an_atishhh's Reading List
161 stories
P A L O M A [COMPLETED] by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 587,881
  • WpVote
    Votes 21,953
  • WpPart
    Parts 57
Garapan ke-2 Ini bukan cerita paling manis, paling romantis dan paling hijau. Ini adalah cerita mengarut dan banyak lompong hasil eksperimentasi kemampuan si penulis. Expect less or better yet, expect none - nazshabs "A dove of broken wings and silent scars." "A prince in silent sorrow, a tale begun."
Dia, yang ku tunggu (Elvina Hazrin's) [COMPLETE] by Syahazel_
Syahazel_
  • WpView
    Reads 2,936
  • WpVote
    Votes 125
  • WpPart
    Parts 59
COMPLETE! (Based on true story tetapi tidak sepenuhnya) Elvina Hazrin, seorang gadis yang merupakan penulis yang mempunyai trauma berat. Sering disakiti sehinggakan dia susah ingin mempercayai sesiapa pun yang berkaum 'lelaki' yang dia selesa sahaja. Bahkan dia sentiasa berfikir ingin menamatkan riwayat hidup kerana terlalu tidak tahan dengan apa yang diterima. Menyakiti diri setiap masa tanpa henti, dan itulah dia. "Bukan aku tak berusaha untuk bertahan, tapi tiada siapa tahu bagaimana rasanya aku lalui semua ni. Bagi aku, hanya mati adalah kaedah cara paling terbaik." - Elvina Hafsya "Zay tahu Elvina Hazrin di hadapan Zay ini tersiksa hidup dalam dunia gelap penuh trauma tapi satu yang perlu dia tahu bahawasanya dia tidak berseorangan dan ada ramai dibelakangnya. Kerana dia adalah berlian istimewa buat kami." - Muhammad Asyraaf Zayyan Namun kehadiran seorang jejaka ini secara tiba-tiba telah memporak-perandakan segalanya. Sebahagian hatinya sudah meraung kuat ingin percaya penuh dengan segala luahan jejaka itu namun disebahagian lagi dia masih dalam keraguan. Takut kejadian lama berulang meski dia tahu tidak semua manusia sama. Berjayakah Elvina Hazrin yang penuh kesakitan membuang segala traumanya demi sang jejaka? Akankah Elvina Hazrin mencapai huluran tangan sang jejaka yang ingin menarik dirinya keluar daripada kegelapan? Siapa sebenarnya Muhammad Asyraaf Zayyan? Start : 03/01/25 End : Karya ini adalah karya istimewa dan penting buat penulis jadi dengan penuh harapan, tiada siapa pun yang menciplak mana-mana bahagian yang ditulis. Terima kasih.
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK] by Syahazel_
Syahazel_
  • WpView
    Reads 369
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 13
D'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya ketika itu apabila dia diselamatkan oleh seorang budak lelaki yang dipanggilnya 'Little knight' "May God bring us together again, my little knight" - Tengku Arda Mikhayla Aus Farhan. Seorang jejaka tampan berdarah campur yang hanya mempunyai satu matlamat hidup iaitu menjejak keberadaan bapanya kerana daripada kecil namanya tidak berbinkan sesiapa. Tujuannya yang satu itu telah membuatkan dia menolak untuk terjebak dalam dunia percintaan yang baginya tidak menguntungkan dirinya. Pertemuan tidak dijangka bersama Aus Farhan setiap kali Tengku Arda Mikhayla dalam masalah membuatkan cinta dihati mereka mula berputik. Malangnya kebahagiaan itu hanya sementara dan pemergiaan Tengku Arda Mikhayla telah mengubah sepenuhnya alur hidup seorang Aus Farhan. Mampukah dia mencapai matlamatnya sebelum penyakitnya semakin teruk? Atau sampai disitu sahaja perjuangannya untuk mencapai kebahagiaan yang diimpikan? Start : End :
Supt's: Mio Caro (Complete) by Syahazel_
Syahazel_
  • WpView
    Reads 57,648
  • WpVote
    Votes 2,097
  • WpPart
    Parts 73
COMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati adalah seiring dengan kesetiaannya terhadap negara. "Men who are mature especially in thinking will not be willing to hurt a woman's heart even once because he is aware of it how special is a woman in the eyes of Allah SWT." - Aayaz Zayyan Naila Ayana, seorang gadis cantik yang juga tidak kalah lamanya mencintai lelaki pujaannya. Namun, perasaan cinta dan ingin dihalalkan menjadi isteri sah kepada jejaka kacak itu terpaksa dikuburkan seiring dengan kekurangan yang terdapat pada dirinya. "Jangan sia-siakan diri awak untuk perempuan yang tidak sempurna ni, Abang Zayy." - Naila Ayana Tetap tegas dan tekad menolak setiap kali permintaan yang diajukan. Namun semuanya berubah, saat satu perkara yang tidak pernah dibayangkannya terjadi dan membuatkan dia semakin tersiksa dengan perjalanan hidupnya. "Kekurangmu bukanlah satu alasan untuk diri ini berhenti mencintaimu kerana didunia ini tiada siapapun yang sempurna melainkan kita yang menyempurnakannya." - Aayaz Zayyan Akankah lamaran Aayaz Zayyan untuk menjadikan Naila Ayana sebagai pasangan hidupnya diterima?Mampu mereka mengecapi bahagia seperti yang diinginkan suatu ketika dahulu? Tamat : 14/10/24
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 1,063,340
  • WpVote
    Votes 68,163
  • WpPart
    Parts 58
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,288,790
  • WpVote
    Votes 301,126
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*