𝑅𝑜𝓈𝑒𝓁𝓎𝒶__ ~♥~
20 stories
Sekali Lagi Mencintaimu ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 248,581
  • WpVote
    Votes 8,080
  • WpPart
    Parts 34
Haziq Isyraf,seorang lelaki yang berperwatakan kasar dan ganas.Darah kacukan Melayu -Siam yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia digilai ramai.Namun dia seorang yang bebas dan suka berfoya bersama rakan-rakannya.Dek kerana itu, dia langsung tidak memikirkan tentang 'perempuan' atau 'kekasih' atau 'isteri' meskipun umurnya sudah mencecah 25 tahun.Apa yang penting,dalam hidupnya perlu ada keseronokan! Bagi Ayra Sophilia,dia memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami dengan segera!Bukan kerana terdesak tapi sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi nak dengar Geng Makcik Bawang bersuara setiap kali dia pulang ke kampung.Dia sedar,angka 30 memang sudah lewat benar untuk berkahwin bagi seorang perempuan.Bukan dia tak fikir tentang kahwin dan sebagainya,tapi mungkin dulu dia terlalu sibuk menguruskan kerjayanya sehingga lupa untuk mencari teman hidup. Pertemuan di antara Ayra Sophilia dan Haziq Isyraf secara tidak sengaja membuatkan Ayra tertarik dengan lelaki itu.Lelaki yang di matanya agak 'cool' dan bersahaja itu membuatkan dirinya mula menyusun strategi untuk mendapatkan sekeping hati milik Haziq Isyraf.Biarlah dikatakan perigi mencari timba sekalipun,dia tak kisah! Apa yang penting,dia perlu memikat Haziq! "Apa kena dengan kau ni? Punyalah banyak kerusi lain,apahal nak duduk sini jugak?" -Haziq Isyraf "Sebab saya nak duduk dengan bakal suami saya" - Ayra Sophilia "Siapa pulak bakal suami kau?" - Haziq Isyraf "Awaklah!" Ayra Sophilia Setelah apa yang dikejari kini sudah berada di depan kata,ternyata Haziq Isyraf bukanlah seperti lelaki yang disangkakan! Indah kho9abar dari rupa,ya benar! Setelah kesetiaan ditaruhkan terhadap perkahwinan mereka,satu persatu rahsia tentang suaminya terbongkar. highest ranking : #18 short story started:29/4
Kerana Adam Iskandar by jojobentelis
jojobentelis
  • WpView
    Reads 2,744,821
  • WpVote
    Votes 89,711
  • WpPart
    Parts 83
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- Alya pengawas yang ayu. tapi Inside out dia sangatlah lain. Inside dia seperti kucing yang berang apabila ditarik ekornya. ( peribahasa sendiri) akibat itu, Alya dibenci semua pelajar yang pernah terkantoi beberapa kali oleh cikgu semuanya disebabkan Alya. Carta list murid yang benci Alya termasuklah Athirah , kekasih Hariz. ---- Akhirnya dendam Athirah berbalas apabila Alya terjerat dalam perangkapnya. Tetapi jerat itu juga telah memakan dirinya apabila Hariz terbabit.
My Prince Charm School  by SueJihonie
SueJihonie
  • WpView
    Reads 6,346
  • WpVote
    Votes 334
  • WpPart
    Parts 41
Putri Ilyana Amanda seorang yang ceria dan peminat kpop namun perwatakannya agak kasar..gadis berumur 16 tahun ini terpaksa berpindah ke Perak dan bersekolah disitu atas permintaan mamanya iaitu Datin Shahira..di sekolah baru Ilyana terpaksa menghadapi hari-harinya yang selalu dibuli Nik Arryan Hafizs "Asal kau pendek sangat ahh"tanya Rayan "Kurang asam punya mamat sewel pendek cute apa"balas Ily Tanpa mereka sedar mereka sebenarnya sudah suka antara satu sama lain Namun saat Ilyana ingin mengecapi bahagia datang orang ketiga.... Berjayakah Ryan memikat semula hati Ilyana? Kalau nk tahu baca la :)
Mrs. Monsieur √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 602,902
  • WpVote
    Votes 24,326
  • WpPart
    Parts 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pertama menyebabkan Syed Faiq Mikael yakin bahawa pemilik AS Cafe adalah jodohnya. Bukan aturan keluarga, bukan perkahwinan paksa. Hanya kerelaan hati daripada seorang gadis terhadap lamaran seorang jejaka. "Saya tidak layak berdamping dengan awak. Awak memiliki segalanya, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa" "Awak mempunyai ketulusan hati yang sukar ditemui daripada orang lain. Awak seorang yang istimewa" Bukan mudah untuk menjadi suri hati kepada seorang ikon remaja. Bukan juga mudah untuk memahami seorang gadis yang tidak berkerjaya. "Awak terlampau percayakan dia, sedangkan awak tidak tahu siapa sebenarnya dia" "Hang bukan sapa-sapa untuk aku percaya" Masing-masing menyimpan rahsia. Dapatkah mereka mengecapi bahagia apabila tidak wujud sifat jujur dalam diri mereka?
Epilog Cinta Mikayla by theannemoha
theannemoha
  • WpView
    Reads 432,996
  • WpVote
    Votes 16,151
  • WpPart
    Parts 64
[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "Ikut I." Muncul Muiz Adrian dengan janji untuk membantunya bagaikan penyelamat dalam masalah yang melanda Mikayla. "Mama, papa Muiz nak kahwin dengan Mikayla." Berkahwin dengan Mikayla merupakan jalan untuk membantu masalah Mikayla. Muiz yang selama ini diminati dan hanya mampu menjadi mimpi indah Mikayla tiba-tiba sahaja melamarnya untuk dijadikan isteri. Lamarannya itu bagaikan bulan jatuh ke riba. Prince Charming masuk melamar kut. Dilamar jejaka idaman dan berkahwin dengan orang yang hanya dikenali dari jauh merupakan dua isu yang berbeza. Mana mungkin kisah cinta Mikayla semudah itu! Tersekat antara syarat gila Muiz dan masalah yang kian menghimpit Mikayla, dia akhirnya memberanikan diri untuk mengambil risiko. Risiko untuk memperjudikan nasib dan masa depannya dengan berkahwin dengan Muiz. Muiz yang diminatinya dalam diam selama hampir empat tahun. Perkahwinan yang diimpikan mampu memberikan nafas lega buat Mikayla bertukar menjadi permulaan konflik yang baharu. Hubungan cinta halal yang membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati dan mahu memghancurkan rumah tangga mereka berdua.
Between 2 Love(✔Completed) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,207,078
  • WpVote
    Votes 43,627
  • WpPart
    Parts 67
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah persahabatan aku dan Yara. Keluarga aku sempurna dan bahagia begitu juga persahabatan aku juga mengamit kenangan gembira. Namun, kisah siapa saja yang sehingga ke akhirnya adalah bahagia kan? Aku diduga satu persatu cubaan. Yang paling memeritkan, aku kehilangan seorang sahabat yang amat aku cinta dan kasih. Pemergian Yara meninggalkan satu pesan untuk aku sekaligus amanah untuk tunangnya, Aqhif. Dari situ, cerita hidupku bermula. 'Jagakan Lara untuk saya, Aqhif. Saya tiada lagi peluang kedua untuk menjaganya. Hanya awak saja yang saya harapkan untuk menjaga dia. Ambil dia, sebagai pengganti saya.'- itulah utusan yang Yara tulis untuk Aqhif. Ikuti kisahnya dalam 'Between 2 Love'. #Prolog-24/12/17 #Continue 2018
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,622,860
  • WpVote
    Votes 165,351
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 968,877
  • WpVote
    Votes 43,386
  • WpPart
    Parts 48
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,245,204
  • WpVote
    Votes 87,468
  • WpPart
    Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
THE PLAYBOY [C] by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 5,397,824
  • WpVote
    Votes 141,284
  • WpPart
    Parts 79
⚠️ known before as @Mrs Haiden Riyaz❗[UNEDITED VERSION] *** First book of '𝒯𝒽𝑒 𝒮𝑒𝓇𝒾𝑒𝓈' 🌸 - WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Haiden Riyaz, Namanya indah seperti tuannya. Jiwanya licik seperti matanya. Hatinya kejam tanpa sebarang perasaan. Nafsunya mengalah syaitan. Saat mata terpaku pada si jelita, jiwanya memberontak inginkan si gadis meskipun menghancurkan kehidupan si gadis tersebut. Maruah dirampas sebegitu sahaja. Ariana, Manis seperti dirinya. Kesucian yang dijaga ternoda begitu sahaja kerana kerakusan nafsu sang jejaka. Menangis pun tiada guna kerana maruah sudah tergadai. Kejadian dua tahun lalu digunakan untuk menghancurkan hubungan si wanita. Jahat? Ya, dia jahat. Namun, saat ikatan tidak rela terjadi. Mengapa benci menjadi ganti? Wujudkah cinta buat mereka? "Ariana perempuan pertama dan terakhir buat abang, tiada wanita bisa mengantikan Ariana,"