cik_animeZ
- Reads 754
- Votes 55
- Parts 17
Pada zaman dahulu, cerita dongeng adalah satu cerita yang dapat menarik minat kanak-kanak yang masih belum meningkat remaja. Bagi mereka hidup sebagai seorang puteri atau putera raja adalah sesuatu yang menarik dan terbaik. Ditambah lagi dengan dunia magik dari pari-pari dan ahli sihir, menambahkan lagi minat mereka.
Walaupun begitu cerita dongeng dan rekaan semata-mata tidak berhenti di situ saja, masih lagi menarik minat kanak-kanak. Akan tetapi kemampuan cerita dongeng ini tidak dapat masuki jiwa seorang budak perempuan, Melody.
Melody tidak berapa suka dengan cerita yang direka semata-mata untuk menarik minat orang lain. Selain itu, Melody lebih meminati jalan kehidupan yang lebih realiti dan benar-benar wujud di dunia.
Oleh kerana keangkuhan dan keegoan Melody, dia telah tersesat di sebuah hutan dan sekaligus telah memasuki dunia baru, dunia Spinnerland.
Apakah yang akan berlaku terhadap Melody di dalam
pengembaraannya?