nabilatsha_'s Reading List
11 stories
NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 2,325,855
  • WpVote
    Votes 54,742
  • WpPart
    Parts 49
Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya kerana seorang gadis yang dibenci dari kecil.. "Abang tak boleh la merokok. Kalau abang mati, adik nak kacau siapa?" - Nellysa Humaira "Aku yang merokok kau yang panas bontot kenapa?" - Aydeen Nazreeq Kenakalan Nelly membuatkan Nazreeq tertekan! "Abang Areeq ni nakal eh nak intai adik?" -Nellysa Humaira "Siapa abang kau? Kau bukan darah daging aku. Kau hanya anak haram yang dikutip oleh papa dan mama aku!" -Aydeen Nazreeq Itulah ayat yang sentiasa diutarakan oleh abang angkatnya kepadanya. Tipulah jika dia tidak terasa namun ia sudah sebati dalam dirinya.. Lightconflict je you hehe! Lebih kepada romantik! Comedy pasti. Tentang kekeluargaan. Perkataan kesat. Mature content. Violent. ❤️‍🔥 Thankyou for reading! 🫶🏻 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @navyaae 🤍
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 954,028
  • WpVote
    Votes 44,171
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
WISH LIST by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 54,839
  • WpVote
    Votes 1,497
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Wish List Penulis: Syamnuriezmil (Idea Bersama Mira Filzah) Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-46-5 Muka Surat : 688 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mei 2018
RINDU YANG TERLARANG by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,630
  • WpVote
    Votes 610
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Rindu Yang Terlarang Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-082-3 Muka Surat : 576 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Jun 2018
Bunga-bunga Cinta (EBOOK) by areejairin
areejairin
  • WpView
    Reads 62,699
  • WpVote
    Votes 2,718
  • WpPart
    Parts 11
Kisah Dayana dan Rizal. A simple story about love, life and happiness.
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 132,425
  • WpVote
    Votes 8,108
  • WpPart
    Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (:
Roommate 1 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 150,204
  • WpVote
    Votes 7,861
  • WpPart
    Parts 28
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang masih tergendala. Syafiq tiada pilihan. Walaupun dia keseorangan di asramanya itu, dia harus menyiapkan projek nya jika mahu bergraduasi bersama sama temannya yang lain. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang dia di asramanya itu. Dari dikacau di dalam bilik, hingga lah terbawa bawa ke dalam mimpi. Cerita yang membawa kita untuk berfikir dan pastinya ada pengajaran yang ingin disampaikan. InsyaAllah bukan seram semata-mata namun terdapat juga unsur yang menyedarkan diri kita sebagai hamba Nya. Moga bermanfaat. InsyaAllah ^_^
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete] by Nazrie_Karim15
Nazrie_Karim15
  • WpView
    Reads 239,986
  • WpVote
    Votes 13,072
  • WpPart
    Parts 38
Blok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu bukan Farah Idayu kan?'' - Huda " Hah, ada orang tolak? Aku nampak hang jalan seorang je tadi."- Amira Pelbagai kisah mulai terbongkar sedikit demi sedikit. Ikuti kisah selanjutnya dalam BLOK E. P/s : Percubaan pertama menulis genre seram/horror/mistik. Dedikasi kisah ini untuk kelas 4vt2....huhu... People will die, memory live forever...
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,749
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,560
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.