Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Karya rihha97
3 stories
Aisyah by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 262,369
  • WpVote
    Votes 10,293
  • WpPart
    Parts 36
Aisyah dalam bahasa Arab bermaksud kebahagiaan. Selama dia dibesarkan di dalam keluarga kecil yang hanya ada dia dan adiknya sahaja, dia sudah rasa bersyukur. Hadirnya keluarga seorang lelaki merisik tentangnya, telah mengikat dia untuk memegang jawatan seorang isteri. Untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki itu tidaklah sepertimana yang diimpikan olehnya. Maklumlah, hidupnya hanyalah keluarganya dan lelaki itu lelaki yabg pertama merisik tentangnya, Setiap perempuan yang lahir di muka bumi Allah ini, pasti ingin menjadi seorang bidadari pada suaminya. Tapi, untuk Aisyah biarlah dia tidak menjadi bidadari syurga suaminya asalkan suaminya bahagia walaupun dia terpaksa menderita dalam kebahagiaan suaminya. "Andai kebahagiaan awak bukanlah dari saya, maka pulangkanlah saya semula kepada keluarga saya. Sepertimana, awak datang mengambil saya dari keluarga saya." ~Aisyah
DATUK OR DATO' by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 2,530,557
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 5
🌼TERBIT 2026 - PBAKL🌼 Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini hanya dengan tok ayah dan tok mak di kampung mula berubah. Tidak pernah Aira mengimpi pasangan hidupnya ialah seorang yang bukan calang-calang hebatnya. Pemuda itu tidak ubah seperti gambaran watak hero dalam novel-novel romantik. Kacak, kaya dan berlagak. Tapi Xendra Aira terjatuh hati kepada pemuda itu. Mana mungkin dia tidak ada perasaan. Dato' Rayqal Eskandar itu ialah suami sahnya. Duduk sebumbung, tidur sekatil. Rayqal yang berniat ingin membuka buku baru... "Eh kau ni Ameer. Aku ajak kau orang lepak sini sebab aku rancang nak luahkan perasaan sebenar aku kepada Aira." - Dato' Rayqal Eskandar. Mula berubah niat... "Aku cuma sayang dan cintakan satu perempuan sahaja, Aira." - Dato' Rayqal Eskandar. "Saya tahu, Rayqal. Saya juga tahu yang perempuan itu bukan saya." - Xendra Aira. "Kalau kau tahu, baguslah. Dengar sini baik-baik. Aku cintakan Aurora. Aku sayangkan Aurora. Hanya dia, tiada yang lain. Bukan kau, bukan juga mana-mana perempuan." - Dato' Rayqal Eskandar. Klisenya, Xendra Aira pergi membawa diri, melanjutkan pengajian. Dia tidak dapat menahan niat suaminya yang ingin kembali semula kepada kekasih lamanya, Aurora. Sejak mula lagi Xendra Aira sedar, gelarannya sebagai isteri Dato' Rayqal Eskandar itu cuma di atas kertas sahaja. 🌼PENERBIT: KARYA PUBLIKA🌼