putri_riena
Farisha, seorang penuntut Universiti Sains Malaysia tanpa sengaja bertemu dengan Fariz Adryan. Pertemuan yang tidak dijangka itu membibitkan rasa benci masing-masing.
" Eh, kau ni takde mata ke? Sesuka hati aje main langgar orang. Tak pasal-pasal baju aku basah!" ~ Fariz Adryan
"Hello, encik? Encik yang langgar saya atau saya yang langgar encik? Saya ni dah lah lambat, menyusahkan saya aje," ~Farisha
Tanpa disangka, ayah Farisha telah mengaturkan jodoh buat dirinya. Farisha yang pasrah, mengikut sahaja aturan ayah tersayang.
Paling tidak diduga, jejaka yang merupakan bakal suaminya itu ialah Fariz Adryan sendiri!
Tambah mengharukan apabila Rayna, kekasih Fariz Adryan turut masuk campur. Dalam kebencian, mereka disatukan jua. Farisha hanya mampu bersabar apabila Fariz Adryan dan Rayna memperlakukannya seperti halimunan.
Farisha berazam yang dirinya akan mencintai Fariz Adryan meskipun lelaki itu membencinya. Walau apapun yang akan terjadi, Farisha berazam untuk menjadikan Fariz Adryan sebagai cinta terakhirnya.
Adakah Farisha akan terus bersabar? Dan masih adakah ruang buat Fariz Adryan untuk menerima Farisha?