Wani14306's Reading List
4 stories
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 38,053
  • WpVote
    Votes 796
  • WpPart
    Parts 15
100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunangan sekaligus batalkan perkahwinan mereka namun Hazizul Amin muncul memberi idea. "Kahwin dengan aku untuk 100 hari." - Hazizul Amin "Tapi kenapa specific sangat 100 hari?" - Airina Hanissa "Aku nak kenal cinta dengan kau." - Hazizul Amin Demi kesihatan si ayah mertua dan nama baik keluarganya, Airina akur. Bermulalah perjalanan Airina dan Hazizul dalam mengenal cinta selama 100 hari! . DEKATKAN JARAK KITA: 'Di sebalik sebuah janji, lahirnya satu cinta sejati' Alyssa menyamar sebagai Sofiya untuk menunaikan permintaan terakhir sahabatnya itu. Menjadi kembar Tashriq, hati Alyssa mulai terbuka untuknya. Di antara janji dan cinta... Yang mana satu pilihan Alyssa? TERIMA KASIH 9 JUTA PENONTON SETIA DRAMA DJK!! -- PENULISAN2U, SEPTEMBER 2017
BELLE by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 13,500
  • WpVote
    Votes 847
  • WpPart
    Parts 20
"Aku Belle, kerana dia Beast milik aku." ADELINE JAMEELA. Maksud namanya, noble. Cantik. Tapi kenapa dia rasa kehidupannya tak secantik mana? Hidupnya kabur-kabur sebab dia tak ingat apa-apa langsung! Namun dengan kehadiran Ayaaz, hati dijentik satu rasa. "Tolong percayakan saya." Kala satu demi satu penipuan tersingkap, Adeline nekad. Akan dia buka kotak Pandora itu dan bongkarkan segalanya. "Pandora box is a source of great, unforeseen troubles. Think you can handle the consequences?" "Try me." Namun setelah kotak Pandora terbuka, dia terngadah. Kerana hakikatnya... Hidupnya tak seindah nama yang dimiliki. AYAAZ. Menjadi pengawal peribadi Adeline Jameela, tak mudah. Menguji mental dan fizikal. Menguji perasaannya. Dia yang berjanji untuk sentiasa ada buat wanita itu, akhirnya dia sendiri yang kata... "Saya tak pernah ada hubungan dengan Adeline Jameela. Sampai bila-bila." Satu garisan jelas dicipta Ayaaz. Meski dia tahu ada hati yang berantakan, Ayaaz terpaksa. Kerana hakikatnya... Dia yang membawa kelam ke dalam dunia wanita itu. "Awak tahu tak, Beauty and the Beast ada twisted version?" "Twisted version?" "Haah. Dalam twisted version, sebenarnya..." Jika di dalam dongeng Beauty and the Beast, Belle tetap setia bersama Beast mengharungi segala dugaan. Bagaimana dengan mereka? Apa kesudahan kisah mereka?
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,208
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 16
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. "Kahwin dengan aku atau aku bunuh dia sekarang, depan mata kau," - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi... "Leave the past there. I wanna be your present, your future," - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa... "Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!" Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi situan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?
Anastasia [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 23,000
  • WpVote
    Votes 1,087
  • WpPart
    Parts 15
"Akankah ada pengakhiran bahagia untuk si kakak tiri Cinderella?" -- BLURB -- Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas Prince Charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri? Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu. "Awak tak takut mati, Aina Natasha?" - Arhan "Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh," - Aina Natasha Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran 'pembunuh' tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu. Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Di saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan. "Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!" - Hadi "Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?" - Arhan Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri - "Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?" -- PENULISAN2U, OKTOBER 2018