mnrh_03's Reading List
26 stories
Pernah Ada (✔) by FiqAnNur
Pernah Ada (✔)
FiqAnNur
  • Reads 43,985
  • Votes 3,085
  • Parts 17
Kerana pernah ada cinta, benci dan rindu, ini semua terjadi... Author's Note : Setiap update pendek2 saja isinya. Harap maklum.
Sayang Cikgu Ketat-ketat by NovelisRafina
Sayang Cikgu Ketat-ketat
NovelisRafina
  • Reads 52,279
  • Votes 17
  • Parts 13
Dilarang menyalin cerita ini walau dengan apa cara sekalipun kerana ia telah didaftarkan di bawah PERBADANAN HARTA INTELEK NEGARA dan layak dikenakan hukuman undang-undang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atasnya. Cerita ini tidak akan disiarkan sehingga tamat. Letak di sini hanya tujuan promosi saja. Bukunya ada. Kalau nak, boleh beli. Dalam e-sentral pun ada.
Memoir Si Hati Kering by kelingkingbesi
Memoir Si Hati Kering
kelingkingbesi
  • Reads 28,576
  • Votes 794
  • Parts 31
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?
WALIMATUL URUS AKU & DIA by Ana_Eimaya
WALIMATUL URUS AKU & DIA
Ana_Eimaya
  • Reads 33,478
  • Votes 1,310
  • Parts 33
Muka Surat: 671 Penerbit: Love Novel Publication Harga: RM28 SM / RM31 SS Bertunang tak semestinya sampai ke jenjang pelamin. Lebih kurang dua bulan saja lagi, status diri Nur Adinda dan Tengku Haidar bakal bertukar single kepada married. Namun, sedang hati mereka memandu menuju pelamin angan, tiba-tiba ada pula yang datang melanggar. Terus jadi 'pelamin anganku musnah'. "Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin, kan sayang?" - Haidar "Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah saya kena putuskan semua ni. Saya tak nak gadaikan diri hidup dengan lelaki macam awak!" - Dinda Jika yang pergi itu cinta, mungkin yang datang adalah jodoh. Setelah 7 tahun tidak bersua, takdir membawa Zarr Iskandar kembali. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. "Zarr Iskandar, awak sedar tak apa yang awak tengah buat ni? Awak buta ke? Tengok betul-betul saya ni siapa? Saya Adinda. Bukan tunang awaklah!" - Dinda "Saya malas nak cakap banyak. Jom, kita kahwin?" - Zarr Tak boleh! Adinda tidak mahu mencari masalah. Malangnya, rencana manusia memang indah, tapi rencana Allah lebih indah. Mereka bersatu jua. "I'm just acting my part. Tak perlu berterima kasih." - Dinda "Your part? As what?" - Zarr "Your wifelah." -Dinda "Boleh ulang tak?" - Zarr Berkahwin biar sekali. Dinda berusaha belajar memberi dan menerima meskipun terus dirayu oleh Haidar untuk kembali. Ah, kacau! Tapi Dinda sedar dengan kewujudan Putri memang dia tidak dapat larikan diri. Nanti, atau boleh jadi sampai bila-bila! "Macam yang saya rancang sebelum ni, awak dan saya sama-sama jaga Putri." - Haidar "Takkan ada sesiapa pun di dunia ni boleh ambil Putri daripada saya." - Zarr Apakah hubungan sebenar dua lelaki itu sehingga sepanjang hidup Dinda harus tersangkut dengan bekas tunangnya itu? Dan siapa pula Putri dalam lingkungan takdir mereka bertiga?
Betul, Suami Aku Pelakon! by AteenKhalid
Betul, Suami Aku Pelakon!
AteenKhalid
  • Reads 59,423
  • Votes 3,058
  • Parts 28
Kejadian yang berlaku pada waktu senja, dengan situasi yang kurang menyenangkan menemukan Irfan Danish... seorang pelakon dengan Aliya Marissa, seorang pelajar universiti yang sedang menghabiskan cuti semesternya di kampung. Irfan : "Kau kan semalam?" Aliya : "Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!" Irfan : "Wei, pasal kaulah aku jadi macam ni!" Aliya : "Apehal pulak aku? Kau tu yang penakut. Lari macam lipas kudung. Nama aje jantan tapi, hati berbunga-bunga, menjerit mengalahkan perempuan. Dasar jantan lembut! Biadap pulak tu!" Tanpa sedar, pertengkaran mereka akhirnya bertukar kepada pernikahan. Oleh kerana Aliya masih lagi seorang pelajar... dia mahu menyembunyikan statusnya. Kalau orang tahu dia berkahwin dengan seorang pelakon, kecoh satu universiti nanti! Tatkala masing-masing mengenakan antara satu sama lain, muncul perasaan cinta. Namun, mereka cuba menafikan. Kesilapan Irfan dan rahsia yang disimpan oleh mereka berdua menyebabkan keadaan mula menjadi huru-hara. **Sudah diterbitkan**
HEARTLESS by AteenKhalid
HEARTLESS
AteenKhalid
  • Reads 18,688
  • Votes 413
  • Parts 14
Nur Kaisara menjangkakan yang kehidupannya akan berubah apabila dia bekerja di situ, namun apa yang berlaku makin teruk! Menyesal dia berhenti di syarikat lama. Nampaknya dia betul-betul dah salah langkah. Sudahlah dapat jawatan yang dia tak pernah jangka, malah kalau dia buat silap... gaji kena potong pulak. Mental dan fizikal Kaisara memang terdera. Nak berhenti pun tak boleh sebab Nidham tahu titik kelemahannya. Ah, parah betul! Namun, sikap Nidham yang annoying tapi caring itulah buat Kaisara jadi tak tentu arah. Kadang-kadang geram, kadang-kadang suka. "Saya ada hal ni. Makan cepat sikit, berangan ke apa? Sloth makan pun entah-entah laju lagi dari awak makan." - Naufal Nidham Dah kenapa Nidham samakan dia dengan sloth?! - Nur Kaisara Tetapi, bagi Naufal Nidham, ada sebab dia buat semua tu. Seseorang perlu sedarkan wanita bernama Nur Kaisara dan dia akan gunakan caranya yang tersendiri memandangkan ego wanita tu terlalu tinggi. Kesalahan Kaisara yang satu itulah buat dia nekad! ----- Ini novel ke-6 saya. Kalau nak baca cerita saya yang lain boleh singgah profile saya. Betul, Suami Aku Pelakon! Tolong Jagakan Dia Piano Alamak, Tersuka La Pulak! Promise Heartless (latest - keluaran April 2018) was
Surgery Love ✓ by LuluAaira
Surgery Love ✓
LuluAaira
  • Reads 5,539
  • Votes 288
  • Parts 20
Jannatul Haura , indah nama peris tuan punya badan . Cantik , kaya , baik , muslimah , boleh kira pakej lengkap idaman lelaki lah ! Zahiril Irzan , dengar saja namanya , mesti dah boleh agak mr perfecto , mungkin juga dilabel kasanova , tetapi , cintanya hanya pada haura si bunga cinta
Belongs to You ( ON GOING ) by LuluAaira
Belongs to You ( ON GOING )
LuluAaira
  • Reads 3,874
  • Votes 396
  • Parts 25
BELONGS TO YOU •••••••••• Kadang , cinta itu tak seindah yang dia sangka . Kadang , cinta itu tak hadir dalam bentuk yang dia pinta Tapi dia percaya dengan takdir tuhan , kalau sudah jodoh , takkan kemana Wazirah dan Arrayyan , perkahwinan paksa tanpa cinta . Bukan tak cuba , bukan tak berusaha , tapi hati Arrayyan milik orang lain " Im yours and you are mine " Tapi sampai bila ?
Pondok Puisi ✔️ by Pena_Alam
Pondok Puisi ✔️
Pena_Alam
  • Reads 6,925
  • Votes 636
  • Parts 165
Art Berat