love it!
15 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,759,287
  • WpVote
    Votes 139,894
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 301,039
  • WpVote
    Votes 20,663
  • WpPart
    Parts 62
"Come to me, Cursed Katana." Aizel Neifelheim, seorang remaja yang mempunyai kuasa. Oleh kerana kuasa yang dimilikinya itu, dia digelar Cursed Guardian oleh para guardian lain. Dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Guardian Of Aster City. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Lord Of Guardian. Bandar yang didiami kini bukanlah aman seperti yang difikirkan. Vager, makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya sering menyerang bandar yang didiami. Bukan itu sahaja, terdapat sebuah organisasi haram telah beroperasi mencuri teras Vager dan ingin menggunakannya untuk mengancam keamanan sejagat. Aizel dihantar oleh Raja Lancer ke Kainar Highschool Academy atas satu misi. Iaitu untuk melindungi sekolah itu dari ancaman Vager dan juga daripada organisasi haram itu. "Even my power is a cursed power, I will use this power to protect the people that I love and finished my mission." Dapatkah Aizel menamatkan misinya itu? Ataupun dia terkorban?
Suami Sementara © ✔️ by dsyluv
dsyluv
  • WpView
    Reads 3,096,968
  • WpVote
    Votes 100,603
  • WpPart
    Parts 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa, Tan Sri Hamid daddy kepada Rasya memaksa untuk Rasya berkahwin secepat mungkin. Dengan alasan Rasya semakin dewasa. Rasya sebagai seorang anak dia tidak sanggup mengecewakan daddynya. Jadi dia terpaksa bersetuju dengan syarat biar dia yang mencari bakal menantu buat daddy dan mama nya. " Jadi suami sementara saya. Lepas setahun kita cerai. " - Rasya Medina " Saya setuju. " - Firash Mikhail. Apa yang akan jadi selepas itu? Kenalah baca kalau nak tahu kesudahan tentang cinta Firash&Rasya Happy Reading ❤️ Firsya; Start - 25.02.16 End - 5.10. 16 #1 Romance ( 27.5.2016 )
Dendam Cinta by norsyima96
norsyima96
  • WpView
    Reads 307,682
  • WpVote
    Votes 8,003
  • WpPart
    Parts 41
Usyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang ceria dan cekal tapi berubah sekelip mata selepas peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya. Jika dahulu dia menjadi seorang pencinta, tetapi selepas kes hitam itu dia menjadi seorang murung, pendendam dan juga selalu menyalahkan diri sendiri. Tapi satu saja yang boleh menenangkan dia apabila berada di sisi Usyair. Ikuti kisah mereka berdua dalam dendam cinta. Penuh misteri, tanda tanya dan ikut percintaan di antara Usyair dan Luthfia. Di mana Usyair cuba memujuk hati isterinya untuk menerima cintanya dan lupakan kisah lalu. Usyair Fahmi Ahsan - " Saya sayang awak Fia." Luthfia Nisrina - " Saya tak layak berada di samping awak Usyair." #3 in dendam
Be My Wife? by norsyima96
norsyima96
  • WpView
    Reads 452,333
  • WpVote
    Votes 11,782
  • WpPart
    Parts 55
" Kenapa semua lelaki sama je? Kenapa semua lelaki suka buat aku sengsara macam ni? Aku benci kau! Aku benci!" - Nur Afiqah Insyirah. " No matter what happen, I will find you back Iqa. Aku takkan lepaskan kau pada lelaki tu. Never!" - Daniel Darwinsyah. " Kenapa kau perlu hadir dalam hati seorang lelaki ego macam ni? Kenapa? Aku tak boleh benci kau malah aku dah tersuka kau. Cuma, aku tak mampu untuk memiliki kau. Aku rasa aku tak boleh Iqa. Argh! I hate myself!" - Muhammad Syamel Azfar. Bila hati dah terpaut buat kali kedua. Namun, hatinya bagaikan rela untuk dikecewakan lagi sekali. Perlu ke dia stay untuk pertahakan rasa itu? Atau dia perlu pergi tinggalkan segala rasa itu. Without fighting? " Afiqah Insyirah. Be my wife?" Tapi, di saat hatinya sekali lagi ingin melupakan, dia muncul dengan satu kejutan besar. Mampukah dia menerima dan memilih untuk stay atau pergi tinggalkan lelaki itu? #Daler Yusuf as Muhammad Syamel Azfar #Sherzod Yusuf as Daniel Darwinsyah #Janna Nick as Nur Afiqah Insyirah Lagu tema : For You - EXO #70 in romance 14/4/17
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ] by NatashaaZaini
NatashaaZaini
  • WpView
    Reads 568,881
  • WpVote
    Votes 22,918
  • WpPart
    Parts 33
Credit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung tak memikirkannya. Di mata gadis itu semua sama. Kosong ! Sudah ramai doktor pakar cuba mengubati dia, tetapi gagal. Hati perempuannya terlalu keras. Keras untuk dilembutkan. Kedatangan Doktor Aiman Akmal sebagai psikaitri untuk memberi bantuan pada Nur Syauqina juga tidak berhasil. Tetapi azam lelakinya kuat sehingga berani dia mengahwini gadis itu. Berjayakan rawatan itu? Syauqina memerlukan lelaki dalam hidupnya, dan dengan cara itu akan terbukakah hati Syauqina? Akan hilangkah penyakit yang dialami olehnya? Highest ranking :- #1 in manusia #2 in psiko #1 in psikologi #1 in novelmalaysia -latest 'Enjoy reading !'
✓Ketua Gangster Itu Suamiku?!+Guardian by Itsnui_
Itsnui_
  • WpView
    Reads 520,097
  • WpVote
    Votes 15,465
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Iqbaal Danish seorang lelaki kacukan Korea-Melayu yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana kekacakan yang seiras pelakon korea .Merupakan CEO Megah Trading Sdn Bhd .Akan tetapi,semua itu hanyalah status untuk menyembunyikan dirinya yang sebenar kerana dia juga merupakan seorang Ketua Gangster dan mempunyai kumpulan dan pengikut yang tersendiri. Yana Issabella Dato Mukriz,seorang gadis yang sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri.bersikap lembut tetapi tegas yang menjadikan dia seorang penolong ketua pengawas yang berwibawa.dikelilingi oleh rakan lelaki amat mengambil berat akan dirinya menjadikan dia seorang yang ditakuti untuk didekati oleh mana mana lelaki . "Bella,aku rindukan kau..."-Tengku Iqbaal Danish "Iq,bila agaknya kita nak berjumpa..sudah lama kau pergi selepas kau tinggalkan aku...kenapa kau tak cari aku?"-Yana Issabella Bagaimana seorang ketua gangster boleh jatuh cinta?bagaimana mereka kenal antara satu sama lain? P/s:cite ni makin merapu aka cam harem.harap maaf T_T (Cerita ni dah tamat but sesiapa yang nak comment kat mana2 chapter sebab tak puas hati or nak marah watak novel ke just do it.seyya tarak marah ) *** Novel ni complete cuma saya gabungkan dengan sequel untuk buku ini didalam satu buku ^_^
TALE OF WINDCRAWLER[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 232,438
  • WpVote
    Votes 14,841
  • WpPart
    Parts 50
Ace hanyalah seorang pemuda biasa...pekerjaannya hanyalah sebagai pengembala kambing... Pada suatu hari,kehidupannya sebagai pengembala kambing bertukar apabila di dipilih menjadi seorang pahlawan di sebuah kerajaan iaitu Kerajaan Lexia..Di situlah saat kehidupannya berubah... Dalam menempuh kehidupannya sebagai seorang pahlawan...Ace sedar 'sesuatu' sedang bangkit dari tidurnya...'sesuatu' yang orang anggap tidak pernah wujud..hanya mitos..namun tidak bagi Ace..dia mengambil serius akan hal itu... Persoalannya,dapatkah Ace menghentikan 'sesuatu' itu dari terus bangkit??.. Saksikanlah kehidupan Ace dan rakan-rakannya dalam TALE OF WINDCRAWLER P/S:ini merupakan novel saya yang pertama...jadi dari segi penulisan saya masih lagi lemah..saya harap pembaca dapat menegur jika saya ada membuat kesalahan...ok itu sahaja daripada saya...saya harap pembaca dapat keseronokan dari novel saya..
Gengster Tu Aku Punya! by cuteflwara
cuteflwara
  • WpView
    Reads 9,502,719
  • WpVote
    Votes 486,930
  • WpPart
    Parts 72
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang terikat kerana masalah keluarga. Bukan kehendak hati. Tetapi terpaksa. Ye, sangat clichè, tetapi akhirnya cinta mereka melengkapi antara satu sama lain. "You are mine. You are mine to keep and to love" - Alief Danyel "No. Not anymore. Your baby girl is gone. Berhenti lah Alief Danyel." - Ayna Maisarah. Mungkin cuma percintaan budak sekolah biasa. Tetapi kisah mereka lebih luar biasa. It took a long time to realize that people love differently. WARNING: this story contains extremely cringy and cheesy typical love story. also, maybe at some point it doesn't make sense. i've strictly warned you, please don't give me shit in the comments. to the one who enjoyed this book, thank you<3 © cuteflwara 2017 [completed]
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi by fiqahamani
fiqahamani
  • WpView
    Reads 487,819
  • WpVote
    Votes 41,281
  • WpPart
    Parts 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbeza. Farish. Walaupun bermulut laser dan berbisa, tidak suka bergaul, dan berpersonaliti sadis namun dia tetap lelaki terulung. Bukan hanya menjadi idaman seluruh kolej, malah idaman seluruh mala- Tidak. Mungkin juga idaman seruluh dunia. Kerana dialah, satu-satunya... Prince Charming Terencat Emosi. Cerita ke-2 siri ' Once Upon A Time '