_ummusoghir's Reading List
9 stories
Introvert & Tuhan by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 18,251
  • WpVote
    Votes 1,073
  • WpPart
    Parts 25
Introvert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.
Aleppokalips by Inche_gabbana
Inche_gabbana
  • WpView
    Reads 1,712
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 5
Novel ini ialah novel bergenre Adventure/Thriller, mengisahkan Hamzah, seorang anak muda dari keluarga elit yang memberontak kerana kurang mendapat perhatian dan kasih-sayang dari ayahnya, Dato' Sulaiman. Dia kemudiannya terpengaruh dengan propaganda ISIS yang dibawa oleh Ustaz Abu Ayyash, juga terkesan melihat kaliber yang ada pada Khalid, lantas mengambil keputusan untuk ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS. Awalnya, dia berasa bahagia dan teruja dengan kehidupan di sana. Namun akhirnya dia sedar semua itu hanyalah fatagormana yang memperdaya. Setelah mendapat panduan dan bimbingan dari Usta Abu Uwais di sana, Hamzah merancang untuk melarikan diri dengan bantuan Salman, seorang rakan berbangsa Parsi yang dikenalinya di sana. Namun rancangan Hamzah itu menemukan pelbagai rintangan dan halangan. Adakah Hamzah dan Salman berjaya menyelamatkan diri dari cengkaman ISIS? Apa yang bakal terjadi kepada persahabatan mereka berdua? Novel ini menggarap pelbagai tema menjadi satu; persahabatan, kasih seorang ayah dan ibu, percintaan, pengembaraan mencari kebenaran dan banyak lagi. Moga bermanfaat!
Pemburu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 7,180
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
HERO by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 12,603
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela. Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal. Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi. Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust. Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!
Encik Pembunuh by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 26,132
  • WpVote
    Votes 516
  • WpPart
    Parts 7
Encik Pembunuh - Tajuk memang macam drama TV melayu, tetapi sorry, jalan cerita novel ni lagi awesome. Ini cerita Faisal, seorang pembunuh profesional yang sangat menggerunkan. Sudah bunuh ratusan orang, dan nak kata orang gerun pada dia tu sampai dunia kongsi gelap di Malaysia gelarkan dia 'Izrail', nama israiliyyat bagi Malaikat Maut. Tetapi nak dijadikan cerita, kalau tak takdelah novel ni, Faisal rasa muak dan meluat dengan karier dia. Faisal nak berhenti, nak berubah, tetapi tak jumpa jalan. Ketika inilah, masa tengah layan frust dengan gaya hidup dia, sekonyong-konyong muncul Amirah Sophia, kenalan dia semasa di universiti dahulu. Dia kenal Amirah sebagai budak dakwah yang aktif. Jadi Faisal terus aja lamar Amirah Sophia, menganggap Amirah Sophia mampu menyelamatkannya. Keputusan itu telah menjemput konflik yang banyak kepada hidup Faisal. Apakah Faisal akan berjaya berubah? Bagaimana?
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,137
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
HIJRAH (HIJRAH, #1) by ArifZulkifli_
ArifZulkifli_
  • WpView
    Reads 67,758
  • WpVote
    Votes 490
  • WpPart
    Parts 9
Apabila kita bercakap mengenai hijrah, sering kita kaitkan hijrah itu dengan satu perubahan daripada jahat kepada baik. Tapi macam mana pula yang sebaliknya? Ini kisah aku. Kisah manusia setan yang diberi peluang oleh Tuhan untuk kembali. Ini kisah aku. Kisah seorang manusia yang masih terkapai mencari Dia. Ini kisah aku. Kisah aku dan dia.
UBAH (HIJRAH, #2) by ArifZulkifli_
ArifZulkifli_
  • WpView
    Reads 13,471
  • WpVote
    Votes 716
  • WpPart
    Parts 9
Apa jadi apabila satu peristiwa membuatkan diri kau berubah sepenuhnya? Apa jadi pada keluarga kau apabila mereka perasan akan perubahan kau? Apa jadi pada diri kau sendiri apabila diri kau yang berubah? Ini bukan kisah kau. Tapi ini kisah aku. Kisah bagaimana hidup aku berubah.
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,257
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?