My heart
24 stories
My Sewel Guy by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 76,627
  • WpVote
    Votes 1,804
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: My Sewel Guy Penulis: Aimy Haniya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-69-2 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni “Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…” Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil. “Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia “Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal “Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia “Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya. “Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia “Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal “Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia “Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.
OBJECTION by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 115,916
  • WpVote
    Votes 2,833
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Objection Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-069-4 Muka Surat : 544 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni ...Overruled!
PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,654
  • WpVote
    Votes 1,052
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ALIESHA KIRANA TAJUK: PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA KELUARAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 560 HARGA: RM23 (SEMENANJUNG)/ RM 26 (SABAH/SARAWAK) ISBN : 978-967-469-049-6 Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah. "Lain kali, berjalan tu tengok depan."- Megat Talhah "Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja."- Ajda Sajidah "Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja."- Megat Talhah Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya. "Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku."- Qisya Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela! "Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?"- Megat Talhah Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu?
SARANGHAEYO, ARUMI by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 4,388
  • WpVote
    Votes 109
  • WpPart
    Parts 6
​​Tajuk: SARANGHAEYO, ARUMI Penulis: ROSE HARISSA ISBN: 9789671467596 Harga: RM24/RM27 Pertembungan Aiyani dan Arumi di kolej, memulakan segalanya. Kerana sikap angkuh Arumi, Aiyani pandang jengkel kepadanya, apatah lagi Arumi gemar berbahasa Korea dengannya. Tapi denda yang diberikan Qazurah, membuat Aiyani tak boleh mengelak dari Arumi lagi. Arumi yang selama ini dingin, mula memberi perhatian kepada Aiyani bila gadis itu jadi sasaran hasad dengki gadis lain. "Aku dah turunkan tandatangan, maknanya dia hak aku! Kalau kau kacau dia lagi, tunggulah balasan daripada aku. Faham?" - Arumi Perbuatan Arumi betul-betul meminta tabik! Arumi mempertahankan Aiyani, bagai juara gladiator! Bagi Arumi, dia menemukan bahagia yang dicari dalam keluarga Aiyani, di kafe comel milik ibu Aiyani. Sehinggalah ancaman surat-surat memaksa Arumi menyingkap rahsia dirinya.Ada yang berdendam dengannya, ada musuh yang mengincar dalam diam. "Awak tak perlu takut, Aiy. Saya yang pilih nak dekati awak. Jadi, saya kenalah bertanggungjawab lindungi awak sekeluarga." - Arumi Semakin lama, Aiyani harus mengakui yang dia turut merasa sayang kepada Arumi! Parah sungguh penangan orang kurang kasih sayang. Sehingga saat Aiyani mula yakin mengucapkan, "Arumi... saranghae!", memori Arumi bagaikan hilang bersama angin. DAPATKAN NOVEL SARANGHAEYO, ARUMI DI PASARAN PENGHANTARAN PERCUMA 🍀 Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069​​
SEMANIS TOMATO by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 26,527
  • WpVote
    Votes 645
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Semanis Tomato Penulis: Freesia Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-047-2 Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2017 Takdir Zafeeya dengan kaum Adam tak pernah indah. Bapanya bencikannya dan dia halimunan di mata lelaki-lelaki lain. Seringkali merasa tersisih dan keseorangan, dia gunungkan ego, dia keraskan hati agar ianya kebal untuk disakiti. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan sinar cinta. Pertemuannya dengan Andriy tanpa dijangka telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Demi memberi peluang kepada dirinya sendiri, dia belajar untuk keluar dari zon selesa. Egonya cuba direndahkan, hatinya cuba dilenturkan demi menjadi yang terbaik buat Andriy.
Misi Terlajak Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 78,243
  • WpVote
    Votes 1,509
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Misi Terlajak Cinta Penulis: MyTun Abdullah Muka Surat : 880 Terbitan : September Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-024-3 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak)
CIK DIARI HATI by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 5,023
  • WpVote
    Votes 179
  • WpPart
    Parts 5
Untuk melanggan layari www.dearnovels.my atau WhatsApp ke 013-2588069 Hari pertama pendaftaran di Kolej Seni Antarabangsa, Azzalea sudah buat satu kesilapan. "Sorry, bang!" "Apa abang, abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni." Berbulu sahaja mata Azzalea dengan sikap Shafwan, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Suka-suka hati buli, suka-suka hati bagi denda tak munasabah dan ada sahaja yang tak kena di mata lelaki itu. "Sidai kat ampaian ya! Memang bagus tindakan awak tu! Awak ingat kasut saya tu macam baju-baju kecik awak nak sidai merata-rata tempat macam tu?" Geramnya Azzalea dengan mulut puaka si mamat sewel, Shafwan itu. Dalam marah-marah, terbit pula rasa sayang. Segala rasa Azzalea luahkan dalam Cik Diari Hati itu yang bila diari itu tercicir, resah dia jadinya. Shafwan tersenyum simpul bila dia jumpa dan baca Cik Diari Hati milik Azzalea. Namun, ada juga yang tidak senang dengan hubungan mereka. Rihana mula mengatur rencana. Tak kisah apa pun yang datang, hubungan mereka tetap begitu. Shafwan dan Azzalea yang dulu ibarat anjing dan kucing, kini ibarat kumbang dan bunga.
LELAKI KIRIMAN TUHAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 141,918
  • WpVote
    Votes 1,706
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
BAHAGIA YANG TERTANGGUH by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 59,940
  • WpVote
    Votes 625
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: RISSA AHDIYA TAJUK: BAHAGIA YANG TERTANGGUH HARGA : RM24 (SM)/RM27 (SS) Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori 'anak emak'. Tetapi kalau kategori 'adik kakak' bagaimana pula? Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri. Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea! "Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah." "Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you." - Azrin Sofea Talak akhirnya menjadi 'hadiah' bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya. ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban. "Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita." - Zakwan .
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,353
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.