AqilJafni's Reading List
10 stories
Nama Aku Adam by amaliamasrom
amaliamasrom
  • WpView
    Reads 587,232
  • WpVote
    Votes 26,308
  • WpPart
    Parts 23
Mak? Mak aku tak macam mak korang. Mak aku paling cantik paling baik dan paling celaka pernah aku kenal. Tapi aku sayang mak aku. Bapak? Entah. Mak kata masa aku lima bulan dalam perut dia, bapak aku mati. Aku Adam dan aku ada kisah nak diceritakan.
Tolong Jagakan Dia by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 34,290
  • WpVote
    Votes 1,520
  • WpPart
    Parts 29
Nyawa seseorang hampir melayang tatkala cuba membantunya. Nur Delisha menjadi semakin takut dan bimbang. Lelaki itu... bagaimana harus aku mencari dan membalas budinya? Zulfan Zayyan... kehadirannya pada malam itu telah menyelamatkan hidup seorang gadis walaupun nyawanya menjadi taruhan. Dia akan mencari dan cuba membantu gadis itu lagi. Khalish Adam... dia akan melindungi gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebaik mungkin. Dan buat sang pemilik hati, cinta kita pasti akan menemui kebahagiaan. Kesilapan yang lalu membuatkan Almira Zahra benar-benar menyesal. Sudah terlambat untuk menebus segala-galanya. Muncul seseorang, menyebabkan hatinya terdetik dengan rasa itu lagi. Kisah silam menyebabkan Black menjadi begitu kejam dan dia akan pastikan bahawa dia akan musnahkan sesiapa sahaja agar matlamatnya tercapai. "Delisha, awak yang buat saya jadi macam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya." - Zulfan Zayyan. "Budi awak memang tak terbalas. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh." - Nur Delisha. "Dan saya akan sentiasa lindungi orang yang saya sayang dan cinta... orang tu, awak... sebab saya dah sedar yang sebenarnya saya cintakan awak." - Khalish Adam. "Hanya orang yang betul-betul ambik berat pasal awak boleh rasa ada yang tak kena dengan awak, bila awak diam..." - Almira Zahra. **Sudah Diterbitkan**
Roh Rumah Sewa Raya by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 2,536
  • WpVote
    Votes 170
  • WpPart
    Parts 4
Roh Rumah Sewa Raya Kali ini Kampung Pulau Manis kecoh lagi. Kononnya pada malam raya syaitan dilepaskan dari kurungan. Mail Keding mengalami kejadian pelik pada malam raya.
Akak Kemboja by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 21,198
  • WpVote
    Votes 905
  • WpPart
    Parts 9
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah satu kilang di situ. Memandangkan emaknya sering mengambil kerja lebih masa setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Setiap kali tinggal seorang diri di rumah, Johari sentiasa terdengar bunyi bunyi aneh dan gangguan samada dari dalam atau luar rumahnya. Satu hari Johari menyiasat dari mana datang bunyi dan terserempak dengan Akak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Akak Kemboja berjanji akan melindunginya.
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,339
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Cinta tanpa sempadan by idaanuara
idaanuara
  • WpView
    Reads 31,944
  • WpVote
    Votes 1,303
  • WpPart
    Parts 33
Kisah Iman Hakimi aka abang Ketak si doktor Neurologi dan Manisah Elyani yang lurus melanggar batasan sempadan cinta.Cinta Manisah di tolak Iman Hakimi sudahnya dia yang mencari.Dalam diam ada rindu,dalam rindu ada cinta dalam cinta ada rasa...rasa bahagia dua manusia
13 by idaanuara
idaanuara
  • WpView
    Reads 98,443
  • WpVote
    Votes 3,447
  • WpPart
    Parts 17
Maria si kupu-kupu malam.Kerana dendam dia sanggup lebih berdosa.Kerana dendam dia sanggup bermain sihir. Dan kerana dia pewaris maka dia mewarisi
Dorm by idaanuara
idaanuara
  • WpView
    Reads 71,492
  • WpVote
    Votes 3,132
  • WpPart
    Parts 11
Dia hanya kecil sahaja, tetapi cukup menakutkan. Sara..tidak seindah namanya kerana dia bukan manusia sebaliknya roh si kecil yang masih mencari dimana salahnya sehingga dia tidak berpeluang hidup gembira!
TELAGA by idaanuara
idaanuara
  • WpView
    Reads 12,388
  • WpVote
    Votes 452
  • WpPart
    Parts 3
kerana dia tidak berupaya dia di bunuh, lalu bersemadi jasadnya di dalam telaga lama. Sehingga dia bangkit secara tidak sengaja...dan keanehan di asrama budak lelaki itu pun bermula..Dendam harus dilunaskan!
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,912
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!