LadyQuill_'s Reading List
198 stories
CINTA SI DIA [𝗖] by madrsons
madrsons
  • WpView
    Reads 3,907
  • WpVote
    Votes 503
  • WpPart
    Parts 40
Nur Iman Merlinda,seorang gadis yang ceria,peramah tetapi mulutnya murai.Mempunyai sebuah produk makanan sendiri iaitu 'Lady's Dessert' yang diusahakannya sejak berumur 19 tahun.Namun ujian datang membuatkan cafenya terpaksa di tutup. Zafran Earyan,seorang lelaki yang tegas,garang tapi lemah lembut.Bekerja sebagai tentera bukanlah pekerjaan yang biasa terpaksa korban waktu demi menyelamatkan negara. "Kau lapar penyepak aku ke ZAFRAN EARYAN"-Nur Iman Merlinda. "Werkkk toman busuk tak mandi seminggu"-Zafran Earyan. "Kau jangan cari aku dah lepasni"-Nur Iman Merlinda. Gaduh?Itu perkara biasa untuk mereka sebab setiap hari ada sahaja perkara yang akan digaduhkan oleh mereka.Si zafran tukang mengusik iman tukang merajuk.Dari itulah terbitnya rasa cinta satu sama lain.
𝐃𝐇𝐈𝐀𝐀𝐅𝐑𝐘 : FLAT QUARREL. [Revamp:Sudah Dibukukan] by mairina_z
mairina_z
  • WpView
    Reads 17,228
  • WpVote
    Votes 3,083
  • WpPart
    Parts 17
BLURB FQ 🔥 : FLAT ini menyimpan seribu satu rahsia, dan Marida kini terperangkap di dalamnya akibat masa silamnya yang mengheretnya kembali ke lorong gelap ini. Kehidupan di flat itu bukan sekadar hiruk-pikuk penghuni, tetapi juga serangkaian peristiwa aneh yang menjerat sesiapa sahaja yang tinggal di situ. "Maafkan aku, Ady! Tolong maafkan aku!" - Zafry "Jangan cuba cabar aku, Zaf." - Marida Zafry, lelaki penuh dendam terhadap bekas sahabatnya sendiri, Marida. Jiwa kerasnya menyimpan luka lama, dan kini dia mencari peluang untuk membalas semuanya. Tapi jauh di dasar hatinya, ada sesuatu tentang Marida yang dia sendiri tak mampu lepaskan. Far, wanita misteri berperwatakan maskulin, hadir dengan rahsia gelap dan identiti yang penuh teka-teki. Kehadirannya bukan kebetulan. Setiap gerak-geri Far membawa bayangan silam dan bahaya yang tersembunyi. "Kalau kau kenal aku... mesti kau akan benci aku." - Far Hannaf, abang kembar Zafry yang sering diagung-agungkan si ibu. Lembut, tampan, tetapi licik. Saat dia menyatakan rasa, Marida buntu, terperangkap antara dua lelaki dan dua sisi kehidupan yang berbeza. "Ouh, Zaf Far kau layan. Bahagian aku mana?" - Hannaf Di sebalik simbol misteri yang menghiasi flat usang ini, seorang dalang sedang merancang dan pergelutan sebenar baru saja bermula. Siapakah sebenarnya Far? Hanya pemerhati... atau pencetus malapetaka? Flat Quarrel adalah kisah gelap tentang cinta, pengkhianatan, dan rahsia silam yang terpendam. Apabila kebenaran terbongkar... adakah semuanya akan berakhir dengan keampunan atau dengan kehancuran?
𝐓𝐰𝐢𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐎𝐟 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [ C ] by LadyQuill_
LadyQuill_
  • WpView
    Reads 48,325
  • WpVote
    Votes 2,499
  • WpPart
    Parts 85
Aisy Humaira|| Nathaniel kayzen Terpisah dalam letupan, dipertemukan dalam rahsia. Aisy dan Nathaniel, dua kanak-kanak yang diculik dan dijadikan eksperimen. Letupan memisahkan mereka Aisy hilang ingatan, Nathaniel berubah menjadi lelaki dingin yang memburu masa silamnya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula tanpa menyedari ikatan lama. Aisy diuji dengan fitnah dan kehilangan, sementara Nathaniel bersumpah untuk mencari kebenaran. Dalam kegelapan, cinta dan dendam bertembung. Mampukah mereka merungkai misteri yang menyelubungi masa lalu, atau segalanya telah terlam bat? STATUS: Complete Start:11/2/2025 End:27/10/2025
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 390,139
  • WpVote
    Votes 6,346
  • WpPart
    Parts 21
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]
Perempuan Milik Mr.Mafia by alyanaqueenofsavage
alyanaqueenofsavage
  • WpView
    Reads 148
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 10
TENGKU DYRA AQILAH SEORANG YANG PERAMAH AND TEGAS,DIA JUGA SEORANG ANAK CEO TERKENAL DIMALAYSIA. TENGKU QHALISH AMSYAR SEORANG YANG MISTERI AND DINGIN SESIAPA SAJA YANG MELIHAT NYA PASTI TUNDUK SEAKAN AKAN SEORANG RAJA. "please take care of me because i need a man like you"-Tengku dyra aqilah "don't worry my dear I will kill anyone who dares to take you away from me!"-tengku qhalish amsyar (𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐀𝐌𝐒𝐘𝐀𝐑,𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐊𝐊 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍 𝐈𝐓𝐔)SO YOU GUYS KENE BACA!
SUAMIKU JIRAN SEBELAH by arressya
arressya
  • WpView
    Reads 3,102
  • WpVote
    Votes 354
  • WpPart
    Parts 8
AKU SEORANG DOKTOR DAN DIA SEORANG TENTERA. Isara Nabila, seorang pakar bedah jantung yang sentiasa sibuk menyelamatkan nyawa, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perkahwinan yang diatur keluarga. Suaminya? Raheel Fikri,jiran sebelah yang hampir setiap hari mahu berbual dengannya, seorang tentera muda yang tegas dan dingin. Namun, dengannya seperti kucing. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi memenuhi harapan keluarga. Tetapi, ada satu yang membuatkan Isara tidak pernah menyukai lelaki itu, dan Raheel yang berusaha menambat hati gadis kecilnya itu. Namun, di sebalik pertelingkahan kecil dan detik-detik dingin, perlahan-lahan mereka mula melihat sisi lain antara satu sama lain. Tanpa mereka sedari, masa lalu yang telah lama terkubur mula menggugat hubungan mereka. Raheel kehilangan sebahagian memorinya akibat kejadian tragis di medan perang, sementara Isara menyimpan rahsia yang tidak pernah dikongsikan kepada sesiapa. Lebih mengejutkan, seseorang yang selama ini dipercayai telah mati sebenarnya masih hidup-dan dia tahu segala-galanya tentang mereka. Dalam dunia yang penuh rahsia dan kejutan, mampukah Isara dan Raheel menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya saling mengenali sejak kecil? Dan apabila kebenaran terbongkar, adakah perkahwinan mereka masih mampu bertahan?
RANTAI TAKDIR  by arressya
arressya
  • WpView
    Reads 2,357
  • WpVote
    Votes 455
  • WpPart
    Parts 3
Aralyn Aryana. Gadis muda yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak kecil akibat kemalangan tragis. Sejak itu, Aryana membesar sendirian, menjalani kehidupan dengan kekuatan dan keazaman yang luar biasa. Kesunyian telah menjadi teman akrabnya, dan dia terbiasa menghadapi semua cabaran tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Namun, pada suatu petang yang hujan, sebuah peristiwa mengubah hidupnya. Ketika dia hampir dilanggar kereta, seorang lelaki misteri menyelamatkannya pada saat terakhir. Lelaki itu dingin, tidak menunjukkan sebarang rasa empati, hanya menyelamatkan nyawanya tanpa sepatah kata yang bersifat peribadi. Setelah menyelamatkannya, lelaki itu terus pergi, meninggalkan Aryana kebingungan. Namun, di tempat dia terjatuh, Aryana menjumpai sebuah rantai dengan loket yang kelihatan unik rantai itu jelas milik lelaki tersebut. Loket itu dihiasi ukiran yang rumit, seolah-olah menyimpan cerita tersendiri. Aryana cuba memanggil lelaki itu untuk memulangkan barangnya, tetapi dia telah menghilang dalam hujan. Aryana menyimpan rantai tersebut, dan ia menjadi titik permulaan kepada perjalanannya untuk mencari lelaki misteri itu. Namun, semakin jauh dia mencari, semakin banyak rahsia yang terbongkar. Rantai itu bukan sekadar barang biasa ia menyimpan petunjuk kepada identiti lelaki itu dan kaitannya dengan masa lalu Aryana yang tidak pernah diketahuinya. Dalam pencarian ini, Aryana bukan sahaja cuba mencari lelaki itu tetapi juga menemukan jawapan kepada persoalan yang menghantui hidupnya. Siapakah lelaki itu? Mengapa dia begitu dingin? Dan apa kaitannya dengan rantai dan ukiran misteri itu? START : 18/12/2021 END : / / 2025 AUTHOR : EIIARIIX
His Rules by nsnadia__
nsnadia__
  • WpView
    Reads 17,279
  • WpVote
    Votes 2,890
  • WpPart
    Parts 26
⚠️ JALAN CERITA SLOW ●●●●●●●●● "Haura, kau sedar tak yang kau sedang diperhatikan?" Pernah tak kau terfikir kehidupan kau akan berubah 100% akibat satu peristiwa yang tidak dijangka? "Julia Marissa... Dia mati kena bunuh!" Haura Medina, sejak daripada kes pembunuhan tersebut, dia mula merasakan sesuatu yang ganjil. Sangkanya sekadar perasaan semata-mata namun saat sepucuk pistol diacukan ke arahnya, dia yakin ada sesuatu yang bakal menghantui hidupnya. "Saya... Dah lama sedar benda tu. Tetapi saya abaikan sebab... Apa yang saya dah buat?" Diperhati. Diancam. Diawasi. Itulah yang Haura boleh katakan mengenai situasinya saat itu. Sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan dia akhirnya terjerumus ke dalam satu perangkap. "Bukan saya yang bunuh dia! Saya bukan pembunuh! Saya-" "Ya. Aku tahu." Adrian Eskandar. Kehadirannya yang amat tidak disangka itu seperti cahaya yang menyinari kegelapan. Walaupun mulutnya yang boleh tahan pedas apabila dibuka, dia jugalah yang sanggup menghulurkan bantuan. "Aku boleh bantu kau. Tetapi, kau kena ikut segala peraturan dalam kontrak tu." Start : 13 Januari 2024 End : - Cover by : @PutraRize_ ( 16 Jun 2024 )
CUSTODIAN (HOLD) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 19,364
  • WpVote
    Votes 1,894
  • WpPart
    Parts 32
CUSTODIAN 📍Spin off Master Angelo >> please read Master Angelo first before this story. Sebab dia berkait. 🙏🏻 Hubungan yang datang dari jiwa, pasti akan dijaga sebaik mungkin. Dia, kekasih yang perlu dilindungi. Fahnaz Wais. Lelaki yang tampak biasa pada luarannya tetapi dia adalah king of killer. Lelaki yang dididik untuk menjaga keselamatan orang sekeliling lagi-lagi pada orang tersayang. Kedatangan dia ke bumi Cambodia hanya untuk menyelesaikan misi kes pemerdagangan. Dan di situlah dia menemui seseorang. "Jangan takut. I will save you." - Fahnaz Wais. Dia telah berjaya menyelamatkan seorang gadis yang menjadi mangsa kes pemerdagangan. Hari demi hari, gadis itu dijaga rapi oleh Fahnaz dan Red Blood. Namun, ada sesuatu yang mencurigakan. "Dah lama dia duduk sini. Tapi tak pernah aku dengar dia bercakap." - Zalfriq Athur. "Bisu kot." - Zalfill Athur. Ternyata, memang benar. Gadis itu memang bisu! Dan hal itu yang membuatkan mereka semua susah untuk mengetahui identiti sebenar gadis ini. Fahnaz buntu. Seolah-olah gadis ini dilahirkan tanpa identiti. Sudah dicari tetapi hasilnya tiada. "Saya panggil kamu Fiona, boleh?" - Fahnaz Wais. Maka, sejak itulah hubungan mereka berdua mulai akrab. Pergi kemana-mana, Fiona pasti ada. Kerana bagi Fahnaz, Fiona adalah tanggungjawabnya sehingga dia kembali ke pangkuan keluarganya semula. Tetapi... ketika Fiona sudah bersama keluarga, Fahnaz rasa tidak tenang. Bagai ada sesuatu kejadian buruk berlaku. Jiwanya gelisah. Dia perlu mencari Fiona semula! Apakah yang berlaku kepada Fiona? Selamatkah Fiona bersama keluarganya? Berjayakah Fahnaz melindungi gadis itu? Kali pertama aku bertemu denganmu, aku sudah tahu bahawa kamu adalah sebahagian dari kisahku.