Ongduts favorite
11 stories
Jessica Box Dancer.. - Completed - by Sakuyakuz
Sakuyakuz
  • WpView
    Reads 396,619
  • WpVote
    Votes 6,985
  • WpPart
    Parts 24
Warning Sign 🔞🔞🔞🔞🔞Make sure cukup umur.. Jessica & Jessinta dua orang adik beradik yang telah kehilangan kedua orang tua mereka. Jessica umur 19 tahun manakal Jessinta baru 6 tahun. Kehidupan mereka sangat miskin & duit selama ne yang mereka guna hasil daripada duit simpan & insurance parents mereka yang di wariskan. Jessinta mengalami masalah hati sebab tu banyak hasil peninggalan parents mereka untuk merawat Jessinta. Jessica berusaha mengumpul duit demi menanggung pembedahan pemindahaan hati yang kosnya anggaran 500k. Siang Jessica kerja di sebuah fast food terkenal sebagai cashier & malam sebagai cleaner di sebuah pub terbesar di bandar. Albert Paul merupakan pemilik sebuah pub dimana Jessica bekerja. Dia merupakan sorang yang panas baran, playboy, tegas & bos samseng. Pertemuan Albert & Jessica mengubah segala kisah hidup masing2.. Mampukan Jessica mengumpul duit pembedahan adiknya? Adakah Albert & Jessica bersama? Nanti kisah hidup Jessica & Albert..
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED) by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 247,832
  • WpVote
    Votes 8,047
  • WpPart
    Parts 37
Alexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florence, seorang gadis biasa namun bila dipertemukan dengan Alexander, dia mula mengenali erti kata cinta yang sebenar. Dulu dia pernah dilukai tapi tidak salah dia menerima huluran cinta dari Alexander. Tapi masing-masing akhirnya kecewa dan terpisah kerana satu peristiwa yang membawa erti kesedihan dalam hidup mereka. Mereka terpisah namun cinta Tuan Alexander tetap untuk Florence. Namun ada satu kejutan yang menanti Florence tentang siapa sebenarnya Alexander.
Kerana Aku Seorang Perempuan Simpanan (Complete) by CiCy_Oliey
CiCy_Oliey
  • WpView
    Reads 147,461
  • WpVote
    Votes 1,627
  • WpPart
    Parts 31
Just like an idioms say "true love requires no words", will Debby gain her true love? #Kerana_Aku_Seorang_Perempuan_Simpanan (Synopsis) Hidup dalam gelumang dosa, tinggal bersama lelaki yg tidak mempunyai sebarang ikatan sah dengan aku, buat aku menjadikan diri aku sendiri seorang pendosa. Bukan niatku sebegini cuma keadaan memaksa aku untuk berbuat sedemikian. Tiada siapa pun tahu pekerjaan sebenarku ketika ini. Aku sudah tidak mempedulikan mata-mata mahupun kata-kata yg keluar dari mulut orang. Ada yg mengatakan aku seorang perempuan kaberet, perampas suami orang. Lantak kalianlah untuk berkata apa. Yg aku tahu, aku cuma mahu mencari nafkah demi sesuap nasi untuk memastikan adik-adikku tidak menanggung kelaparan. Aku sendiri cuma mampu berdoa agar Tuhan hadirkanlah seorang manusia yg mampu membimbing aku ke jalan yg benar yg di redhaiNya, menerima aku seadanya serta tidak mempersoalkan perbuatanku. Adakah sirna kebahagiaan yg layak untukku? Adakah taman firdausi yg layak untuk aku bersenda gurau bersama insan yg mahu bersamaku? Aku sendiri buntu dan tertanya-tanya. Warning : Reading at your own risk. Under 🔞🔞🔞 is strictly provident. Pelan2 sy update story ah. Jan mayadang. ✋
Cinta Haura by syafinasrie
syafinasrie
  • WpView
    Reads 184,511
  • WpVote
    Votes 5,173
  • WpPart
    Parts 22
Hanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan perasaan. "Jangan berani pegang tangan saya selagi awak tak pegang tangan tok kadi." - Haura Insyirah "Amboi, jual mahal ye. Tunggu lah nanti." - Danish Iskandar Mampukah dua hati ini bersatu membentuk cinta yang abadi atau apakah yang berlaku disebaliknya.
Aku Bukan Isteri Simpanan  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 2,118,106
  • WpVote
    Votes 50,182
  • WpPart
    Parts 45
Perkahwinan yang terjadi hanya kerana satu amanat. Perkawinan yang dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga. Demi melanjutkan pelajaran mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Bagaimanakah perkahwinan ini dapat diteruskan seperti biasa apabila hari yang dinantikan Syazira dikhianti Adam. Apabila bahagia mulai mencecah , kehidupan mereka kembali retak dengan panas baran Adam yang tidak habis-habis mencemuh Syazira. Apabila Adam sudah sedar akan kesilapannya , ego Syazira mulai tinggi. Benci dan cinta bercampur-baur di dalam hatinya. Bagaimana pengakhiran kisah cinta mereka? Sanggupkah Syazira terus menerus menjadi isteri simpanan kepada Adam?
Isteri Sementara by Nurriel_Anuar
Nurriel_Anuar
  • WpView
    Reads 1,598,656
  • WpVote
    Votes 35,092
  • WpPart
    Parts 97
Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus dibenci oleh suaminya. Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun. "You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku Fazrul Shah. "Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" - Fazliatun. Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu bernikah dengan Nauri. Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi? Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia berkehendak, apa sahaja boleh berlaku. "Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak sanggup kehilangan dia." Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah. Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah. *first novel. Huhu. Jika ada yang tersilap, sila tegur ya. Harap korang enjoy baca cerita ni. Tq
Aku Bukan Isteri Simpanan 2  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 547,813
  • WpVote
    Votes 16,636
  • WpPart
    Parts 34
Kehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan kesihatan Syazira yang tidak menentu. Jalinan hubungan mereka semakin jarak sehingga Syazira terpaksa menyembunyikan kesihatan dirinya daripada diketahui Adam. Hal ini membuatkan Adam sakit apabila dia terjumpa Syazira dengan seorang lelaki sedang berseronok di sebuah kawasan. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah yang berlaku kepada rumah tangga Syazira dan Adam? #35 in romance #39 in romance #45 in romance #87 in romance
Dalam Diam Aku Terpikat by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 68,194
  • WpVote
    Votes 927
  • WpPart
    Parts 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Dalam Diam Aku Terpikat Penulis: Aulia Iman Penerbit: Karyaseni Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Diskaun RM3 & Free Postage pembelian melalui www.karyaseni.my & aplikasi Karyaseni
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,519
  • WpVote
    Votes 7,065
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 270,327
  • WpVote
    Votes 4,688
  • WpPart
    Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.