Choco_letto's Reading List
14 stories
SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit) by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 31,368
  • WpVote
    Votes 1,134
  • WpPart
    Parts 30
Terdahulu, cerita ini disiarkan dengan memakai tajuk 1941. Cinta itu, sebuah perjalanan cerita hati tanpa noktah. Dan kau, akan selalu ada dalam tiap halaman cerita hatiku. Sepahit permulaan sejarah 1941 Tanah Melayu. Sepahit itulah rentetan sejarah antara mereka. Pertemuan itu tidak seharusnya muncul andai sudah kau tulis sebuah perpisahan. Namun, bukankah hati ini lebih berhak memilih? Setiap bushi punya pedangnya. Sekiranya pedang itu dikembalikan bersendirian, bererti pahlawan bushinya sudah pergi atau tewas. Atau... katana itu sendiri yang telah membunuh bushinya. Penghujung cinta mereka bukan pengakhir bahagia yang dicari. Sesungguhnya, bahagia paling indah, apabila cinta itu kembali ke sisi. "Ya, benar kerana Nippon. Dan sekarang apa perlu kami meraih simpati pemerintah Nippon?" ~ Melur "Dan, saya tidak lupa ingatkan kamu dulu... tidak semua Tentera Imperialis kamu boleh percaya."~ Leftenan Akashi Surat-surat dari Nagasaki mengungkap semua. Kisah cinta terlarang yang dilarang. Kisah kasih yang tidak kesampaian. Namun yang terindah tentulah, kisah cinta manis seiring dengan masa. [Pemenang Anugerah Wattys 2019 kategori Fiksyen Sejarah] Mula : 14 Oktober 2018 Tamat : 26 Mei 2020 ~~ 🍀🍀🍀 ~~ Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini boleh terus DM saya atau Kaksu: 019-262 4380
[C] Suami Ku "Doctor" , Isteri Ku "Student"  [KTH & JJK & PCY] by Alia_Razak
Alia_Razak
  • WpView
    Reads 789,832
  • WpVote
    Votes 17,617
  • WpPart
    Parts 117
[COMPLETED FF NOVEL] [KTH & NAJ & JJK & PCY] Baca & Vote & Comment tersangatlah dialu alukan... kalau tak nak Vote ,Saya Redha..but thanks kpd yg membaca ^v^~ WATAK UTAMA : Rina (Hamba Allah) Taehyung (Adam) Jungkook (Waiter /Sam) Chanyeol (Afiq) Hyuna (Waiter /Hanna) BTS (kwn Adam & Sam) Halla (Adik Adam /Aerina) Jihyo/Mongji (Kak Long Rina /Rian) Shaline (kwn Rina) Yein (kwn Rina) Kisah mengenai seorang doktor dan seorang pelajar form 5 yang dikahwinkan atas dasar cinta seorang lelaki dewasa terhadap gadis remaja dan juga atas dasar kasih sayang dan kepatuhan gadis tersebut terhadap ayah dan ibunya. walaupun mereka baru berjumpa dan berkenalan ,namun hati Si Doctor telah TERPAUT terhadap Si Gadis. "Doctor" yang diberi nama sebagai Muhammad Adam Mirza bin Dato' Muhammad Yusof Mirza ATAU lebih dikenali sebagai Adam / Mirza merupakan seorang anak orang kaya dan merupakan seorang lelaki dewasa tetapi berpewatakan seperti seorang budak lelaki yang manja dan kebudak budakkan...ttpi...walaupun sikapnya yang begitu dia masih seorang lelaki yang gentleman ,macho ,serious dan merupakan lelaki yang paling hensem dikalangan doktor lelaki di hospital tempat dia berkerja. "Student" yang diberi nama sebagai Nur Afrina Junaidah binti Muhammad Yunus ATAU lebih dikenali sebagai Rina / Jun merupakan seorang student yang bijak ,tegas ,garang ,dan serious.walaupun dia begitu ketika di sekolah ,antara sifat sebenarnya yang masih tidak diketahui ialah seorang yang naif ,penyayang ,penakut ,lemah lembut dan pemalu...dia juga merupakan antara gadis remaja yang digilai ramai lelaki di perkarangan rumahnya dan juga dikalangan pelajar lelaki... disebabkan suatu perkara yang telah terjadi , mereka telah diputuskan untuk mengikat hubungan sebagai suami isteri..ttpi...mampukah Rina menerima dan melalui dugaan yang akan dihadapinya setelah bergelar isteri ketika diusia mudanya...dan mampukah Adam menyelami dan memahami jiwa isterinya yang masih muda ?...
Ain Nadira by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 122,139
  • WpVote
    Votes 3,952
  • WpPart
    Parts 57
Kahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran Shauqi sejak sekolah menengah. Macam mana boleh jadi macam ni? Macam mana nak berumahtangga dengan kawan sendiri ni? - Ain Nadira. Saya nak awak jaga saya seperti seorang ibu memelihara anaknya, seorang sahabat mempertahankan sahabatnya dan seperti seorang isteri menjaga suaminya. - Amran Shauqi.
HIS HEART, HER CHOICE by el_hauraaa
el_hauraaa
  • WpView
    Reads 209,356
  • WpVote
    Votes 7,628
  • WpPart
    Parts 54
Seorang gadis bernama Isha Damia, hidupnya sering dilanda musibah. Bermula dengan kekecewaan hati dan kehilangan ayahanda tercinta, hadir pula seorang lelaki yang menjengkelkan - Fariz Elman. "Awak dah curi sesuatu dari saya." - Fariz Elman "Saya curi apa?" - Isha Damia "Hati saya." - Fariz Elman Saat hatinya mula terbuka menerima cinta, muncul kembali bekas kekasih, Izzul Daniel, yang mahu menunaikan janji lama. Namun, kerana Fariz Elman dan Izzul Daniel adalah sahabat karib, Isha terperangkap dalam dilema membuat pilihan hati. Konflik bertambah rumit dengan kes pembunuhan misteri dan dendam lama yang mengintai bahagianya. Siapakah dalang di sebalik semua ini? Mampukah Isha bertahan dengan segala ujian? Dan dapatkah cinta sejati akhirnya bersatu?
Mamat Muka Selenga by AlieshaKirana
AlieshaKirana
  • WpView
    Reads 49,013
  • WpVote
    Votes 1,300
  • WpPart
    Parts 19
ORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta? Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi tak salahkan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salahkan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia? Putih-putih melati, merah-merah delima, dalam banyak-banyak lelaki, kenapa mesti dia?
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,894
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira
"OH ENCIK SUAMI" [HOLD] by CikJoyah
CikJoyah
  • WpView
    Reads 174,369
  • WpVote
    Votes 5,529
  • WpPart
    Parts 46
"Adam.."kata Ika Ecah mengangkat mukanya memandang tepat ke mata Ecah...die mengangkatkan keningnya... "Are you sure, Ika?"tanya Ecah serius Ika mengeluh panjang...degil kawannya ni... "Yes...two hundred percent sure...."balas Ika "Die buat apa dekat sini?"tanya Ecah lagi Ika mengangkat kedua2 bahunya tanda tak tahu... Apa yang akan terjadi diantara Adam Ashraff dan Aishah Adrianna apabila mereka bertemu kembali di alam sekolah menengah dan Nak tahu kenalah baca ...
Pencuri Cinta Kelas Satu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 115,411
  • WpVote
    Votes 1,963
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Pencuri Cinta Kelas Satu Penulis: Illa Shanahila Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-78-5 Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak) Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya! Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah. Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.
MANUSKRIP CINTA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 77,989
  • WpVote
    Votes 1,888
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Manuskrip Cinta Penulis: Syamnuriezmil Muka Surat : 682 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-45-7 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEGERA DI WEBSITE http://karyaseni.my/ http://p2u.my/ ATAU APLIKASI KARYASENI DI APP STORE PLAY STORE Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis. Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi...
Pencuri Bertopeng Kaitou Kid by sicashaa
sicashaa
  • WpView
    Reads 48
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Kaitou cuba mengikut jejak langkah ayahnya yang mati dibunuh semasa membuat persembahan silap mata ketika dia berumur 8tahun.. Setelah meningkat remaja.. Dia telah berazam untuk mencari siapakah dalang di sebalik pembunuhan ayahnya 9tahun lepas.. Kaitou menemuka kaset rakaman suara ayahnya yang mengandungi nasihat dan tunjuk ajar untuk menjadi ahli silap mata yang mahir dan di segani.. Bersama dengan teman baiknya Aoko dan ayahnya Inspektor Nakamori dia cuba untuk menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai pencuri handalan demi mencari pandora yang bersinar di bawah cahaya bulan.. Kerana dengan pandora itu dia akan menemukan siapakah pembunuh ayahnya yang sebenar..