Romance / Mafia / Thriller / Pscycho•Malay•
122 stories
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,254,513
  • WpVote
    Votes 170,045
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
MY Husband ! My Bodyguard ! by Applefake
Applefake
  • WpView
    Reads 754,069
  • WpVote
    Votes 13,270
  • WpPart
    Parts 22
Apabila arang bertemu api, semakin marak apinya . Begitu juga apabila Naura Iris dan Adam Mikhael bertemu . Sikap Adam yang tegas dan garang sedikit sebanyak dapat menundukkan Naura Iris yang sangat degil. Pada hari bahagia sepatutnya milik Naura Iris tiba-tiba bertukar menjadi tragedi. Bala! Malang! "Ara, jangan pergi. Bahaya". -Adam Mikhael "Adam please! Dalam kereta tu ada abah . Ara ada abah sorang je. Tolong lah ".- Naura Iris Setiap detik-detik tragedi itu tersemat kemas di dalam fikiran Naura Iris. Harta dunia yang paling berharga di dalam hidupnya sudah tiada. Selepas ketiadaan abahnya, hidupnya semakin huru-hara apabila musuh abahnya cuba membunuhnya. Sudahlah musuh abahnya kian mengganas, suaminya boleh pula membela orang luar daripada dirinya sendiri. Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku! " .- Adam Mikhael Itu baru sedikit. Adam Mikhael lebih menjaga hati dan perasaan ahli keluarga dan orang luar sehingga mengenepikan hatinya. "Kalau kau nak tahu sangat, yes ! memang aku terpaksa kahwin dengan kau sebab bapak kau suruh ! Padahal aku boleh je tolak tak nak kahwin dengan kau ! Tapi aku kahwin juga dengan kau. Kau ingat aku nak sangat ke jaga kau huh?! Aku pun tak teringin lah! Bukan setakat tak teringin, nak kahwin dengan kau pun aku tak hadap ! Tapi disebabkan bapak kau suruh aku kahwin dengan kau ,aku kahwin juga . Tu semua sebab aku kesian dekat bapak kau ! Aku dah jumpa cinta hati aku , tapi aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat. Aku pilih untuk berkahwin dengan kau bukannya dia ! "- Adam Mikhael Hati Naura Iris bagaikan kaca yang pecah berdebu. Sakit! Mana janji yang abahnya katakan? Mana Adam Mikhael yang patut membahagiakan dan menyayanginya? Itu semua dusta! Betullah orang cakap, manusia akan menyesal apabila berlakunya kehilangan. Sama seperti Adam Mikhael yang hampir kehilangan Naura Iris. Namun muncul pula Hani yang seperti perigi mencari timba.
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 355,909
  • WpVote
    Votes 21,935
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
highschool love [nasya]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 312,453
  • WpVote
    Votes 32,726
  • WpPart
    Parts 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe (?), swag > hadir dari tiktok ke tu asjsbdlfcqilxcwy > thanks for supporting, have a great day! ♡ '・ᴗ・ '♡ tw : aesthetic love story <3
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,032
  • WpVote
    Votes 35,088
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 492,524
  • WpVote
    Votes 17,035
  • WpPart
    Parts 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
My Obsession Ex Boyfriend (Completed)  by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 310,743
  • WpVote
    Votes 14,878
  • WpPart
    Parts 25
Tiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik saja. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain dan berjanji untuk setia berdua selamanya. Namun janji dan cinta mereka telah diragut rasa dusta yang membuatkan Arluna Aurell pergi jauh meninggalkan Adriel seorang diri. "Siapa aje yang tak kecewa dan marah bila orang yang aku pernah sayang sanggup upah orang untuk bunuh aku? Sampai hati kau nak bunuh aku sedangkan aku sayangkan kau separuh nyawa aku!" - ARLUNA AURELL RIZAL. "Jangan pernah kau lupa yang Adriel Harys adalah seorang lelaki yang berketurunan Melayu-Itali dan Itali adalah taman permainan aku jadi aku rasa tak perlu lah aku terangkan lebih lanjut lagi pasal aku dan Dark Hercules kan? Kalau kau ada otak, kau boleh fikir sendiri." - ADRIEL RICARDO HARYS. Dan... penghijrahan Arluna Aurell Rizal membuka satu rahsia hitam dan sejarah hidup Adriel Ricardo Harys. "Ti ama così tanto che può lasciare tutto per te. Quindi, senti ancora che il suo amore non è tanto quanto il tuo amore per lei?" - ALEX RICARDO FREDICO. "You tak layak untuk dia! Dia pernah nak bunuh you!" - RICKY THOMAS DIANDRO. Kalau cinta, kenapa perlu ada luka? MY OBSESSION EX BOYFRIEND
The Truth Untold by hazelmilktea
hazelmilktea
  • WpView
    Reads 469,956
  • WpVote
    Votes 28,836
  • WpPart
    Parts 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siapa tahu bahawa dia mempunyai hati kepada lelaki itu. Lelaki yang telah berkawan rapat dengannya sejak kecil lagi. Perangainya yang senang membuatkan Aireen berasa selesa untuk berkawan dengannya. Hingga dia tidak sedar bahawa dia semakin jatuh cinta terhadapnya. "Ni lah special guest yang Ian bagitau. Perkenalkan, Hanis Athieya. Girlfriend Ian" - Tengku Ian Raykarl "You must be kidding me. Girlfriend? Since when kau pernah serious dengan perempuan, huh?" - Aireen Nadhirah "No, Reen.. This time, aku memang serious. Sepanjang aku kenal dia, dia dah ubahkan hidup aku. I feel much better with her by my side." - Tengku Ian Raykarl. "So you're happy with her?" - Aireen Nadhirah "Yes. And aku dah plan, around next year, I'll get married with her." - Tengku Ian Raykarl. Dibiarkan perasaannya tergantung sepi kerana lelaki tersebut. Hanya kerana dia mahu lelaki itu bahagia, dia sanggup. "I love you, Ian" menitis lagi air matanya saat meluahkan perasaan itu seorang diri. Sungguh sakit menahan perasaan itu seorang diri. Kenapa dia perlu ada perasaan itu terhadap lelaki itu? Kenapa dia? Kenapa dia seorang sahaja yang perlu merasa perasaan ini? Tuhan, tolong kuatkan aku.
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,222,564
  • WpVote
    Votes 325,720
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
UMAR MIKAEL © by thusfthi
thusfthi
  • WpView
    Reads 1,410,428
  • WpVote
    Votes 40,150
  • WpPart
    Parts 42
COMPLETE °Kadang-kadang pengorbanan diperlukan untuk membina sesebuah perhubungan° Pertemuan di antara Tengku Mikael dan Durriyatul Umairah telah menyemai satu perasaan cinta yang sangat sukar ditafsir. Sikap Durriyatul Umairah yang keras kepala sering menduga ego Tengku Mikael. Walau sekeras mana hati seorang lelaki, dia pasti akan cair apabila disimbah dengan perasaan cinta yang suci. Walau bagaimanapun, Tengku Mikael mempunyai rancangan yang tersendiri untuk membuatkan Durriyatul Umairah jatuh padanya. Benarlah kata orang, ego lelaki mampu menghancurkan segalanya. "Boleh tak kau pakai something yang agak menarik sikit. Sexy is better for you. Sakit mata aku kalau hari-hari menghadap kau begini. Kalau boleh aku nak kau free hair. Baru sedap mata memandang." - Tengku Umar Mikael Sungguh tidak masuk akal permintaan Tengku Mikael. Akhirnya penampar Durriyatul Umairah hinggap pada pipi Tengku Mikael. Ego lelaki itu makin tercabar apabila belum ada lagi perempuan yang berani menamparnya begitu. Akhirnya Tengku Mikael mengatur satu rancangan untuk memerangkap Durriyatul Umairah. Tapi siapa sangka, rancangan itu akan memakan diri Tengku Mikael juga apabila dia jatuh cinta pada Durriyatul Umairah. "Maaf Tengku. Saya tak dapat ikut kemahuan Tengku. Permintaan Tengku untuk menyuruh saya dedahkan aurat saya sangat tidak masuk akal. Lagipun bukan Tengku yang akan menanggung dosa saya kelak. Jika beginilah sikap Tengku, saya perlu meletakkan jawatan." -Durriyatul Umairah 📣Update : Random 🔓Start : 5/07/2018 🔒End : 1/2/2019 🌱 #WattysAward2016 : Hidden Gems/Permata Yang Tersembunyi Sebarang typo/kesalahan tatabahasa haraplah dimaafkan kerana author tidak sempat untuk edit kesemua bab yang telah dipublish semula.