dia azan boleh tergugat iman para wanita. Imran ini merupakan ahli badar yang baharu bagi edisi 2018.
Raihana atau nama gelarannya Hana amat meminati Imran maklum laa Imran apabila bertaranum memang cair semua, dia ini pula merupakan ahli nasyid sekolah. Hana telah menjadikan Imran ini sebagai crushnya dalam diam kerana Hana ni dia malu untuk meluahkan perasaan dia.
Adakah Hana berjaya untuk mendapatkan abang badar pujaan hatinya?
Adakah cintanya diterima oleh abang badar?
Mengapakah Hana suka menolak lelaki yang hadir dalam hidupnya?