kimm1y's Reading List
4 stories
AMNESIA by zuyoorin15
zuyoorin15
  • WpView
    Reads 23,498
  • WpVote
    Votes 1,264
  • WpPart
    Parts 17
Lisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya diekori oleh seseorang. Tetapi siapakah? Vote & comment ❤ Completed : 8 February 2016 💋
AKU BORDERPOLAR by dkagun
dkagun
  • WpView
    Reads 294
  • WpVote
    Votes 29
  • WpPart
    Parts 11
Tiada manusia hidup sempurna. Ada saja masalah yang menimpa jiwa yang sedia merana. Kadangkala, mati terasa seakan-akan satu-satunya pilihan yang ada. Begitulah juga aku. Hidup terumbang-ambing. Aku bagaikan sebuah perahu kertas yang dibawa ombak, seringkali hanyut dengan masalah sendiri dan tenggelam bersama-samanya. Tapi, perjuangan ini mulia. Mulia di sisi Tuhan. Ya, aku percaya. Dia beri aku perjalanan yang penuh onak dan duri ini untuk membentuk satu jiwa yang kuat. Jiwa yang bertahan dalam menempuh segala rintangan yang ada di hadapan. Tanpa perjuangan ini, siapalah aku? Buku ini cuma cebisan dari kisah aku sebagai penghidap Bipolar II Disorder dan Borderline Personality Disorder.
»Abolition« [ERROR#2] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 75,345
  • WpVote
    Votes 8,261
  • WpPart
    Parts 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua sangka ianya terhapus sekali bersama-sama dengan daerah Kudat tetapi sangkaan mereka meleset. Dalam kekecohan, Peter tekad untuk mencari Ana. Untuk menyelamatkan dunia, mereka perlu menyelamatkan satu-satunya penawar bagi wabak Ex-16 itu terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika... "Ana, saya perlu beritahu awak sesuatu. Dan saya harap awak bersedia." Dr Christine mengangkat wajahnya merenung Ana. "Apa dia?" "Awak telah dijangkiti."
»ERROR« [ZombieMalay] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 161,900
  • WpVote
    Votes 15,838
  • WpPart
    Parts 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad untuk keluar dari daerah tersebut dengan selamat bersama rakan-rakannya. Namun semua itu bukanlah mudah. Sesiapa yang dijangkiti akan menjadi tidak waras dan hilang kawalan, mungkin lebih teruk. Tidak ada pilihan selain 'menghapuskan' mereka yang dijangkiti. Semua dugaan yang Ana dan rakan-rakannya hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terselamatkah mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik misteri wabak tersebut? Dan sanggupkah Ana 'menghapuskan' andai ada antara rakannya dijangkiti? Ketahui dalam kisah ini